Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

Jiwang->panas tiba-tiba

18/12/2011

0 ratus orang komen

Ketika rindu menyapa. . .
Suasana mula berubah menjadi suram dan sunyi . .

*****
Mulalah betebiat minta puji
Rambut pun parak-parak
Kalah-kalah penyapu dawai
Spek mata pun miring-miring
Sampai itu mulut yang pakai
Mata pun bengkak-bengkak
Macam itu peninju amatur yang kena belasah
Sebab tiba-tiba bertebiat cinging-cinging
Lepas tu semualah dikasi salah
Dimaki-maki lagi baru sedap kunun tu perasaan
Semualah jadi buduh sama dia padahal dia yang buduh nda kawal emosi
Kalau yang memang emo punya orang lagi..
Pandai tu tiba-tiba puluk-puluk teddybear
Dibawa bercakap lagiy tu patung padahal taw juga memang nda pandai menjawab
Makan pun kunun tidak kenyang sebab teda selera
Padahal kalau dikasi tayang ayam goreng telan liur juga
Mandi pun nda basah dia bilang
Rupa-rupanya sengaja sebab memang malas mandi
Kan sekarang musim hujan . . naaa . . kesejukan la tu
Tidur pun kunun nda lena
Memang la bha kalaw tadi nda mandi kan?
Jadi pandai-pandailah jaga diri . .
Lek saja bha. Ok syak tu . . :)

p/s: Sekadar hiburan menghilangkan penat dan tekanan. Jiwang dan kemudian tiba-tiba panas dengan situasi; 
versi Sabah. :)


Bukan Bercerita: Iklan

15/12/2011

0 ratus orang komen



[F&R] Hati gadis yang sepi

26/11/2011

0 ratus orang komen
Hanya layak jatuh cinta dikala melayan cerita-cerita cinta di televisyen
Hanya mampu merasa kebahagian cinta yang orang lain rasa,
Hanya mampu merasa rindu pada kekasih yang belum pasti,
Dan jodoh  yang belum hadir dan dijumpai.
Bila sendirian, suasana sangat sunyi… tanpa rasa… tanpa jiwa..
Apa daya hati hidup tanpa perasaan cinta dan sayang,..
Mata melihat manusia sekeliling yang sentiasa senyum dan bahagia..
Hati ingin juga turut merasa sedemikian…
Bilakah masa itu akan tiba untukku… bisik hati nan kecil..
Untuk mengisi kesunyian hati.. lagu cinta dihayati..
Sendirian.. sedih lagi..
Entah berapa ribu kali keluhan..
Entah berapa juta titisan air mata..
Hingga penat hati mengadu dan menangis
Tiada yang mahu memahami..
Tiada yang mahu mendengar..
Pinta tetap tidak dilayan..
Doa tidak dikabulkan..
Sampai bila hati ni mampu bertahan.. terus menjadi tanda tanya..
Namun teriakan masih tak pernah kedengaran.


[F&R] Sabar

22/11/2011

0 ratus orang komen
Ketidaksangkaan itu berlaku,
Entah mengapa hati ini mengalah,
Hanya mampu redha,
Sambil tubuh tidak kuat berdiri..
Lemah longlai ditemani sedih
Mengeluh tanpa sepatah kata..
Curahan air mata menjadi seketika..
Adakah hati sudah mula terima?

Pengakuan ikhlas hanya Dia yang tahu,
Kekuatan dan keredhaan hanya Dia yang jelas..
Mata kasar buta melihat hati,
Tetapi mata hati selalu diterangi,
Andai diri cermat menjaga
Cahaya Ilahi setia menemani,

Mungkin merintih tapi tiada siapa mampu mendengar..
Jadi diri sabar.. jari menekan kekunci..
Ditaip perkataan sabar..
Maka terbongkar satu kata-kata
Sabar ialah sebuah kebulatan tekad
Dan bukannya kepasrahan..
Disitulah akal mula menjalankan misi
Agar diri ada sokongan dari hati..


[MSF] Kasut, Beg Tangan & si Gadis II

09/10/2011

0 ratus orang komen
Untuk gambaran yang lebih jelas, Lips ada sediakan jadual perbandingan yang menunjukkan berlakunya ketidaksamaan dalam sesuatu kaum iaitu kaum hawa.

Gadis A
Gadis B
- Suka kasut dan beg berjenama
- Tak kisah tentang jenama, asal cantik
- Suka menunjuk-nunjuk
- Lebih pentingkan keperluan dari keinginan
- Rasa tercabar bila gadis lain ada kasut dan beg yang lebih mahal dan cantik dari dirinya
- Tidak rasa cemburu dengan hak gadis lain walaupun mahal dan berjenama
- Rasa tertekan bila tak dapat beli kasut dan beg tangan sebulan sekali.
- Tunggu kasut dan beg tangan rosak baru beli yang baru.
- Rasa diri cantik dan sempurna memakai kasut dan beg tangan baru lagi berjenama
- Rasa bahagia bila dapat beli barang keperluan yang memberi keselesaan
- Bajet hebat dan ‘control ayu’
- Tak rasa pun nak bajet-bajet atau apa-apa ja

Pendapat tentang gadis A: Hermm… biarlah dia, hak dia tu. hUhu..
Pendapat tentang gadis B: Alhamdulillah jika wujud lagi gadis begini^^

Anda rasa anda gadis yang mana??? Mana-mana pun yang anda pilih, kedua-duanya adalah manusia yang tidak sempurna dan normal di sisi masyarakat. Yang beza adalah sikap dan gaya berfikir. Sikap itu boleh diubah jika kita yakin dan tekad. Tetapi mesti kita mahu yang terbaik dalam hidup kan.. jadi.. lu fikirlah sendiri^^. Kedua-dua gadis ini mungkin wujud di depan mata saya dan kamu semua samada dalam sedar atau tidak. Walaupun wujud, dia gadis A atau B sekalipun takkan menyebabkan mereka masuk penjara hanya kerana tahap keobsesan mereka tau. Jadi benda ini tiada kaitan dengan sesiapa tetapi cuma terlintas di ruang imaginasi Lips.

p/s: Sebenarnya kita boleh kenal sifat seseorang gadis tu hanya dengan melihat cara dia memilih kasut dan beg tangan yang disukainya. ^^ Lari tajuk ka???


[MSF] Kasut, Beg Tangan & si Gadis

29/09/2011

0 ratus orang komen

Cik Lips[nama glamour] diminta untuk menyampaikan ceramah mengenai apa-apa topik yang melibatkan gadis di persidangan gadis remaja yang baik sedunia maya. Ikutilah ucapan belia [belum beliau lagi].

Kasut, beg tangan & si gadis..

