Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

Bukan Bercerita: Ramadhan

31/07/2011

0 ratus orang komen
Assalammualaikum buat semua umat Islam, Syukur Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk merasa rahmat di bulan Ramadhan serta memohon magfirah daripada Allah s.w.t. Tinggal beberapa minit sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan bulan berkat. Semua jin dan syaitan akan dikurung, pintu syurga dibuka dan ditutupkan pintu neraka. Berusahalah meningkatkan amalan supaya dapat dijadikan bekalan buat di sana kelak. 

Dikesempatan ini, Tulip ingin mohon maaf andai ada salah dan silap pada sesiapa yang mengenali mahupun tidak mengenali. Sebelum membuat post ni, Tulip ada membaca satu entri daripada sahabat blogger yang bertajuk dosa orang yang berkecil hati. Dosa orang yang berkecil hati lebih besar daripada dosa orang yang menyakitkan hati. Mengapa begitu? mesti ramai yang tertanya-tanya. Orang yang menyakiti hati kita memang berdosa tetapi orang yang turut berkecil hati kerana disakiti akan turut berdosa kerana ia menunjukkan kita tidak redha dengan ujian Allah. Penghinaan atau yang sewaktu dengannya itu adalah satu ujian daripada Allah. Ia juga sebagai peringatan agar kita tidak leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati maksudnya kita tidak menerima ujian daripada Allah ini dan sebenarnya kita berkecil hati dengan Allah. Faham? Untuk keterangan yang selanjutnya, silalah jenguk blog En. Burungman.

Sempena bulan Ramadhan ni, Tulip @ Adizatul Amira Binti Abdul Kadir [^^] ingin mohon maaf dari hujung kaki hingga hujung rambut supaya Ramadhan yang mendatang dapat dinikmati dengan hati yang tenang. Segala salah dan silap anda pada Tulip juga Tulip dah maafkan seikhlasnya. Lagipun hanya Allah yang layak menghukum hambaNya. Jika ada entri-entri Tulip yang mengguris hati harap dimaafkan. Yang berlalu bagi Tulip biarlah berlalu. Diri telah cuba untuk memperbaiki tetapi mungkin tidak mendapat kerjasama. Jadi kita tawakal sahajalah kepada Allah.







Selamat menyambut Ramadhan semua^^
Ramadhan yang dirindui,
Awalnya tersimpan rahmat,
Pertengahannya keampunan,
dan pengakhirannya bebas daripada neraka... Amin
ChiAw miAw~bYubyU



[F&R] Jaga kata dan kawal ego

0 ratus orang komen
Kata-kata kadang kala boleh dianggap satu gurauan andai ianya diluahkan kepada sahabat-sahabat yang rapat. Tetapi bagaimana pula jika kata-kata tersebut disertakan dengan reaksi muka yang sangat ketara menunjukkan ianya benar? Apatah lagi bila isu yang diuarkan itu berkaitan dengan peribadi dan pilihan si sahabat itu.

Walaupun terasa dengan apa yang diucapkan oleh sahabatnya, si sahabat tetap sabar kerana mula-mula ia jua menganggap isu itu satu gurauan. Tetapi lama-kelamaan kata-kata itu mula mengguris dan sangat melukai hatinya. Berfikir sejenak si sahabat tadi mengapa harus diluahkan kata-kata seperti itu berulang kali. Apa yang sahabatnya cuba sampaikan sebenarnya? 

Nampaknya, bukan dia sahaja yang sedar dengan perbuatan sahabatnya itu, tetapi semua orang turut merasa benda yang sama. Jadi memang ternyatalah benda itu benar. Mulai dari saat itu, terciptalah suasana yang sangat tidak menyenangkan buatnya. Dia rasakan tekanan yang amat tetapi sahabatnya itu tetap mengulangi kata-kata yang mengguris itu.

