Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[Al-Kisah Bukan Epik Tulip] : Perjalanan Cintaku

17/05/2012

0 ratus orang komen

Saat engkau hadir dalam hidupku wahai calon keduaku
Hati berbisik, mungkin sudah tiba masanya untuk aku bergerak memandang ke hadapan
Meninggalkan memori silam bersama calon pertama yang telah lalu
Aku cuba menerima kehadiranmu semampuku
Ku sandarkan doa di dalam bibit perkenalan kita agar engkau calon yang ku nanti
Moga terjaga batas kita
Hari demi hari, aku semakin kuat dan yakin dengan jodoh Allah ini

Namun buat kali kedua
Allah sengaja hancurkan impianku untuk bersama mu wahai calon suamiku
Kau menjadi insan kedua dalam hidupku yang berani maju memberi harapan
Kemudian pergi meninggalkan luka yang tak ku duga begini sakitnya
Bila mana hati ini telah sedia menjadikan kau pemilik setianya..
Bila mana hati ini telah bersedia menemani dirimu dalam perjalanan menuju redha-Nya

Seperti calon pertama yang Allah kirimkan buatku
Dia pergi tanpa meninggalkan sebarang sebab . .
Airmata mengalir tetapi masa telah berjaya membuat aku faham 
akan tindakannya itu demi kebaikan kami berdua..
Dia insan yang baik, juga pernah membahagiakan aku
Dia juga telah banyak membimbing aku ke jalanNya
Namun dia bukan jodohku..

Sembilan bulan kemudian, di saat aku masih tetap mengenang dalam kesedihan
Kau hadir memberi kekuatan . . kekuatan yang sementara . .
Mahu sahaja hati ini berkata yang lebih baik kita tidak pernah berjumpa dahulu
Tapi tak sampai hati ini mengucap perkataan itu di lisan
Walau macam mana sakit pun yang kau tinggalkan buat diriku
Tetap dirimu pernah membuat aku bahagia dan tersenyum
Tetap dirimu pernah mengajar aku erti hidup
Tetap dirimu pernah menunjukkan aku jalan yang Allah redha..
Apa daya hati ini mahu membenci dirimu wahai calon keduaku..

Di saat calon pertama cuba untuk datang semula ke dalam hidupku
Ku sampaikan berita itu kepadamu wahai calon keduaku..
Kau tunduk seketika,. Kau berdiam,. Kemudian kau pandang dan berkata kepadaku
Wahai calon isteriku, andai dia masih yang terbaik buat dirimu, aku rela kau pergi kepadanya
Kemudian kau senyum kepadaku..
Terharu hati ini menahan sebak.. kau buat aku yakin bahawa kau lebih baik untukku
Lalu ku sampaikan pula kepada calon yang pertama
Maafkan aku tak dapat menerimamu sekali lagi.. 
aku ingin terus berada di jalan yang ku lalui sekarang
Mungkin dia jodohku.. andai kita berjodoh tetap ku akan jadi milikmu jua..
Dia menerima dengan tenang . .

Lalu ku sampaikan kembali kepada calon keduaku 
Tentang apa yang ku sampaikan buat calon yang pertama..
Kau tersenyum menampakkan bahagia.. terasa diri begitu dihargai.. 
berbisik sang hati.. syukur..
Masa terus berlalu.. kita bahagia.. hinggalah saat kau nyatakan ingin menjadikan ku isterimu
Ya Allah, hanya Engkau jua yang tahu betapa hamba nantikan saat ini..
Ku berikan jawapan yang ku tahu kau juga mahu mendengarnya..

Dalam pada aku menanti kau ikhlaskan kata-katamu. . .
Di situ peristiwa pahit mula memeluk aku…
Allah.. kuatkan aku.. bertahun aku cuba untuk menerima..
Aku sanggup menahan sakit di hati ini demi untuk melihat kau bahagia
Aku mungkin bodoh sanggup menahan semua ini demi mu.. 
tapi niat ku dihati agar dapat membalas kembali kasih yang kau pernah beri dahulu..
Namun.. akhirnya kau yang berputus asa..
Di saat aku telah kuat untuk menerima dugaan ini
Di saat aku baru bangkit dengan membina harapan yang baru..
Sekali lagi kau hancurkan.. terfikir akan apalah makna semua ini..

