Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Wang & Duit

11/06/2011

Manusia yang rakus, ataupun wang yang semakin pantas mengalir seiring arus air sungai yang deras menghanyutkan apa2 sahaja yang jatuh ke dalamnya?. Minda manusia sudah semakin hanyut dengan harta dunia ataupun ekonomi semakin ke arah yang negatif dan tidak stabil?.

Kekeliruan manusia semua berpunca daripada duit?. Adakah punca manusia hidup adalah semata mata untuk duit?. Mana maruah manusia sebenarnya sampai boleh dibeli dengan wang ringgit. Segala-galanya dilihat dari aspek kaya atau pun miskin. Apa semua ni?

Duitkah yang menguasai dunia manusia? Bukankah pencipta duit itu sendiri adalah seorang manusia? Mengapa mengexploitasi kaum sendiri sedangkan nyata dan jelas manusia lebih bijak dan berakal daripada sehelai wang kertas dan duit syiling. Apa semua ni?

Andai duit itu bernyawa dan mampu berfikir sepertimana seorang manusia yang cukup sifatnya, dimana agaknya martabat manusia sekarang. Tidak mustahil ia akan mentertawakan nasib kita sebagai manusia kerana tidak seperti ia. Telalu obses dengan duit hingga lupa akan semuanya. Alpa dengan kebijaksanaan yang ada sehingga terpedaya dengan mudahnya hanya kerana duit. Apa semua ni?

Hahahahaha… hilai tawanya semakin kuat. Tidak membarakah rasa di hati diperdaya oleh sesuatu yang sebenarnya terlalu mudah untuk kita hapuskan? Tetapi kita tidak mahu ia terhapus kerana memikirkan nasib kita tanpanya. Nyatalah sekarang memang ia yang menguasai dunia kita. Apa semua ni sebenarnya?

Ambillah waktu walau sejenak, fikirkan cara untuk mengawalnya dan diri kita sendiri. Dalami kehendak dan kemahuan kita yang sebenar benarnya sebelum menghalusi satu persatu sebab dan akibat daripadanya kerana itulah yang paling asas dan penting.

Jika kita berupaya menciptanya, maka kita juga ada kekuatan yang perlu diselami untuk mengawalnya. Tanpa ragu dan tertipu kita mampu Berjaya. Yakinlah…Bila sedikit ia adalah teman, bila banyak ia mungkin boleh jadi musuh di dalam selimut.

^v^- 13 mei 2010

p/s: Karya di atas dah lama dalam 'lappy' Tulip. Baru hari ni Tulip tadah di laman maya. Lebih setahun dah kan? ^^


2 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Sesungguhnya, Rasulullah sendiri menyarankan agar kita mencari rezeki di dunia ni, seakan-akan kita akan hidup seribu tahun lagi. Namun, dalam masa yang sama, kita juga ditekankan agar beribadat kepada Allah, seakan-akan kita akan mati esok hari.

Cuma, di sini lah tugas syaitan bermula. Dia akan menghasut anak cucu Adam agar memandang hanya pada duniawi sahaja. Pada mereka yang termakan hasutan, maka duniawi lah tumpuan pandangan hati nurani mereka. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan dari api neraka. Amin. :)

p/s: Kenapa perap lama-lama entri macam ni? Worth a lot to be shared bah ni. Hehe.

Entri terbaru: tragis

Adizatulip said...

huhu.. dulu tiada tempat maw tadah. tulah terperap, ni pun baru jumpa balik. makasih ya^^. Amin...

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^