Assalammualaikum gadis-gadis remaja yang baik sedunia maya.. Cinta bersegi yang tak dapat dipisahkan, sudah terang lagi ber‘spotlight’… juga merupakan dua aksesori terpenting yang buat diri Lips hilang arah dan keobsesan melonjak ke paras bahaya bila terpandang kedai kasut dan beg tangan walau sekilas. Tak puas rasanya kalau tak pandang dan menikmati keindahannya sebelum berlalu pergi. 
[Kenapalah jiwaku bergetar bak gelojak melanda tak keruan hanya kerana kasut dan beg tangan… oh, I’m so in love] begitulah sebenarnya..

Sudah tentulah si gadis watak utama yang bermain kayu tiga dengan nama lain membawa erti ber‘scandal’ lebih dari satu! Wah, hebat si gadis ni kan, ada bakat yang sangat menyerlah sebenarnya untuk menguasai makhluk yang sespesis dengannya tapi dia tahu itu perbuatan yang tidak baik. Lalu dia hanya berscandalicious dengan barang2 yang tidak mempunyai hati itu. Nak buat apa cari masalah kan.. kan.. kan. Kalau barang-barang tu pandai berkata-kata, sudah tentu si gadis takkan berani berlaku curang sebegitu. Alah, nafsu si gadis kan ada sembilan ekor seperti naruto dan musangnya. Aksesori adalah salah satu daripadanya. [kesian.. Ada 8 jenis benda lagi madu si kasut dan beg tangan]

Setiap gadis ada ransangan dan obsesi yang berbeza terhadap sesuatu seperti kasut dan beg tangan walaupun sebenarnya sama saja tetapi dapat dibahagi kepada beberapa kategori rangsangan dan obses. Samada tahap rendah, sederhana, ataupun yang melampau-lampau terlebih batas, bak kata stacy, terlebih sudah. Tetapi adalah satu silap yang besar bila ada teruna berkata mereka ini sama! Bahaya tu, pihak gadis tak suka disamakan dengan gadis yang lain. Nak ke bumi ni huru-hara??? hUhu.. jadi, berhati-hatilah..

Kasut adalah salah satu cinta bagi si gadis. Walaupun ia diguna pada kaki yang terletak di posisi bawah tubuh tetapi kasut bertindak sebagai ‘defend’ kepada kaki mereka yang cantik tu [bagi yg menjaga kaki]. Kan si gadis bersifat ingin dilindungi dan dijaga, jadi kasut adalah salah satu sahabat dan cinta yang sudi melindungi selain daripada membuat diri mereka kelihatan cantik. Ahha~ itulah sebab yang sebenar-benarnya. Mahu kelihatan cantik, sapa tak suka kelihatan cantik kan. Jadi tak hairanlah kalau si gadis obses terhadap kasut dan menganggap kasut itu indah. Bagi Lips, kasut tu seni yang indah dan boleh disentuh dan dimiliki hanya dengan duit. Tak kisah apa jenama yang diconteng pada tubuh luarannya kerna bagi Lips seninya lebih penting. Tak semestinya mahal itu cantik kan? Sebab kasut ni sebenarnya pilih tuan dia. Tak pecaye??? Pergi ja kedai kasut, pasti cuma satu saja kasut ibarat cinta pandang pertama kan. hUhu. 

[akan bersambung...]

p/s: Lama dah nda mengarut gini.. hUhu..  buwrink bha..


Video: 1st Tutorial Tudung Tulip

05/09/2011

4 ratus orang komen
SaLam... HaiOwa^^


Atas permintaan sahabat lama^^ Azleah@Nonoi. Maaf lambat ya noi,
hUhu~ ChiAw miAw~bYubYU

[F&R] Syukurilah

16/08/2011

3 ratus orang komen

[Tertawa dengan lebarnya sedangkan terlihat kekurangan sendiri]
Gambar hiasan ^^


Mentertawakan kebodohan sendiri
Setelah lama mentelaah dan mentafsir
Diri disedar penuh kekurangan
Takut kepada yang tiada
Risau kepada yang belum terjadi
Berlebihan emosi padahal mudah di atasi

Sifat apa itu! Jaga hatimu..
Kita hamba Allah... Jangan jadi hamba syaitan!
Jangan biar dirimu dijajah kesedihan melampau
Sedangkan nikmat hidup kau masih rasa
Sempurna fizikal dan sihat minda
Keluarga juga masih disisi

Apa yang berlaku sebelum ini adalah kenangan
Mukasurat yang tak perlu dibaca berulang kali
Hanya mengundang sempit fikiran dan melukakan diri sekali lagi.
Apa yang berlaku di masa hadapan pula adalah ghaib
Belum pasti ketentuannya bagaimana
Itu di tangan Allah untuk tentukan
Dan bukan sesuatu yang perlu kita risaukan.
Yang berlaku sekarang pula adalah hakikat
Yang perlu kita nikmati seperti tiada lagi sesaat dihadapannya
Nikmat hidup walau sesaat sangat berharga.

Syukurilah dengan setiap pemberian dari Allah
Jadi apa yang telah kau faham dan lakukan?
Peluangmu ada sayang, sahabat, saudara, kenalan atau sesiapa saja kamu..
Tarik nafas dan fikirkan hanya Allah
Semuanya hanya kerana Allah
Agar tidak menjadi sesuatu yang sia-sia...


Bukan bercerita: Pengeditan semula

14/08/2011

0 ratus orang komen
Salam... Haiowa^^
Gambar sebelum diubah sila tengok entri sebelum ni^^



Yang penting Ramadhan kita diberkati. Amin...Tanpa sedar kita telah masuk ke fasa kedua Ramadhan. Tanya pada diri apa yang telah kita berjaya lakukan untuk Allah dalam fasa yang pertama??? Allah saja yang Maha Mengetahui.

[F&R] Paksa dan Tekanan

05/08/2011

2 ratus orang komen
Bila berdiam bukan bererti
Tidak berfikir, tidak mengambil berat, tidak berusaha
Mungkin Allah memberi dugaan
Janganlah dianggap hamba itu leka dan buat-buat lupa
Hidup kadang-kadang musnah kerana paksaan
Tekanan yang menebal membuatkan minda manusia berfikiran sempit
Jangan kerana yang remeh
Hubungan utuh hancur tiba-tiba
Fikirlah ada cara yang lebih baik daripada paksaan
Yang boleh mengelak tekanan kepada kedua-dua pihak
Paksa sekeras mana sekalipun
Andai Allah tidak mengizinkan
Bagaimana hamba yang dipaksa mahu menurut?
Ketentuan bukan ditangannya tetapi di tangan Allah
Bukan menyalahkan tetapi menyedarkan
Hamba Allah yang lain sedar juga semua hamba tidak sempurna
Maka tiada rasa membara di dalam hati
Cuma nasihat supaya lebih difahami
Yang penting doa harus selalu diiringi
Supaya bersama dapat selesai segala kekusutan
Dan mencari redha Ilahi.