Kerana tak tertahan menanggung sendiri, dia mula mencari tempat mengadu iaitu berkaitan dengan isu yang selalu diuarkan walaupun tanpa ada orang yang menyebutnya. Isu itu seringkali disuarakan secara tiba-tiba padahal yang lain sudah melupakan. Yang lain mula diam kerana mereka tahu isu itu mengguris hati si sahabat tadi tetapi yang menyebut tetap meneruskan niatnya.

Tempat si dia mengadu hanya mendengar dengan tenang dan dia berkata, tidak apa jika dia dihina atau diburukkan oleh sesiapa asalkan jangan dirimu dan keluargaku serta tempat kelahiranku. Kerana disitu tersimpan memori indah sejak wujud jasadku. Si dia membalas dengan tenang, maafkan diri ini tak mampu melawan kata-kata itu tetapi itu tak bererti dia tidak sayang dengan memori yang ada. Tempat kelahiranmu serta keluargamu pernah buat hati ini rasa seperti di rumah sendiri. Jadi hati ini akan turut terguris bersama.

Kejadian bertambah teruk bila kata-kata itu melibatkan tempat kelahiran serta bahasa turun-temurun insan yang mendengar luahan tadi. Tetapi dia masih cuba bertahan dan mengambil keputusan untuk bertanya secara aman. Yang ditanya tidak mengatakan iya malah sebaliknya. Jika diminta saksi sekalipun, banyak saksi boleh diberikan.  Mungkin dia anggap isu itu satu gurauan. 

Tetapi apalah salahnya mengaku dan beritahu itu gurauan semata. Sudah tentu yang bertanya mampu menerima jawapan tersebut kerana niatnya juga cuma ingin menjelaskan satu perkara kepada yang ditanya, ada manusia boleh terima bahasanya dikutuk dan diajuk tetapi ada juga yang tidak. Seperti juga dia yang tidak dapat menerima ini semua lalu membuat keputusan untuk putuskan segala yang ada tanpa bertindak seperti yang matang dan berbincang. Selama mana mahu lari daripada realiti dan selama mana mahu hidup tanpa sahabat?

Sekali dirinya anggap seseorang itu sebagai sahabat, maka sahabatlah selamanya. Tetapi jarang kita jumpa seseorang yang lebih suka membuang dari membaiki. Menjaga perhubungan itu sepatutnya tak perlu diajar kerana pendedahan telah diberi sejak di sekolah lagi. Percampuran jantina dan bangsa di dalam satu kawasan sudah dianggap normal bagi kita tetapi ada yang menganggap itu sebagai satu tekanan. Pelik juga bila sesuatu yang baik itu adalah tekanan. Tak apa, itu baru ujian psikologi tahap 1. Kalau mahu hadap tahap kedua sila datang dan jangan segan.

Bila bercakap, walaupun itu satu gurauan kadang-kadang ada juga yang tak dapat diterima. Seperti juga sesetengah orang yang menganggap benda tu tekanan. Tetapi kerana ego..... lu fikirlah sendiri. Daripada simpan baik luahkan. Jujur itu penting dan jangan kerana ego, jujur tadi tertutup dan tidak dapat menampakkan diri.


Bukan Bercerita: Sekadar apa?

22/07/2011

4 ratus orang komen
Assalammualaikum dan selamat 1/3 malam^^ (yaka??) hUhu~. Sekali lagi buat entri bukan bercerita ataupun mahu bermadah puitis dan membuat kamu semua terasa mahu muntah (nda menahan jiwang~LOL). Baiklah, berbalik kepada keadaan mental yang sedar 99.5% dan selebihnya hilang entah kemana (mungkin ditelan kuman~ jap.. mampukah?), cuba kamu semua lihat kepada Daisypath di atas... ala.. yang ada kupu-kupu 2 ekor tu. Waaa... sudah 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari umur blog Tulip yang mengada perasan bagus ni kan? Tidak Tulip menyangka masa berlalu terlalu pantas malah lebih pantas daripada keretapi Tanjung Aru yang baru tu. Erm.. endahkan sahaja aktiviti merepek Tulip ni. Huhu.