Sesungguhnya aku cuma mampu redha.. 
calon pertama dan kedua yang dahulu pernah membuat aku bahagia 
akhirnya pergi sendirinya tanpa ku mahu dan meninggalkan sakit dan luka

Andai hadir calon yang ketiga.. ku mohon Ya Allah.. 
Hadirkanlah bila dia dan aku telah betul-betul bersedia..
Jauhkanlah aku dari membina harapan yang palsu sekali lagi
Tak sanggup hati ini melalui luka buat kali ketiga..
Hadirkanlah yang benar-benar mahu membahagiakanku..
Sesungguhnya aku lebih mahu mengetahui keadaan bakal suami ku..
Siapakah gerangan dirinya..
Bolehkah dia menerima ku, perangaiku, keluargaku..
Bolehkan dia membimbingku ke jalanMu..
Sampaikan salam rindu ini pada bakal suamiku..
Jagalah dia di sana Ya Allah… permudahkanlah urusan kami
Ku simpan cinta dan rindu ini buatnya..
Seorang lelaki yang akan menjadi imam dalam keluarga yang bakal kami bina kelak
Walaupun belum ku kenal siapa gerangannya.. ku akan tetap menantinya..


[Al-Kisah Bukan Epik Tulip] : Syukran

16/05/2012

2 ratus orang komen


Sering kali jauh fikiran melayang
Mencari hikmah dan asbab yang jelas
Adakah hati telah gelap
Hilang sinar akibat dosa dan lalai…

Langkah hidup diteruskan
Dalam perjalanan..
terserempak dengan kebahagiaan yang tak diduga
langkah yang longlai mula utuh
wajah yang tunduk mula memandang ke depan
hati yang lemah mula bersemangat
terharu dengan nikmat yang diberi
seperti doa yang telah lama terkubur dalam ingatan dikabulkan
Syukran terucap di bibir..

Namun disebalik kebahagiaan
Dugaan lain menimpa..
Dipisahkan dengan si pemilik hati
Tapi entah mengapa
Dugaan itu tak dapat mengoyah hati menjadi lemah dan layu
Hati masih mampu utuh dan tersenyum
Malah turut merasa bersyukur
Bila hilangnya punca kelalaian
Sang hati lalu berbisik
Pasti ada hikmah semua ini
Yang lebih baik masih menanti.

p/s: syukran Ya Allah kerna Engkau beri hamba nikmat persahabatan yang indah ini disaat Engkau ingin datangkan perpisahan sementara yang Kau tahu mampu melemahkan aku. Ya Allah, lindungi hamba dan semua keluarga dan sahabat-sahabat hamba. Syukur hamba padaMu.. Alhamdulillah…

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang selalu buat aku tersenyum bahagia :) <Lahei, Aishah, Roz, Aminah, Liz, Wana, Syida, Fred, Chriz, Ipy, Eddie, Mazwan, Shamer, Nazren, Izan, Vg, Arif, dan kawan-kawan KM lain.. yg tak sempat rapat2 sebab mereka nda join jalan-jalan hari tu. Mereka semua ni saya anggap macam adik-beradik saya... terima kasih ya.. :)  terharu sangat dapat kenal kamu semua. Sayang kamu semua>


[F&R] Halus mulus kuntuman

26/02/2012

0 ratus orang komen

Banyaknya kuntuman
Daripada jenis yang berbeza
Ada cantik dan serinya yang tersendiri
Setiap satu dihidu baunya
Kemudian ditinggalkan
Dan ditempatkan di dalam satu pasu kaca
Ada yang berdekatan
Ada juga yang tersisih bersendirian
Terlihat hingga keseluruhannya
Hanya kejernihan air menjadi peneman
Dibiarkan kuntuman-kuntuman itu
Seperti diuji kuntuman mana yang dapat bertahan
Tanpa perhatian, tanpa kasih sayang si pemilik,
Terpaksa bertahan dan mendongak ke langit selagi mampu
Ada juga yang jatuh menunduk ke bumi
Menjalani kehidupan yang bukan lumrah
Ibarat satu derita tanpa penghujung
Wujudnya yang halus dan mulus
Sangat menjanjikan kerapuhan
Tanpa kebutuhan yang selayaknya

p/s: Maksud kuntuman berbeza mengikut penafsiran setiap insan. Ikutlah apa yang kamu maklum agar tidak melanggar kata hati, nanti wujud kekeliruan, akhirnya tidak memahami walaupun sangat jelas. :)

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^