Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[MSF] Mencari yang Maha Satu

05/07/2011

Tercungap-cungap mencari oksigen. Disentuh dada kerana anggapannya dapat mengurangkan sakit yang dirasa..

Gelap gelita bilik itu dan semakin menyukarkan dia mencari jalan keluar merayu sesiapa sahaja membantu. Dadanya semakin lama semakin sakit seperti ruang keluar masuk udaranya semakin sempit.

Tiba-tiba terdengar bisikan di hati… “Keluarlah dari sini dengan menghadap Tuhanmu. Sebutlah Syahadah kerana itu permulaan syifa hati”

Terdiam dia seketika sambil terbaring terlentang menghadap satu pintu yang terbuka tanpa mampu bergerak. Di sebalik pintu itu kelihatan manusia-manusia yang dikenalinya tetapi seorang pun tidak menoleh ke arahnya seakan-akan tidak menyedari keberadaannya di bilik yang gelap itu.

Dilaungnya satu nama manusia yang dia kenal. Tak menjawab manusia itu. Dilaungnya sekali lagi dan kali ini sekuat hatinya. Masih tak menjawab mahupun menoleh. Sesaat kemudian manusia itu berhenti betul-betul di hadapan pintu. Perlakuan manusia itu seperti tercari-cari sesuatu di dalam bilik itu. Dia pun mulalah merebut peluang tersebut dengan melaungkan sekali lagi nama manusia itu. Tetapi keputusannya tetap sama. Tak dijawab ibarat dia tidak wujud di situ.

Berlalulah manusia itu dan dia masih terlentang. Terkenang masa senangnya sehingga buat dia terleka dengan dunia. Fahamlah sang hatinya sebab semua ini terjadi.

Diucapnya syahadah seperti yang disuruh oleh bisikan itu. Sedikit demi sedikit anggota badannya terasa ringan dan sakit didadanya hilang. Mengalir airmatanya di saat itu terasa sangat bahagia masih diberi nikmat sebegini besar.

Tetapi hatinya masih tidak tenang. Fikirannya masih terganggu. Lalu terbuka 1 pintu dihadapannya yang hanya ada cahaya yang terang dan suara yang berkata, “Taubatan lillahi”. Terbuka lagi satu pintu disebelah kanannya dan suara yang lain berkata, “Istikharahlah”.

Maka bangkitlah dia tanpa berfikir panjang kerana hatinya yakin dengan apa yang dilakukannya menuju ke pintu dihadapannya. Terlihat dia sebuah masjid yang tersergam indah dan berjalanlah dia ke tempat berwuduk.

Di tempat berwuduk itu kelihatan seorang budak yang dalam lingkungan umur 15 tahun sedang kusyuk mengambil wuduk. Ditanya budak tersebut, “Ajarkanlah aku apa yang sepatutnya ku tahu”. Pertanyaannya disambut dengan senyuman dan tertib berwuduk.

Selesai berwuduk maka dia pun mengerjakanlah solat sunat taubat, dan istikarah mohon ditakdirkan yang baik dan dijauhkan yang buruk. Semoga dia berhati tenang dan puas dengan apa yang telah menjadi takdir baginya. Amin…

Setelah selesai sahaja solat, perasaan dan hatinya menjadi tenang, fikirannya tidak lagi merasa beban dengan segala masalah. Sekali lagi airmatanya mengalir lalu bersujud syukurlah dia kepada Allah dan dengan menghadap kiblat. Alhamdulillah.

p/s: Kita memang tidak sempurna tetapi masih diberi kudrat mencari kesempurnaan di dalam diri sebagai bekalan di sana nanti. Amin...

6 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Woah. Ni kenapa masuk dalam kategori Mari Singgah Fantasiku ni Tulip? Patut masuk Fikir dan Renungkan ni. Hehe.

By the way, mula-mula baca ingatkan watak tu di ambang sakaratul maut suda. Hehe.

Adizatulip said...

haha.. yakan. Astgfirullah. salah suda. berla sana.. nnti bru ubah. huhuhu

actually lain bha ni mula2 maw wat ending dia. tapi tadi ndataw napa tersiuk pula nda brenti menaip jak pa yg ada di kepala. naa.. jadilah gini. huhu

Fadzmie said...

Hahaha. Tu yang saya hairan tu, ndakan masa sakaratul maut tu dia sempat pergi masjid untuk solat sunat taubat.

Tapi, seriously ada lesson dalam ni cerita. Ada orang diberi kesempatan untuk bertaubat sebelum ajal tiba. Tapi ada orang tidak diberi kesempatan tu. Ajal kan tidak berbau. Hehe.

Adizatulip said...

huhu.. mksd yg tulip fhm pula lain ni. Actually dia ni bkn diambg maut tapi dia ni skit di dlm hati sebab telalu byk da dosa dia wat sampai 1 tahap teda 1 org pun dpt dgr n tolong dia. sebb kuasa Allah kan. Berabis la dia ni minta tlg tapi org2 yg dia nmpk tu cuma bygn dia. dia sbnrnya dlam fantasi dia sendiri. apa yg dia nmpak tu cuma apa yg Allah bgi nmpak supay dia sedar. huhu lebih kurang la mcm tu

Fadzmie said...

Ohh. Terlampau banyak buat dosa sampai mata hati jadi hitam la ni kan? Naa, baru la saya boleh tangkap maksud sebenar entri ni. Hehe.

Adizatulip said...

na itulah tu yg tulip maw gtaw tadi. huhu.. iya.. gitula tu sebenarny. huhu. tu yg bingung juga maw si masuk dlm fantasi taw renungkan. huhu

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^