Bagi menambah lagi isi entri ni supaya kelihatan panjang yang mana sangatlah tidak perlu, biarlah Tulip beritahu serba sedikit tentang kegiatan Tulip sekarang ni. Secara ringkas (InsyaAllah), Tulip sekarang tengah berada dalam semester pendek di Universiti Tun Abdul Razak di negeri tercinta. Jadi, masa yang Tulip ada kebanyakannya dicuri oleh perjumpaan-perjumpaan tidak rasmi dan mesyuarat-mesyuarat yang mewajibkan kehadiran Tulip di situ termasuklah kelas dan beberapa kelas tambahan yang tiba-tiba ada. Belum tolak lagi masa untuk tidur, makan, minum, ke tandas, cuci kain dan aktiviti lain. Setelah dihitung-hitung, Tulip pun tidak tahu masa yang Tulip betul-betul ada untuk buat entri sekian-sekian. Itu belum campur darab lagi penyakit kurang rajin yang memang ada dalam diri kita semua kan? (nda maw kurang rajin 1 orang). Oleh itu, bolehkah Tulip tutup entri ni di sini sahaja sebab mahu buat kerja ni? Sudah tentulah boleh~ huHuhu~ Yalarr
Chiaw miaw~Byubyu ^^

[MSF] Keinginan dan Penyelesaian

16/07/2011

4 ratus orang komen
Baring si dia di atas buaian yang diperbuat daripada tali di beranda rumahnya sambil tangannya memetik halus tali gitar kesayangannya. Ditenungnya langit biru yang cerah dan ditemani bunyi-bunyi sang alam beserta penghuninya. Mengeluh dia… lalu menutup matanya.. ahhhh… terasa aman dan tenang…

***~
Hamparan mindanya kini terbuka. Kelihatan megah sebuah istana kristal yang sangat mengkagumkan dirinya yang terletak di tengah-tengah ladang bunga Tulip berwarna merah dan bersinar. Dia yang menyukai Tulip lantas tersenyum dengan lebarnya ibarat mimpi menjadi kenyataan. Mahu sahaja dipetik tulip yang indah dihadapannya itu tetapi dibatalkan niatnya kerana tak sanggup mengganggu sesuatu yang bukan miliknya. Dia hanya memerhati dari jarak yang dekat sambil tersenyum. Lebih mengkagumkan dirinya, terlihat dia kilauan indah sebiji berlian yang betul-betul tertanam di dalam kelopak bunga Tulip itu.

Matanya membulat dan kagum. “Milik siapa taman dan istana indah ini… mirip sangat seperti apa yang kuinginkan,” katanya sambil tersenyum kagum.

Nekad dia ingin bertanya tetapi dilihatnya sekeliling tiada sesiapa kecuali taman bunga Tulip dan istana kristal tadi. Langkah kanan mula diatur menjadi penghulu perjalanannya menemui jawapan menuju ke istana tersebut. Tiada langsung perasaan gundah dan takut menemani dirinya. Sampai sahaja di hadapan pintu istana, pintu tersebut terbuka dengan sendirinya seperti mengundang dia untuk masuk ke dalam.

Pintu terbuka dan yang kelihatan cumalah permaidani merah dan gerbang indah berhiaskan bunga Tulip. Apabila tidak melihat sesiapa, dia mula melangkah masuk mengatur langkahnya di atas permaidani. Matanya masih lagi cuba memerhatikan keindahan di dalam istana tersebut tanpa mampu berkata apa-apa.

Terhenti langkahnya apabila terlihat sebuah pintu yang agak kecil saiznya berbanding pintu utama. Diputarnya tombol pintu tersebut dan melangkahlah dia ke dalamnya. Dia kini berada di sebuah bilik yang kecil. Dihadapannya terletak sebuah cermin yang dapat memperlihatkan keseluruhan badannya. Dikanannya tergantung sehelai busana yang cantik berwarna putih yang boleh menutup semua auratnya. Tersenyum dia lalu dicapai busana itu dan dipakainya. Setelah selesai berdirilah dia dihadapan cermin tadi dan kelihatan busana tadi benar-benar mengikut siaznya. Diendahkan rasa hairan yang juga tertindas dek kegembiraan.