Bukan Bercerita: Ramadhan

31/07/2011

0 ratus orang komen
Assalammualaikum buat semua umat Islam, Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk merasa rahmat di bulan Ramadhan serta memohon magfirah daripada Allah s.w.t. Tinggal beberapa minit sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bulan berkat. Semua jin dan syaitan akan dikurung, pintu syurga dibuka dan ditutupkan pintu neraka. Berusahalah meningkatkan amalan supaya dapat dijadikan bekalan buat di sana kelak. 

Dikesempatan ini, Tulip ingin mohon maaf andai ada salah dan silap pada sesiapa yang mengenali mahupun tidak mengenali. Sebelum membuat post ni, Tulip ada membaca satu entri daripada sahabat blogger yang bertajuk dosa orang yang berkecil hati. Dosa orang yang berkecil hati lebih besar daripada dosa orang yang menyakitkan hati. Mengapa begitu? mesti ramai yang tertanya-tanya. Orang yang menyakiti hati kita memang berdosa tetapi orang yang turut berkecil hati kerana disakiti akan turut berdosa kerana ia menunjukkan kita tidak redha dengan ujian Allah. Penghinaan atau yang sewaktu dengannya itu adalah satu ujian daripada Allah. Ia juga sebagai peringatan agar kita tidak leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati maksudnya kita tidak menerima ujian daripada Allah ini dan sebenarnya kita berkecil hati dengan Allah. Faham? Untuk keterangan yang selanjutnya, silalah jenguk blog En. Burungman.

Sempena bulan Ramadhan ni, Tulip @ Adizatul Amira Binti Abdul Kadir [^^] ingin mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut supaya Ramadhan yang mendatang dapat dinikmati dengan hati yang tenang. Segala salah dan silap anda pada Tulip juga Tulip dah maafkan seikhlasnya. Lagipun hanya Allah yang layak menghukum hambaNya. Jika ada entri-entri Tulip yang mengguris hati harap dimaafkan. Yang berlalu bagi Tulip biarlah berlalu. Diri telah cuba untuk memperbaiki tetapi mungkin tidak mendapat kerjasama. Jadi kita tawakal sahajalah kepada Allah.







Selamat menyambut Ramadhan semua^^
Ramadhan yang dirindui,
Awalnya tersimpan rahmat,
Pertengahannya keampunan,
dan pengakhirannya bebas daripada neraka... Amin
ChiAw miAw~bYubyU



[F&R] Jaga kata dan kawal ego

0 ratus orang komen
Kata-kata kadang kala boleh dianggap satu gurauan andai ianya diluahkan kepada sahabat-sahabat yang rapat. Tetapi bagaimana pula jika kata-kata tersebut disertakan dengan reaksi muka yang sangat ketara menunjukkan ianya benar? Apatah lagi bila isu yang diuarkan itu berkaitan dengan peribadi dan pilihan si sahabat itu.

Walaupun terasa dengan apa yang diucapkan oleh sahabatnya, si sahabat tetap sabar kerana mula-mula ia jua menganggap isu itu satu gurauan. Tetapi lama-kelamaan kata-kata itu mula mengguris dan sangat melukai hatinya. Berfikir sejenak si sahabat tadi mengapa harus diluahkan kata-kata seperti itu berulang kali. Apa yang sahabatnya cuba sampaikan sebenarnya? 

Nampaknya, bukan dia sahaja yang sedar dengan perbuatan sahabatnya itu, tetapi semua orang turut merasa benda yang sama. Jadi memang ternyatalah benda itu benar. Mulai dari saat itu, terciptalah suasana yang sangat tidak menyenangkan buatnya. Dia rasakan tekanan yang amat tetapi sahabatnya itu tetap mengulangi kata-kata yang mengguris itu.

Kerana tak tertahan menanggung sendiri, dia mula mencari tempat mengadu iaitu berkaitan dengan isu yang selalu diuarkan walaupun tanpa ada orang yang menyebutnya. Isu itu seringkali disuarakan secara tiba-tiba padahal yang lain sudah melupakan. Yang lain mula diam kerana mereka tahu isu itu mengguris hati si sahabat tadi tetapi yang menyebut tetap meneruskan niatnya.

Tempat si dia mengadu hanya mendengar dengan tenang dan dia berkata, tidak apa jika dia dihina atau diburukkan oleh sesiapa asalkan jangan dirimu dan keluargaku serta tempat kelahiranku. Kerana disitu tersimpan memori indah sejak wujud jasadku. Si dia membalas dengan tenang, maafkan diri ini tak mampu melawan kata-kata itu tetapi itu tak bererti dia tidak sayang dengan memori yang ada. Tempat kelahiranmu serta keluargamu pernah buat hati ini rasa seperti di rumah sendiri. Jadi hati ini akan turut terguris bersama.

Kejadian bertambah teruk bila kata-kata itu melibatkan tempat kelahiran serta bahasa turun-temurun insan yang mendengar luahan tadi. Tetapi dia masih cuba bertahan dan mengambil keputusan untuk bertanya secara aman. Yang ditanya tidak mengatakan iya malah sebaliknya. Jika diminta saksi sekalipun, banyak saksi boleh diberikan.  Mungkin dia anggap isu itu satu gurauan. 

Tetapi apalah salahnya mengaku dan beritahu itu gurauan semata. Sudah tentu yang bertanya mampu menerima jawapan tersebut kerana niatnya juga cuma ingin menjelaskan satu perkara kepada yang ditanya, ada manusia boleh terima bahasanya dikutuk dan diajuk tetapi ada juga yang tidak. Seperti juga dia yang tidak dapat menerima ini semua lalu membuat keputusan untuk putuskan segala yang ada tanpa bertindak seperti yang matang dan berbincang. Selama mana mahu lari daripada realiti dan selama mana mahu hidup tanpa sahabat?

Sekali dirinya anggap seseorang itu sebagai sahabat, maka sahabatlah selamanya. Tetapi jarang kita jumpa seseorang yang lebih suka membuang dari membaiki. Menjaga perhubungan itu sepatutnya tak perlu diajar kerana pendedahan telah diberi sejak di sekolah lagi. Percampuran jantina dan bangsa di dalam satu kawasan sudah dianggap normal bagi kita tetapi ada yang menganggap itu sebagai satu tekanan. Pelik juga bila sesuatu yang baik itu adalah tekanan. Tak apa, itu baru ujian psikologi tahap 1. Kalau mahu hadap tahap kedua sila datang dan jangan segan.

Bila bercakap, walaupun itu satu gurauan kadang-kadang ada juga yang tak dapat diterima. Seperti juga sesetengah orang yang menganggap benda tu tekanan. Tetapi kerana ego..... lu fikirlah sendiri. Daripada simpan baik luahkan. Jujur itu penting dan jangan kerana ego, jujur tadi tertutup dan tidak dapat menampakkan diri.


