Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Jaga kata dan kawal ego

31/07/2011

Kata-kata kadang kala boleh dianggap satu gurauan andai ianya diluahkan kepada sahabat-sahabat yang rapat. Tetapi bagaimana pula jika kata-kata tersebut disertakan dengan reaksi muka yang sangat ketara menunjukkan ianya benar? Apatah lagi bila isu yang diuarkan itu berkaitan dengan peribadi dan pilihan si sahabat itu.

Walaupun terasa dengan apa yang diucapkan oleh sahabatnya, si sahabat tetap sabar kerana mula-mula ia jua menganggap isu itu satu gurauan. Tetapi lama-kelamaan kata-kata itu mula mengguris dan sangat melukai hatinya. Berfikir sejenak si sahabat tadi mengapa harus diluahkan kata-kata seperti itu berulang kali. Apa yang sahabatnya cuba sampaikan sebenarnya? 

Nampaknya, bukan dia sahaja yang sedar dengan perbuatan sahabatnya itu, tetapi semua orang turut merasa benda yang sama. Jadi memang ternyatalah benda itu benar. Mulai dari saat itu, terciptalah suasana yang sangat tidak menyenangkan buatnya. Dia rasakan tekanan yang amat tetapi sahabatnya itu tetap mengulangi kata-kata yang mengguris itu.

Kerana tak tertahan menanggung sendiri, dia mula mencari tempat mengadu iaitu berkaitan dengan isu yang selalu diuarkan walaupun tanpa ada orang yang menyebutnya. Isu itu seringkali disuarakan secara tiba-tiba padahal yang lain sudah melupakan. Yang lain mula diam kerana mereka tahu isu itu mengguris hati si sahabat tadi tetapi yang menyebut tetap meneruskan niatnya.

Tempat si dia mengadu hanya mendengar dengan tenang dan dia berkata, tidak apa jika dia dihina atau diburukkan oleh sesiapa asalkan jangan dirimu dan keluargaku serta tempat kelahiranku. Kerana disitu tersimpan memori indah sejak wujud jasadku. Si dia membalas dengan tenang, maafkan diri ini tak mampu melawan kata-kata itu tetapi itu tak bererti dia tidak sayang dengan memori yang ada. Tempat kelahiranmu serta keluargamu pernah buat hati ini rasa seperti di rumah sendiri. Jadi hati ini akan turut terguris bersama.

Kejadian bertambah teruk bila kata-kata itu melibatkan tempat kelahiran serta bahasa turun-temurun insan yang mendengar luahan tadi. Tetapi dia masih cuba bertahan dan mengambil keputusan untuk bertanya secara aman. Yang ditanya tidak mengatakan iya malah sebaliknya. Jika diminta saksi sekalipun, banyak saksi boleh diberikan.  Mungkin dia anggap isu itu satu gurauan. 

Tetapi apalah salahnya mengaku dan beritahu itu gurauan semata. Sudah tentu yang bertanya mampu menerima jawapan tersebut kerana niatnya juga cuma ingin menjelaskan satu perkara kepada yang ditanya, ada manusia boleh terima bahasanya dikutuk dan diajuk tetapi ada juga yang tidak. Seperti juga dia yang tidak dapat menerima ini semua lalu membuat keputusan untuk putuskan segala yang ada tanpa bertindak seperti yang matang dan berbincang. Selama mana mahu lari daripada realiti dan selama mana mahu hidup tanpa sahabat?

Sekali dirinya anggap seseorang itu sebagai sahabat, maka sahabatlah selamanya. Tetapi jarang kita jumpa seseorang yang lebih suka membuang dari membaiki. Menjaga perhubungan itu sepatutnya tak perlu diajar kerana pendedahan telah diberi sejak di sekolah lagi. Percampuran jantina dan bangsa di dalam satu kawasan sudah dianggap normal bagi kita tetapi ada yang menganggap itu sebagai satu tekanan. Pelik juga bila sesuatu yang baik itu adalah tekanan. Tak apa, itu baru ujian psikologi tahap 1. Kalau mahu hadap tahap kedua sila datang dan jangan segan.

Bila bercakap, walaupun itu satu gurauan kadang-kadang ada juga yang tak dapat diterima. Seperti juga sesetengah orang yang menganggap benda tu tekanan. Tetapi kerana ego..... lu fikirlah sendiri. Daripada simpan baik luahkan. Jujur itu penting dan jangan kerana ego, jujur tadi tertutup dan tidak dapat menampakkan diri.


0 ratus orang komen:

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^