Tiba-tiba terasa seperti ada seseorang yang menyentuh bahunya. Dia menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa.  Kemudian kembali menoleh ke hadapan tetapi cermin yang berada di hadapannya tadi telah tiada. Yang ada hanyalah sebuah pintu besar dan indah daripada pintu utama tadi. Terkejut dia dan kali ini perasaan takut mula menyelubungi. Dilihatnya sekeliling yang gelap gelita seperti memaksanya untuk masuk ke dalam. Dia tiada pilihan lain dan sudah tentulah dia tidak memilih untuk terus berada dalam keadaan yang gelap itu padahal ada jalan lain tersedia di hadapan. Lalu digagahkan diri membuka dan menolak pintu itu.

Kali ini suasananya agak berlainan dari yang awalnya. Kelihatan ramai manusia yang bertopeng putih dan hitam. Ada yang kelihatan sangat menakutkan dan ada juga yang kelihatan mesra. Semua mata tertumpu kepada dia sekarang ini. Tiba-tiba bersuara seorang daripada mereka dan suara tersebut adalah suara seorang lelaki.

                “Melangkahlah dengan kananmu dan teruslah melangkah sehingga penghujung permaidani ini,” kata lelaki yang bertopeng putih itu. Semua manusia yang menghalang jalannya tadi mula memberinya laluan, maka berjalanlah dia mencari penghujung permaidani merah itu. Langkahnya diikuti lelaki bertopeng putih tadi. Dia yang takut untuk bersuara hanya mampu mengikuti arahan lelaki tadi. Suasana ketika itu sunyi dan mendebarkan dirinya. Akhirnya sampai dia ke penghujung permaidani.

                “Duduklah di kerusi itu. Ia khas buatmu,” kata lelaki itu dengan lembut. Dilihatnya kerusi itu yang berbentuk bunga Tulip dan sangat empuk dan selesa duduk di atasnya. Dia hanya menurut dan duduk dengan diam tanpa berkata apa-apa. Lelaki tadi kembali bersuara.

                “Ingatkah kau pada kami?”

                “Tidak,” dengan nada yang perlahan dan takut. Lelaki tadi membuka separuh daripada topengnya. Yang kelihatan cumalah bibir lelaki tersebut yang tersenyum.

                “Kami di sini berhajat, pandanglah kami tanpa wujud rasa takut dalam dirimu”.

                “Hajat apa?”

                “Bila sahaja mindamu tenang dan rela menerima kunjungan kami, kami akan datang”.

                “Terangkanlah kepadaku apa yang dapat ku lakukan untuk kamu semua..”

Tersenyum lagi lelaki itu. Senyumannya sungguh mesra sehingga mampu membuat dirinya yang takut tadi menjadi tenang.

                “Kami wujud dalam realiti mahupun fantasimu. Tetapi wujudnya kami di mindamu hanya berlaku bila mindamu mengizinkan. Lihatlah sekelilingmu dipenuhi dengan manusia yang bertopeng. Yang bertopeng putih adalah insan yang tiada sebarang masalah denganmu jadi janganlah runsingkan mindamu. Sebaliknya tumpukan pada yang bertopeng hitam. Sebentar lagi mereka akan datang satu-persatu dihadapanmu meminta kamu mencari jalan penyelesaian atas segala masalah yang berlaku diantara kamu. Maka selesaikanlah dengan matang fikiran dan jalan yang diredhai Allah. Aku akan temani kamu di sini bersama orang-orang yang kau sayangi iaitu keluargamu”.

                “Siapa kamu…”

                “Akulah yang kau fikirkan, jangan lagi takut ya,” sambil tersenyum dan menunjukkan keseluruhan wajahnya.