Bukan Bercerita: Sekadar apa?

22/07/2011

4 ratus orang komen
Assalammualaikum dan selamat 1/3 malam^^ (yaka??) hUhu~. Sekali lagi buat entri bukan bercerita ataupun mahu bermadah puitis dan membuat kamu semua terasa mahu muntah (nda menahan jiwang~LOL). Baiklah, berbalik kepada keadaan mental yang sedar 99.5% dan selebihnya hilang entah kemana (mungkin ditelan kuman~ jap.. mampukah?), cuba kamu semua lihat kepada Daisypath di atas... ala.. yang ada kupu-kupu 2 ekor tu. Waaa... sudah 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari umur blog Tulip yang mengada perasan bagus ni kan? Tidak Tulip menyangka masa berlalu terlalu pantas malah lebih pantas daripada keretapi Tanjung Aru yang baru tu. Erm.. endahkan sahaja aktiviti merepek Tulip ni. Huhu.

Bagi menambah lagi isi entri ni supaya kelihatan panjang yang mana sangatlah tidak perlu, biarlah Tulip beritahu serba sedikit tentang kegiatan Tulip sekarang ni. Secara ringkas (InsyaAllah), Tulip sekarang tengah berada dalam semester pendek di Universiti Tun Abdul Razak di negeri tercinta. Jadi, masa yang Tulip ada kebanyakannya dicuri oleh perjumpaan-perjumpaan tidak rasmi dan mesyuarat-mesyuarat yang mewajibkan kehadiran Tulip di situ termasuklah kelas dan beberapa kelas tambahan yang tiba-tiba ada. Belum tolak lagi masa untuk tidur, makan, minum, ke tandas, cuci kain dan aktiviti lain. Setelah dihitung-hitung, Tulip pun tidak tahu masa yang Tulip betul-betul ada untuk buat entri sekian-sekian. Itu belum campur darab lagi penyakit kurang rajin yang memang ada dalam diri kita semua kan? (nda maw kurang rajin 1 orang). Oleh itu, bolehkah Tulip tutup entri ni di sini sahaja sebab mahu buat kerja ni? Sudah tentulah boleh~ huHuhu~ Yalarr
Chiaw miaw~Byubyu ^^

[MSF] Keinginan dan Penyelesaian

16/07/2011

4 ratus orang komen
Baring si dia di atas buaian yang diperbuat daripada tali di beranda rumahnya sambil tangannya memetik halus tali gitar kesayangannya. Ditenungnya langit biru yang cerah dan ditemani bunyi-bunyi sang alam beserta penghuninya. Mengeluh dia… lalu menutup matanya.. ahhhh… terasa aman dan tenang…

***~
Hamparan mindanya kini terbuka. Kelihatan megah sebuah istana kristal yang sangat mengkagumkan dirinya yang terletak di tengah-tengah ladang bunga Tulip berwarna merah dan bersinar. Dia yang menyukai Tulip lantas tersenyum dengan lebarnya ibarat mimpi menjadi kenyataan. Mahu sahaja dipetik tulip yang indah dihadapannya itu tetapi dibatalkan niatnya kerana tak sanggup mengganggu sesuatu yang bukan miliknya. Dia hanya memerhati dari jarak yang dekat sambil tersenyum. Lebih mengkagumkan dirinya, terlihat dia kilauan indah sebiji berlian yang betul-betul tertanam di dalam kelopak bunga Tulip itu.

Matanya membulat dan kagum. “Milik siapa taman dan istana indah ini… mirip sangat seperti apa yang kuinginkan,” katanya sambil tersenyum kagum.

Nekad dia ingin bertanya tetapi dilihatnya sekeliling tiada sesiapa kecuali taman bunga Tulip dan istana kristal tadi. Langkah kanan mula diatur menjadi penghulu perjalanannya menemui jawapan menuju ke istana tersebut. Tiada langsung perasaan gundah dan takut menemani dirinya. Sampai sahaja di hadapan pintu istana, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya seperti mengundang dia untuk masuk ke dalam.

Pintu terbuka dan yang kelihatan cumalah permaidani merah dan gerbang indah berhiaskan bunga Tulip. Apabila tidak melihat sesiapa, dia mula melangkah masuk mengatur langkahnya di atas permaidani. Matanya masih lagi cuba memerhatikan keindahan di dalam istana tersebut tanpa mampu berkata apa-apa.

Terhenti langkahnya apabila terlihat sebuah pintu yang agak kecil saiznya berbanding pintu utama. Diputarnya tombol pintu tersebut dan melangkahlah dia ke dalamnya. Dia kini berada di sebuah bilik yang kecil. Dihadapannya terletak sebuah cermin yang dapat memperlihatkan keseluruhan badannya. Dikanannya tergantung sehelai busana yang cantik berwarna putih yang boleh menutup semua auratnya. Tersenyum dia lalu dicapai busana itu dan dipakainya. Setelah selesai berdirilah dia dihadapan cermin tadi dan kelihatan busana tadi benar-benar mengikut siaznya. Diendahkan rasa hairan yang juga tertindas dek kegembiraan.

Tiba-tiba terasa seperti ada seseorang yang menyentuh bahunya. Dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa.  Kemudian kembali menoleh ke hadapan tetapi cermin yang berada di hadapannya tadi telah tiada. Yang ada hanyalah sebuah pintu besar dan indah daripada pintu utama tadi. Terkejut dia dan kali ini perasaan takut mula menyelubungi. Dilihatnya sekeliling yang gelap gelita seperti memaksanya untuk masuk ke dalam. Dia tiada pilihan lain dan sudah tentulah dia tidak memilih untuk terus berada dalam keadaan yang gelap itu padahal ada jalan lain tersedia di hadapan. Lalu digagahkan diri membuka dan menolak pintu itu.

Kali ini suasananya agak berlainan dari yang awalnya. Kelihatan ramai manusia yang bertopeng putih dan hitam. Ada yang kelihatan sangat menakutkan dan ada juga yang kelihatan mesra. Semua mata tertumpu kepada dia sekarang ini. Tiba-tiba bersuara seorang daripada mereka dan suara tersebut adalah suara seorang lelaki.

                “Melangkahlah dengan kananmu dan teruslah melangkah sehingga penghujung permaidani ini,” kata lelaki yang bertopeng putih itu. Semua manusia yang menghalang jalannya tadi mula memberinya laluan, maka berjalanlah dia mencari penghujung permaidani merah itu. Langkahnya diikuti lelaki bertopeng putih tadi. Dia yang takut untuk bersuara hanya mampu mengikuti arahan lelaki tadi. Suasana ketika itu sunyi dan mendebarkan dirinya. Akhirnya sampai dia ke penghujung permaidani.

