Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

Bukan Bercerita: Sekadar apa?

22/07/2011

Assalammualaikum dan selamat 1/3 malam^^ (yaka??) hUhu~. Sekali lagi buat entri bukan bercerita ataupun mahu bermadah puitis dan membuat kamu semua terasa mahu muntah (nda menahan jiwang~LOL). Baiklah, berbalik kepada keadaan mental yang sedar 99.5% dan selebihnya hilang entah kemana (mungkin ditelan kuman~ jap.. mampukah?), cuba kamu semua lihat kepada Daisypath di atas... ala.. yang ada kupu-kupu 2 ekor tu. Waaa... sudah 2 bulan, 2 minggu dan 2 hari umur blog Tulip yang mengada perasan bagus ni kan? Tidak Tulip menyangka masa berlalu terlalu pantas malah lebih pantas daripada keretapi Tanjung Aru yang baru tu. Erm.. endahkan sahaja aktiviti merepek Tulip ni. Huhu.

Bagi menambah lagi isi entri ni supaya kelihatan panjang yang mana sangatlah tidak perlu, biarlah Tulip beritahu serba sedikit tentang kegiatan Tulip sekarang ni. Secara ringkas (InsyaAllah), Tulip sekarang tengah berada dalam semester pendek di Universiti Tun Abdul Razak di negeri tercinta. Jadi, masa yang Tulip ada kebanyakannya dicuri oleh perjumpaan-perjumpaan tidak rasmi dan mesyuarat-mesyuarat yang mewajibkan kehadiran Tulip di situ termasuklah kelas dan beberapa kelas tambahan yang tiba-tiba ada. Belum tolak lagi masa untuk tidur, makan, minum, ke tandas, cuci kain dan aktiviti lain. Setelah dihitung-hitung, Tulip pun tidak tahu masa yang Tulip betul-betul ada untuk buat entri sekian-sekian. Itu belum campur darab lagi penyakit kurang rajin yang memang ada dalam diri kita semua kan? (nda maw kurang rajin 1 orang). Oleh itu, bolehkah Tulip tutup entri ni di sini sahaja sebab mahu buat kerja ni? Sudah tentulah boleh~ huHuhu~ Yalarr
Chiaw miaw~Byubyu ^^

4 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Ohh. Short sem pula ko skrg ni. Haha. Patutla saya kadang-kadang nampak masih juga ada ni budak Unirazak jalan-jalan pigi kelas dari rumah saya. Saya ingat kamurang cuti suda. Haha.

Adizatulip said...

hehe. d mna? ya.. belum lgi kami cuti ni. bru cuti study skang. nnti posa bru cuti

Unknown said...

Oit Fadzmie, mana juga awek [oupss] UNIRAZAK tu..? Nda aku nampak pun.. Muahua3!

Nah nda lama lagi kamu cuti sudah kan Adiza.. Namamu mu ni macam pernah aku nampak sebelum ni.. Nickname 'Tulip' juga.. Scarlet Mihuhu..? Hua2 XD

Adizatulip said...

anda tepat sekali. saya la tu. kihkihkih ^^

uiseh. awek rupanya. kihkihkih^^

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^