Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[Al-kisah Bukan Epik Tulip]: Masuk TV

28/05/2011

5 ratus orang komen
Apa akan jadi bila Tulip masuk TV ???

~Lagu berita~ Opening Naruto 1^^
Assalammualaikum dan sejahtera sentosa buat penonton berita TV Zero Negara Konoha. Tajuk berita penting hari ini!

Tulip hilang?. Berita selanjutnya...

Baru-baru ini berita mengenai kehilangan cik Tulip dari dunia bloggingnya sangat menggemparkan banyak pihak yang tidak berkaitan dan tidak dikenali. Ada yang mengatakan Tulip telah hilang semasa mengembara ke suatu tempat yang dirahsiakan namanya. Ada juga sumber yang mengatakan beliau yang masih remaja itu sedang sakit dan ditahan di Hospital Konoha. Yang mana satu adalah kebenaran yang sebenar-benarnya? Bak kata Conan Edogawa, Kebenaran hanya satu!. Untuk itu, mari kita sama-sama saksikan temuramah ringkas bersama beliau. Wartawan Naruto Dattebayo, sila teruskan melalui lokasi anda.

Paparan televisyen berubah... terpapar wajah si wartawan dan namanya di bawah skrin.

Naruto: Terima kasih cik Haruno Sakura dattebayo. Saya Naruto sedang keudara secara langsung daripada rumah kediaman cik Tulip kita yang kononnya telah hilang seperti yang dihebohkan. Mari kita dengar komen daripada tuan punya diri dattebayo. 

Muncul pula wajah si Tulip di skrin TV yang tiada di rumah anda...

Naruto: Cik Tulip, ada khabar angin mengatakan Cik telah hilang dari dunia blogging hampir seminggu? 
Adakah ianya benar? dan jika benar boleh bagi sebab Cik Tulip?

Tulip: Oh, saya sebenarnya tidak menghilangkan diri tetapi saya sedang meluangkan masa bercuti saya bersama kekasih baru saya iaitu En. KBS world dan keluarganya iaitu One HD tv Asia. Seperti yang anda lihat saya sedang ampai-ampai (baring2) sini di sofa dan kelihatan baik-baik sahaja sayang ada aku untukmu. [Lagu wali]

Naruto: Oh, jadi adakah cik Tulip akan kembali berblogging seperti biasa dattebayo?

Tulip: Ya sudah tentu, bila cuti saya dah habis dan laman sesawang tu dah dibersihkan dari sawang-sawang yang terbiar, saya akan kembali semula. Sebabnya sawang-sawang itu yang buat internet connection saya lambat. Maklumlah.. banyak beruk lalu lalang bawa band dan sawang...???

Naruto: Owwwww....... Okay, nampaknya kita dah dapat jawapan dan penerangan yang pelik dari cik Tulip. Jadi saya wartawan berita Konoha berharap agar anda semua tidak menyebarkan berita-berita yang tidak benar lagi kerana jawapan yang kita akan dapat sangat tidak berkaitan dengan topik daripada cik Tulip. Demi mengelakkan daripada diri kita dibelenggu dengan kebingungan saya serahkan kembali kepada cik Haruno Sakura di studio. Terima kasih dattebayo!

~ Mengarut sudah ~ XD ...


[RIT]Di Sebalik 'Syifa': Bhgn 1

26/05/2011

0 ratus orang komen
Rindu itu ada banyak hala tujunya dan perjalanannya tentulah bermula daripada hati. Jika putih hati kita, maka segalanya akan mudah menjadi ikhlas. Tetapi jika berlaku yang sebaliknya, bersihkanlah ia dahulu dengan cara yang sepatutnya.  

Amanda Syifa adalah anak tunggal dalam keluarganya. Mereka sekeluarga kerap berpindah-randah kerana terpaksa mengikut jadual bapanya yang berkerja sebagai seorang arkitek yang tersohor di Negara Bunga. Hari ini adalah hari pertama mereka berpindah sekali lagi ke Pulau Tulip yang merupakan pulau yang terkenal dan terbesar di Negara Bunga. Pulau Tulip juga merupakan tempat kelahiran Amanda dan juga merupakan tempat di mana Amanda membesar. Jadi, tidak susah untuk Amanda menyesuaikan diri kerana dia sekeluarga pernah tinggal dalam tempoh yang lama di pulau itu.

Menjejakkan kaki ke dalam biliknya adalah aktiviti pertama yang Amanda lakukan setelah sampai ke Villa Syifa yang telah direka khas dan diubahsuai dari rekaan asal mengikut kehendak Amanda. Rekaan biliknya itu ialah hasil kreativitinya sendiri. Ayahnya hanya membantu merealisasikan rekaan anak kesayangannya itu. Dinding bilik Amanda dihiasi dengan kertas dinding berteksturkan bunga Tulip yang berwarna merah darah iaitu warna kegemaran Amanda. Perabot-perabotnya pula semuanya berasaskan kayu yang tahan lama berwarna krim menyerupai rekaan perabot-perabot English. Di sudut sebelah kiri biliknya terdapat sebuah pintu menuju ke sebuah bilik yang merupakan almari pakaiannya. Di dalam bilik pakaiannya itu terdapat sebuah lagi pintu menuju ke bilik mandi peribadinya.