                “Duduklah di kerusi itu. Ia khas buatmu,” kata lelaki itu dengan lembut. Dilihatnya kerusi itu yang berbentuk bunga Tulip dan sangat empuk dan selesa duduk di atasnya. Dia hanya menurut dan duduk dengan diam tanpa berkata apa-apa. Lelaki tadi kembali bersuara.

                “Ingatkah kau pada kami?”

                “Tidak,” dengan nada yang perlahan dan takut. Lelaki tadi membuka separuh daripada topengnya. Yang kelihatan cumalah bibir lelaki tersebut yang tersenyum.

                “Kami di sini berhajat, pandanglah kami tanpa wujud rasa takut dalam dirimu”.

                “Hajat apa?”

                “Bila sahaja mindamu tenang dan rela menerima kunjungan kami, kami akan datang”.

                “Terangkanlah kepadaku apa yang dapat ku lakukan untuk kamu semua..”

Tersenyum lagi lelaki itu. Senyumannya sungguh mesra sehingga mampu membuat dirinya yang takut tadi menjadi tenang.

                “Kami wujud dalam realiti mahupun fantasimu. Tetapi wujudnya kami di mindamu hanya berlaku bila mindamu mengizinkan. Lihatlah sekelilingmu dipenuhi dengan manusia yang bertopeng. Yang bertopeng putih adalah insan yang tiada sebarang masalah denganmu jadi janganlah runsingkan mindamu. Sebaliknya tumpukan pada yang bertopeng hitam. Sebentar lagi mereka akan datang satu-persatu dihadapanmu meminta kamu mencari jalan penyelesaian atas segala masalah yang berlaku diantara kamu. Maka selesaikanlah dengan matang fikiran dan jalan yang diredhai Allah. Aku akan temani kamu di sini bersama orang-orang yang kau sayangi iaitu keluargamu”.

                “Siapa kamu…”

                “Akulah yang kau fikirkan, jangan lagi takut ya,” sambil tersenyum dan menunjukkan keseluruhan wajahnya.

Terperanjat dia dan mulalah dirinya diselubung dengan perasaan yang gembira. Dia hanya mampu tersenyum.

p/s: Berilah masa kepada diri kita sendiri untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang ada dengan matang akal dan tenang. Ingatlah setiap masalah ada penyelesaiannya dan sentiasa ada insan tersayang menemani dan memberi semangat untuk kita. Berdoalah semoga diberi petunjuk selalu.. amin^^


[MSF] Mencari yang Maha Satu

05/07/2011

6 ratus orang komen
Tercungap-cungap mencari oksigen. Disentuh dada kerana anggapannya dapat mengurangkan sakit yang dirasa..

Gelap gelita bilik itu dan semakin menyukarkan dia mencari jalan keluar merayu sesiapa sahaja membantu. Dadanya semakin lama semakin sakit seperti ruang keluar masuk udaranya semakin sempit.

Tiba-tiba terdengar bisikan di hati… “Keluarlah dari sini dengan menghadap Tuhanmu. Sebutlah Syahadah kerana itu permulaan syifa hati”

Terdiam dia seketika sambil terbaring terlentang menghadap satu pintu yang terbuka tanpa mampu bergerak. Di sebalik pintu itu kelihatan manusia-manusia yang dikenalinya tetapi seorang pun tidak menoleh ke arahnya seakan-akan tidak menyedari keberadaannya di bilik yang gelap itu.

Dilaungnya satu nama manusia yang dia kenal. Tak menjawab manusia itu. Dilaungnya sekali lagi dan kali ini sekuat hatinya. Masih tak menjawab mahupun menoleh. Sesaat kemudian manusia itu berhenti betul-betul di hadapan pintu. Perlakuan manusia itu seperti tercari-cari sesuatu di dalam bilik itu. Dia pun mulalah merebut peluang tersebut dengan melaungkan sekali lagi nama manusia itu. Tetapi keputusannya tetap sama. Tak dijawab ibarat dia tidak wujud di situ.

Berlalulah manusia itu dan dia masih terlentang. Terkenang masa senangnya sehingga buat dia terleka dengan dunia. Fahamlah sang hatinya sebab semua ini terjadi.

Diucapnya syahadah seperti yang disuruh oleh bisikan itu. Sedikit demi sedikit anggota badannya terasa ringan dan sakit didadanya hilang. Mengalir airmatanya di saat itu terasa sangat bahagia masih diberi nikmat sebegini besar.

Tetapi hatinya masih tidak tenang. Fikirannya masih terganggu. Lalu terbuka 1 pintu dihadapannya yang hanya ada cahaya yang terang dan suara yang berkata, “Taubatan lillahi”. Terbuka lagi satu pintu disebelah kanannya dan suara yang lain berkata, “Istikharahlah”.

Maka bangkitlah dia tanpa berfikir panjang kerana hatinya yakin dengan apa yang dilakukannya menuju ke pintu dihadapannya. Terlihat dia sebuah masjid yang tersergam indah dan berjalanlah dia ke tempat berwuduk.

Di tempat berwuduk itu kelihatan seorang budak yang dalam lingkungan umur 15 tahun sedang kusyuk mengambil wuduk. Ditanya budak tersebut, “Ajarkanlah aku apa yang sepatutnya ku tahu”. Pertanyaannya disambut dengan senyuman dan tertib berwuduk.

Selesai berwuduk maka dia pun mengerjakanlah solat sunat taubat, dan istikarah mohon ditakdirkan yang baik dan dijauhkan yang buruk. Semoga dia berhati tenang dan puas dengan apa yang telah menjadi takdir baginya. Amin…

Setelah selesai sahaja solat, perasaan dan hatinya menjadi tenang, fikirannya tidak lagi merasa beban dengan segala masalah. Sekali lagi airmatanya mengalir lalu bersujud syukurlah dia kepada Allah dan dengan menghadap kiblat. Alhamdulillah.

p/s: Kita memang tidak sempurna tetapi masih diberi kudrat mencari kesempurnaan di dalam diri sebagai bekalan di sana nanti. Amin...

[F&R] Sang Jiwa Muda

19/06/2011

4 ratus orang komen
Ermm, aku faham.. mungkin jiwa mudamu yang sedang menguasai diri dan fikiranmu.. aku faham dan sedia untuk bersabar dan bertahan kerana tak mampu ku kehilangan sahabat sepertimu. Sepertimu??? Sejahat mana pun dirimu tetap bukan hak aku untuk menilai. Hanya Allah yang layak menilai hamba-hambanya di dunia ini. Ya Allah, mudah-mudahan Engkau selalu sedarkan kami yang alpa, ubati luka yang sakit, tenangkan jiwa yang gundah dan baran. Aghh, pergi kau fikiran yang tak matang. Mengapa kau hadir dan menodai fikiranku?

