Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Sang Jiwa Muda

19/06/2011

Ermm, aku faham.. mungkin jiwa mudamu yang sedang menguasai diri dan fikiranmu.. aku faham dan sedia untuk bersabar dan bertahan kerana tak mampu ku kehilangan sahabat sepertimu. Sepertimu??? Sejahat mana pun dirimu tetap bukan hak aku untuk menilai. Hanya Allah yang layak menilai hamba-hambanya di dunia ini. Ya Allah, mudah-mudahan Engkau selalu sedarkan kami yang alpa, ubati luka yang sakit, tenangkan jiwa yang gundah dan baran. Aghh, pergi kau fikiran yang tak matang. Mengapa kau hadir dan menodai fikiranku?

Jiwa muda memang begitukah? Jadi kenapa aku tidak seperti itu. Perilaku yang dibuat-buat kah? Hermm.. kenapa harus sampai begitu. Jiwa ku tak tertahan melayan sikapmu yang terlalu mengada. Macam-macam dipinta tak mengira masa dan situasi yang benar. Membuak-buak perasaan iri hati pada yang tak sepatutnya. Jika umur menjadi ukuran, mengapa kau tidak bersikap senada dengan umur dan matang minda seperti insan yang sama jangka hayatnya sepertimu? Hermm.. benarlah kata-kata yang mengatakan, umur itu cuma angka.
***
Guna akalmu dan bukan nafsumu dalam perjalanan hidup mencari pintu hala tuju. Jangan biar diri didesak dengan kemahuan syaitan yang menggegar nafsumu. 1 nafsu bagi lelaki dan 9 nafsu bagi perempuan dan itulah ketetapan yang rata untuk semua insan. Bukan merasa diri telah hebat melemparkan kemarahan dan ketidakpuasan hati dengan nada yang mungkin tidak mesra bagi dirimu, tetapi jujur dan tekad seorang sahabat yang enggan dirimu jatuh dalam lembah kekecewaan di kemudian hari.

Yang muda mungkin tak layak bersuara tapi masih layak menegur yang tua kerana talian saudara seagama mahupun sahabat. Pinta diri hanyalah agar dirimu tidak terleka dan dibuai dengan kemewahan yang boleh menjurus. Perjalananmu masih lagi jauh dan jika aku ditakdirkan menjadi sahabat dalam perjalananmu itu, aku dengan relanya sentiasa bersedia. Bukalah minda dan hati agar petunjuk dan rahmat dapat mendekati. Jiwa muda memang sudah lumrahnya sentiasa membara tapi masih perlu dikawal seorang nahkoda yang gagah menepis segala goda dunia demi sejahtera di akhir perjalanannya. Darah, jiwa, semangat dan usia yang muda ini satu anugerah yang tak ternilai dalam konteks kehidupan. Jadi mengapa harus diabaikan dengan calit dosa dan benda tiada memberi  faedah? Ingatlah, setiap permulaan ada akhirnya. Jangan dikejar penyesalan sejak zaman mudamu.


4 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Jiwa muda adalah salah satu alasan bodoh yang selalu digunakan sesetengah orang, demi menghalalkan segala apa yang dilakukan.

Amal maaruf nahi mungkar. Itu yang kita kena pegang, tidak kira orang tu lebih tua atau muda dari kita. Kalau kita sudah nasihat, tapi still tidak jalan juga. Tidak apa la, yang penting tanggungjawab kita sudah selesai. :)

Adizatulip said...

iya. huhu. Doa jak mampu supaya dibuka hati dia

Unknown said...

young soul should get more attention in order to prevent self-destructive it is to be regretted it later.

Adizatulip said...

semart la ayat. hehe. like2

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^