Terperanjat dia dan mulalah dirinya diselubung dengan perasaan yang gembira. Dia hanya mampu tersenyum.

p/s: Berilah masa kepada diri kita sendiri untuk berfikir dan menyelesaikan masalah yang ada dengan matang akal dan tenang. Ingatlah setiap masalah ada penyelesaiannya dan sentiasa ada insan tersayang menemani dan memberi semangat untuk kita. Berdoalah semoga diberi petunjuk selalu.. amin^^


[MSF] Mencari yang Maha Satu

05/07/2011

6 ratus orang komen
Tercungap-cungap mencari oksigen. Disentuh dada kerana anggapannya dapat mengurangkan sakit yang dirasa..

Gelap gelita bilik itu dan semakin menyukarkan dia mencari jalan keluar merayu sesiapa sahaja membantu. Dadanya semakin lama semakin sakit seperti ruang keluar masuk udaranya semakin sempit.

Tiba-tiba terdengar bisikan di hati… “Keluarlah dari sini dengan menghadap Tuhanmu. Sebutlah Syahadah kerana itu permulaan syifa hati”

Terdiam dia seketika sambil terbaring terlentang menghadap satu pintu yang terbuka tanpa mampu bergerak. Di sebalik pintu itu kelihatan manusia-manusia yang dikenalinya tetapi seorang pun tidak menoleh ke arahnya seakan-akan tidak menyedari keberadaannya di bilik yang gelap itu.

Dilaungnya satu nama manusia yang dia kenal. Tak menjawab manusia itu. Dilaungnya sekali lagi dan kali ini sekuat hatinya. Masih tak menjawab mahupun menoleh. Sesaat kemudian manusia itu berhenti betul-betul di hadapan pintu. Perlakuan manusia itu seperti tercari-cari sesuatu di dalam bilik itu. Dia pun mulalah merebut peluang tersebut dengan melaungkan sekali lagi nama manusia itu. Tetapi keputusannya tetap sama. Tak dijawab ibarat dia tidak wujud di situ.

Berlalulah manusia itu dan dia masih terlentang. Terkenang masa senangnya sehingga buat dia terleka dengan dunia. Fahamlah sang hatinya sebab semua ini terjadi.

Diucapnya syahadah seperti yang disuruh oleh bisikan itu. Sedikit demi sedikit anggota badannya terasa ringan dan sakit didadanya hilang. Mengalir airmatanya di saat itu terasa sangat bahagia masih diberi nikmat sebegini besar.

Tetapi hatinya masih tidak tenang. Fikirannya masih terganggu. Lalu terbuka 1 pintu dihadapannya yang hanya ada cahaya yang terang dan suara yang berkata, “Taubatan lillahi”. Terbuka lagi satu pintu disebelah kanannya dan suara yang lain berkata, “Istikharahlah”.

Maka bangkitlah dia tanpa berfikir panjang kerana hatinya yakin dengan apa yang dilakukannya menuju ke pintu dihadapannya. Terlihat dia sebuah masjid yang tersergam indah dan berjalanlah dia ke tempat berwuduk.

Di tempat berwuduk itu kelihatan seorang budak yang dalam lingkungan umur 15 tahun sedang kusyuk mengambil wuduk. Ditanya budak tersebut, “Ajarkanlah aku apa yang sepatutnya ku tahu”. Pertanyaannya disambut dengan senyuman dan tertib berwuduk.

Selesai berwuduk maka dia pun mengerjakanlah solat sunat taubat, dan istikarah mohon ditakdirkan yang baik dan dijauhkan yang buruk. Semoga dia berhati tenang dan puas dengan apa yang telah menjadi takdir baginya. Amin…

Setelah selesai sahaja solat, perasaan dan hatinya menjadi tenang, fikirannya tidak lagi merasa beban dengan segala masalah. Sekali lagi airmatanya mengalir lalu bersujud syukurlah dia kepada Allah dan dengan menghadap kiblat. Alhamdulillah.

p/s: Kita memang tidak sempurna tetapi masih diberi kudrat mencari kesempurnaan di dalam diri sebagai bekalan di sana nanti. Amin...

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^