Jiwa muda memang begitukah? Jadi kenapa aku tidak seperti itu. Perilaku yang dibuat-buat kah? Hermm.. kenapa harus sampai begitu. Jiwa ku tak tertahan melayan sikapmu yang terlalu mengada. Macam-macam dipinta tak mengira masa dan situasi yang benar. Membuak-buak perasaan iri hati pada yang tak sepatutnya. Jika umur menjadi ukuran, mengapa kau tidak bersikap senada dengan umur dan matang minda seperti insan yang sama jangka hayatnya sepertimu? Hermm.. benarlah kata-kata yang mengatakan, umur itu cuma angka.
***
Guna akalmu dan bukan nafsumu dalam perjalanan hidup mencari pintu hala tuju. Jangan biar diri didesak dengan kemahuan syaitan yang menggegar nafsumu. 1 nafsu bagi lelaki dan 9 nafsu bagi perempuan dan itulah ketetapan yang rata untuk semua insan. Bukan merasa diri telah hebat melemparkan kemarahan dan ketidakpuasan hati dengan nada yang mungkin tidak mesra bagi dirimu, tetapi jujur dan tekad seorang sahabat yang enggan dirimu jatuh dalam lembah kekecewaan di kemudian hari.

Yang muda mungkin tak layak bersuara tapi masih layak menegur yang tua kerana talian saudara seagama mahupun sahabat. Pinta diri hanyalah agar dirimu tidak terleka dan dibuai dengan kemewahan yang boleh menjurus. Perjalananmu masih lagi jauh dan jika aku ditakdirkan menjadi sahabat dalam perjalananmu itu, aku dengan relanya sentiasa bersedia. Bukalah minda dan hati agar petunjuk dan rahmat dapat mendekati. Jiwa muda memang sudah lumrahnya sentiasa membara tapi masih perlu dikawal seorang nahkoda yang gagah menepis segala goda dunia demi sejahtera di akhir perjalanannya. Darah, jiwa, semangat dan usia yang muda ini satu anugerah yang tak ternilai dalam konteks kehidupan. Jadi mengapa harus diabaikan dengan calit dosa dan benda tiada memberi  faedah? Ingatlah, setiap permulaan ada akhirnya. Jangan dikejar penyesalan sejak zaman mudamu.


[MSF] Hawa dan fantasi

16/06/2011

4 ratus orang komen
p/s: MSF bermaksud Mari Singgah Fantasiku baru wujud hari ini... Mari singgah dan bayangkan bersama Tulip.


Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu bahawa kaum hawa di dunia ini mempunyai fantasi mereka yang tersendiri. Malah mereka sangat suka hidup di dalam fantasi mereka. Kaum hawa hiasan dunia itu selalu berfantasi apabila mereka merasa sedih, sunyi, gembira, bahagia dan juga apabila telah jatuh cinta.

Bayangkan….. disebalik dunia nyata dimana wujud kaum adam dan hawa hidup bersama di bumi, semua kaum hawa ini akan bertemu semula di satu dunia yang lain iaitu dalam dunia imaginasi hawa. Disanalah dunia di mana hanya ada kaum hawa sahaja di dalamnya. Bila minda dan hati mereka telah ditemani perasaan seperti sedih dan gembira, mereka sebenarnya telah melangkah ke dunia fantasi hawa tanpa dihalang oleh masa.

Yang bahagia tak henti-henti berlagak bertuah di hadapan kaum hawa yang lain. Kononnya dialah wanita bertuah di alam ini. Tiada wanita lain yang dapat merasa bahagia sepertinya. Ada pula yang sedih bila di alam nyata hatinya diluka. Lalu dia masuk ke fantasinya membawa seribu kesepian dan murung di wajah. Tak bermaya menatap kaum hawa yang lain dalam dunia fantasi kaum hawa itu. Kadang dia merasa marah kerana kaum hawa lain adalah penyebabnya. ‘Jangan engkau ganggu dunia aku!, jangan engkau masuk dalam fantasiku!, teriak si hawa yang luka tadi.

Maka, muncul pula hawa yang lain membawa hati yang ikhlas dan sedia mengalirkan airmatanya memujuk hawa yang luka itu. “Hawaku sayang, janganlah engkau menangis, hati ini luluh melihat airmatamu, kuatkan hatimu hawa. Tak selamanya kau mampu menyorok di dunia fantasi kita ini. Kita pasti kembali di dunia nyata,” kata hawa yang baik itu.

Hawa yang terluka tadi mengangkat wajahnya yang sedih dan basah dek airmata. Terharu hatinya menyalahkan kaumnya sendiri penyebab luka namun masih ada di kalangan kaumnya sendiri sudi memujuk. Disitulah terbit satu cahaya antara hawa yang luka dan hawa yang baik itu. Cahaya sillaturrahim penghubung setia tanpa mengenal dunia fantasi mahupun nyata.

Ada juga yang masuk dalam dunia fantasi hawa membawa seribu kebingungan. Mereka masih muda dan mahu menilai mencari kefahaman dan kematangan. Kadang mereka ini berani jiwanya maka bertemu hawa yang matang mencari hala tuju. Kadang mereka ini pendiam dan mencarinya sendiri walaupun akal masih mentah namun digagah jiwa menyusur kehidupan.

Terbukti perjalanan hidup setiap kaum hawa berlainan, perwatakan, percakapan dan pemikiran setiap hawa juga berlainan, tetapi masih ada satu tempat di mana mereka boleh bersatu dan setuju tentang dunia nyata, iaitu fantasi dan hati.


[RIT] Di Sebalik 'Syifa' : Bhgn 2

0 ratus orang komen
         
         Amanda berlari ke garaj villa mereka dan menekan suis automatik kereta keluarga mereka yang berwarna merah. Fikirannya tidak habis-habis berfikir sambil berharap agar keadaan jalan ke tempat yang ditujunya masih lagi tidak berubah. Setengah jam kemudian dia sampai ke tempat yang dituju. Terukir senyuman di wajah manisnya kerana lega kenangannya bersama seseorang di situ tidak hilang dimamah arus pemodenan seperti kawasan yang lain. Semuanya masih lagi indah dan sama seperti dahulu.

            Tempat itu ialah sebuah taman bunga Tulip yang menjadi tempat kunjungan harian Amanda bersama seseorang yang dia sayang. Taman itu mempunyai keluasan hampir 5 ekar dan hanya dihiasi dengan bunga tulip yang berwarna warni serta taman rekreasi dan riadah. Bunga-bunga itu ditanam secara teratur dan mempunyai unsur landskap yang sangat menarik para pelancong dan juga penduduk di situ. Semuanya dijaga rapi demi untuk memelihara aset berharga pulau itu. Di tengah-tengah taman itu pula terdapat satu menara yang membolehkan semua orang melihat pemandangan Pulau Tulip secara keseluruhannya lebih-lebih lagi pada waktu matahari terbenam.

            Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dilihatnya sekeliling taman tersebut yang dipenuhi dengan manusia yang datang berkelah dan beriadah termasuklah van rumah anak-anak yatim. Dia kemudian berjalan mendekati kumpulan kanak-kanak tersebut yang ditemani seorang penjaga perempuan dalam lingkungan usia 30-an.

“Assalammualaikum,” sambil tersenyum kepada penjaga perempuan tersebut.

“Waalaikumsalam,” sambil berpaling kepada suara lembut seorang perempuan yang menegurnya. Kaku dia seketika sepertinya terkejut melihat wujud Amanda dihadapannya. Amanda berasa hairan dengan respon yang diberikan dan tertanya-tanya samada kakak tersebut mengenalinya atau tidak.

“Kakak tak apa-apakah?”

“Eh, tiada apa-apa.. kak cuma teringat kepada seseorang sahaja,” tiba-tiba terkejut dari lamunannya akibat teguran Amanda. Matanya masih lagi memandang tepat mata Amanda tanpa berkata apa-apa.

“Nama kakak Nadia. Adik ni siapa dan ada apa-apa yang kakak dapat bantukah?” bertanya dengan lembutnya.

“Tiada apa-apa, cuma saya tertarik dengan kanak-kanak yang comel ni. Saya anak tunggal dalam keluarga, jadi jarang sangat dapat bermain dengan kanak-kanak tapi itu pun kalau kakak benarkan,” sambil tersenyum mesra.

“Oh, hehe boleh, apa salahnya. Budak-budak ni pun suka kalau ada orang yang sudi lawat mereka. Ohya, kakak nak ke tandas sekejap. Amanda boleh tolong tengok-tengokkan mereka sekejap?”

“Oh, boleh sangat-sangat kak”. Gembira rasa hatinya bila dapat meluangkan masa bersama kanak-kanak yang comel itu sambil melihat kelibat kakak Nadia yang menemani beberapa orang kanak-kanak yang lain ke tandas.

Amanda serta-merta mendekati 5 orang kanak-kanak itu yang sedang bermain bersama dalam lingkungan usia 4-9 tahun. Dalam masa yang singkat kanak-kanak itu sudah mulai menyukai kehadiran Amanda kecuali seorang budak perempuan yang berusia 5 tahun itu. Budak tersebut hanya merenung Amanda dari jauh dan enggan mendekati Amanda. Selangkah Amanda maju merapati budak tersebut, selangkah juga budak tersebut berundur.

Amanda berasa hairan dan sedih kerana budak tersebut sepertinya tidak menyukainya. Tetapi dia tetap mencuba untuk membuat budak tersebut mendekatinya tanpa rasa takut. Dalam jarak sebanyak 10 langkah antara Amanda dan budak tersebut, mereka hanya saling berpandangan. Amanda tiba-tiba duduk bersila di atas rumput di taman itu.

“Kenapa adik tak mahu kakak dekat dengan adik?” Amanda bertanya dengan nada yang lembut dan agak sedih. Tetapi budak tersebut hanya membalas dengan menghalakan jari telunjuknya ke arah belakang Amanda seperti ada sesuatu di belakang Amanda. Amanda menoleh ke belakang dengan perlahan, tetapi tiada apa-apa yang dilihatnya selain bunga Tulip yang berwarna warni.

“Kenapa adik?,” sambil diselebungi dengan perasaan ingin tahu tentang apa yang mahu disampaikan oleh budak itu.

Budak tersebut masih lagi memberikan respon yang sama tanpa berkata apa-apa. Tak sempat Amanda bertanya, kakak Nadia muncul bersama kanak-kanak yang lain. Yang lebih menghairankan Amanda, kakak Nadia serta-merta memeluk budak tersebut apabila melihat budak tersebut merenung Amanda sambil menunjukkan sesuatu di belakang Amanda. Suasana menjadi sunyi seketika dan hanya terdengar suara halus budak tersebut yang sedang menangis sambil memeluk kakak Nadia. Perasaan ingin tahu Amanda semakin membuak-buak.

“Kak, kenapa ni kak?” menegur kak Nadia dari belakang. Budak yang masih dalam pelukan kak Nadia masih enggan mengangkat pandangannya melihat Amanda dari jarak yang dekat.

“Oh, tiada apa-apa Nadia. Maaf ya tapi kakak kena bawa budak-budak ni balik sekarang. Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi ya,” terus beredar dengan kelam-kabutnya tanpa mendengar balasan dari Amanda.

Amanda hanya terdiam dan membiarkan mereka pergi tanpa berkata apa-apa. Fikirannya ketika itu dihujani dengan pertanyaan yang bertubi-tubi dengan apa yang baru terjadi dan mengapa budak tersebut berkelakuan seperti itu. Apa yang dilihat oleh budak tersebut yang Amanda tak dapat lihat? Kenapa kak Nadia memeluk budak tersebut? Apa sebenarnya yang berlaku? Semuanya masih dalam tanda tanya dan Amanda dahagakan jawapan yang sebenar.

Bersambung...

[F&R] Wang & Duit

11/06/2011

2 ratus orang komen
Manusia yang rakus, ataupun wang yang semakin pantas mengalir seiring arus air sungai yang deras menghanyutkan apa2 sahaja yang jatuh ke dalamnya?. Minda manusia sudah semakin hanyut dengan harta dunia ataupun ekonomi semakin ke arah yang negatif dan tidak stabil?.

Kekeliruan manusia semua berpunca daripada duit?. Adakah punca manusia hidup adalah semata mata untuk duit?. Mana maruah manusia sebenarnya sampai boleh dibeli dengan wang ringgit. Segala-galanya dilihat dari aspek kaya atau pun miskin. Apa semua ni?

Duitkah yang menguasai dunia manusia? Bukankah pencipta duit itu sendiri adalah seorang manusia? Mengapa mengexploitasi kaum sendiri sedangkan nyata dan jelas manusia lebih bijak dan berakal daripada sehelai wang kertas dan duit syiling. Apa semua ni?

Andai duit itu bernyawa dan mampu berfikir sepertimana seorang manusia yang cukup sifatnya, dimana agaknya martabat manusia sekarang. Tidak mustahil ia akan mentertawakan nasib kita sebagai manusia kerana tidak seperti ia. Telalu obses dengan duit hingga lupa akan semuanya. Alpa dengan kebijaksanaan yang ada sehingga terpedaya dengan mudahnya hanya kerana duit. Apa semua ni?

Hahahahaha… hilai tawanya semakin kuat. Tidak membarakah rasa di hati diperdaya oleh sesuatu yang sebenarnya terlalu mudah untuk kita hapuskan? Tetapi kita tidak mahu ia terhapus kerana memikirkan nasib kita tanpanya. Nyatalah sekarang memang ia yang menguasai dunia kita. Apa semua ni sebenarnya?

Ambillah waktu walau sejenak, fikirkan cara untuk mengawalnya dan diri kita sendiri. Dalami kehendak dan kemahuan kita yang sebenar benarnya sebelum menghalusi satu persatu sebab dan akibat daripadanya kerana itulah yang paling asas dan penting.

Jika kita berupaya menciptanya, maka kita juga ada kekuatan yang perlu diselami untuk mengawalnya. Tanpa ragu dan tertipu kita mampu Berjaya. Yakinlah…Bila sedikit ia adalah teman, bila banyak ia mungkin boleh jadi musuh di dalam selimut.

^v^- 13 mei 2010

p/s: Karya di atas dah lama dalam 'lappy' Tulip. Baru hari ni Tulip tadah di laman maya. Lebih setahun dah kan? ^^


[F&R] Hikayat Usang Sang Perindu

0 ratus orang komen
Aku tidaklah sempurna,
Hidupku juga tidak sempurna,
Fikiran dan perwatakanku jua begitu,
Masih belum ada sesuatu yang sempurna
yang pernah aku jumpa di dunia ini,
Tetapi terima kasih kepada engkau,
Akhirnya aku jumpa sesuatu yang sempurna
Buat diriku yang sebaliknya,
Satu ciptaan yang ku rasakan takdir bagiku,
Terdetik di hati bahawa
inilah kesempurnaan yang aku cari,
Lega rasa hati bila hadir
seorang insan sepertimu,
Akulah yang paling bertuah dapat bertemumu,
Hanya aku yang dapat lihat kesempurnaan itu
kerana itu yang aku cari tiada padaku.
Kesempurnaan itu ada padamu,
Walaupun kau tidak kekal bersamaku
Hingga akhir hayat seperti yang ku impikan,
Kau masih tetap yang paling sempurna 
Dalam hati ini walau sedalam mana luka
dan pedih rasanya terpaksa jauh darimu.
Hanya satu yang sempurna ingin ku sampaikan
Buat dirimu yang sempurna bagiku,
Hati dan cinta ini masih untukmu.

[F&R] Sedarkah

09/06/2011

2 ratus orang komen
Dunia bukan untuk kita noda,
Tetapi untuk kita jaga,
Begitu juga dengan agama, akhlak, keluarga, diri, hati, maruah, dan harta.
Dikatakan manusia dicipta beserta hati dan jiwa,
Tetapi tidak semua bertindak seperti makhluk yang ada hati dan perasaan,
Dilukai hati yang lemah,
Dikasari tubuh yang kerdil,
Dipermain manusia yang ikhlas,
Diabai jiwa yang setia,
Mana perginya hati mereka
Sehingga sanggup menindas dalam sedar?
Walau diketahui dunia ini sementara,
Tetapi masih juga sombong berkelakuan seperti raja,
Diabai dosa dan pahala,
Tak diakui perbuatan kejam sendiri walau nyata,
Malah lupa akan bahang neraka,
Padahal Allah tak pandang harta melimpah,
Selain ikhlas taubat nasuha,
Sabarlah sahabat walau dihina,
Penghinaan itu tak ke mana jua,
Ingat Yang Esa masih bersama,
Ditindas dan diluka itu cuma sakit dan seksa dunia,
Balasan tersedia buat mereka juga,
Cuma tabah dan sabar berdoa,
Kerana mereka juga akan parah,
Hadapi sahaja hari-harimu yang bakal tiba,
Sentiasa bersedih ada hikmahnya,
Supaya sedar dan peka sentiasa,
Tentang balasan dunia dan disana
Tumpukan sahaja pada bekalan untuk di sana,
Kerana disanalah yang kekal selamanya.


[Al-kisah Bukan Epik Tulip]: Masuk TV

28/05/2011

5 ratus orang komen
Apa akan jadi bila Tulip masuk TV ???

~Lagu berita~ Opening Naruto 1^^
Assalammualaikum dan sejahtera sentosa buat penonton berita TV Zero Negara Konoha. Tajuk berita penting hari ini!

Tulip hilang?. Berita selanjutnya...

Baru-baru ini berita mengenai kehilangan cik Tulip dari dunia bloggingnya sangat menggemparkan banyak pihak yang tidak berkaitan dan tidak dikenali. Ada yang mengatakan Tulip telah hilang semasa mengembara ke suatu tempat yang dirahsiakan namanya. Ada juga sumber yang mengatakan beliau yang masih remaja itu sedang sakit dan ditahan di Hospital Konoha. Yang mana satu adalah kebenaran yang sebenar-benarnya? Bak kata Conan Edogawa, Kebenaran hanya satu!. Untuk itu, mari kita sama-sama saksikan temuramah ringkas bersama beliau. Wartawan Naruto Dattebayo, sila teruskan melalui lokasi anda.

Paparan televisyen berubah... terpapar wajah si wartawan dan namanya di bawah skrin.

Naruto: Terima kasih cik Haruno Sakura dattebayo. Saya Naruto sedang keudara secara langsung daripada rumah kediaman cik Tulip kita yang kononnya telah hilang seperti yang dihebohkan. Mari kita dengar komen daripada tuan punya diri dattebayo. 

Muncul pula wajah si Tulip di skrin TV yang tiada di rumah anda...

Naruto: Cik Tulip, ada khabar angin mengatakan Cik telah hilang dari dunia blogging hampir seminggu? 
Adakah ianya benar? dan jika benar boleh bagi sebab Cik Tulip?

Tulip: Oh, saya sebenarnya tidak menghilangkan diri tetapi saya sedang meluangkan masa bercuti saya bersama kekasih baru saya iaitu En. KBS world dan keluarganya iaitu One HD tv Asia. Seperti yang anda lihat saya sedang ampai-ampai (baring2) sini di sofa dan kelihatan baik-baik sahaja sayang ada aku untukmu. [Lagu wali]

Naruto: Oh, jadi adakah cik Tulip akan kembali berblogging seperti biasa dattebayo?

Tulip: Ya sudah tentu, bila cuti saya dah habis dan laman sesawang tu dah dibersihkan dari sawang-sawang yang terbiar, saya akan kembali semula. Sebabnya sawang-sawang itu yang buat internet connection saya lambat. Maklumlah.. banyak beruk lalu lalang bawa band dan sawang...???

Naruto: Owwwww....... Okay, nampaknya kita dah dapat jawapan dan penerangan yang pelik dari cik Tulip. Jadi saya wartawan berita Konoha berharap agar anda semua tidak menyebarkan berita-berita yang tidak benar lagi kerana jawapan yang kita akan dapat sangat tidak berkaitan dengan topik daripada cik Tulip. Demi mengelakkan daripada diri kita dibelenggu dengan kebingungan saya serahkan kembali kepada cik Haruno Sakura di studio. Terima kasih dattebayo!

~ Mengarut sudah ~ XD ...


Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^