Di sebelah kanan biliknya pula terdapat tangga berputar yang kecil menuju ke loteng villanya yang dijadikan sebagai perpustakaan mini dan bilik belajar Amanda. Dihujung loteng tersebut dibina sebuah balkoni kecil yang indah ciri-ciri binaanya untuk Amanda duduk mencari ilham. Semuanya direka mengikut apa yang Amanda impikan melalui imaginasinya.

Amanda sangat berpuas hati dengan keadaan biliknya sehinggakan dia tidak berhenti tersenyum dengan lebarnya sambil tangannya mengemas barang-barang milik peribadinya di tempat yang sepatutnya. Untuk hari yang pertama, Amanda dahulukan almari pakaiannya untuk dikemas mengikut bahagian masing-masing. Kasut, pakaian dan alat solek ringkasnya disusun berasingan mengikut rak yang telah disediakan. Amanda yang sedang kusyuk menyusun pakaiannya itu tiba-tiba disapa lembut oleh ibunya.

Ibu: “Sayang dah siap kemaskah?”
Amanda: “Sikit lagi nak siaplah. Kenapa ibu?”
Ibu: “Amanda suka tak kita pindah semula ke sini?”
Amanda: “Amanda ikut sahaja kata ayah dan ibu,” sambil tersenyum menatap wajah ibunya.
Ibu: “Ibu ke bawah dahulu ya, kalau dah siap kita makan tengah hari bersama-sama,” sambil membalas senyuman anak tunggalnya itu. Dia tahu anak kesayangannya itu tak pernah membantah.
Amanda: “Baik ibu.”

Selesai mengemas, Amanda naik ke loteng dan membuka pintu menuju ke balkoni biliknya. Amanda menghirup nafas yang panjang sambil memerhatikan suasana di sekeliling villa keluarganya yang terletak di atas bukit. Bukit itu dinamakan sebagai Bukit Merah kerana dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna merah di sepanjang jalan menuju ke puncak. Di puncak Bukit Merah terdapat 10 buah villa yang mempunyai halamannya sendiri dan kesemua rumah tersebut adalah hasil rekaan kreatif ayah Amanda.

Setiap villa mempunyai rekaan yang berlainan dan nama yang tersendiri mengikut citarasa si pemiliknya. Villa milik keluarga Amanda pula dinamakan sebagai Villa Syifa bersempena dengan nama terakhir Amanda yang bermaksud penawar. Dari balkoni bilik Amanda, terpapar keseluruhan pemandangan Pulau Tulip yang sangat indah beserta kabus putih yang nyaman seperti sebuah taman bunga di kayangan. Amanda terleka sejenak melihat keindahan alam itu sehinggalah ibunya memanggilnya untuk turun.

Amanda yang terkejut dari lamunan serta-merta turun mendapatkan ibunya. Sampai sahaja di dapur, terhidang indah makanan kegemaran Amanda iaitu spaghetti dan bebola daging yang lembut berserta jus lobak susu yang dingin dan sesuai untuk dijamah sebagai makanan tengah harinya. Amanda hanya tersenyum lebar seperti mendapat penawar bagi keletihannya mengemas bilik hari ini.

Selesai menjamu selera, Amanda membantu ibunya mengemas pinggan mangkuk di dapur. “Ting tong!,” bunyi loceng villa mereka. Amanda dan ibunya saling berpandangan. Amanda tersenyum dan lari ke pintu utama villa mereka kerana dia tahu itu adalah lori penghantar perabot. Salah satu perabot yang dihantar oleh lori tersebut adalah katil untuk bilik tidurnya. Dia tersenyum kerana sekarang telah lengkaplah perabot yang ada dibiliknya dan sekarang dia boleh memasangkan cadar berserta kelambu berwarna krim muda yang dihiasi dengan reben satin dan manik-manik merah yang berkilau. Tak sabar rasanya dia nak melabuhkan tubuh 5 kaki 5 inci ni di katil beradu indahnya itu.

Seperti yang dirancang selepas mengemas katilnya, dia menghumbankan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu bertemankan patung beruang kesayangannya pemberian seorang sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Ditenungnya patung tersebut, “Kan best kalau dia ada di sini..”. Wajahnya serta-merta bertukar menjadi sedih tetapi ditahan airmatanya daripada mengalir.

“Twit-twity!” bunyi yang dihasilkan oleh telefon bimbitnya. Lamunannya terhenti dan gagal mencipta imaginasi berasaskan memori. Dia bingkas bangun dan berlari turun ke bawah mendapatkan kunci kereta.

Amanda: “Ibu, Amanda ke Bandar kejap ya,” menjerit agar ibunya di dapur dapat mendengar suaranya.
Ibu: “Hati-hati!,” balas ibunya tanpa bertanya ke mana arah tuju anaknya itu kerana dia tahu Amanda mahu ke mana.
Ayah: “Ke mana Amanda tu?” sambil tangannya memegang surat khabar dan menjenguk dari tingkap pergerakan anaknya itu.
Ibu: “Macam biasalah, takkan dah lupa?,” sambil tersenyum.

[Ke mana Amanda pergi?, Siapa ‘DIA’ yang Amanda maksudkan? Akan bersambung^^]  


[F&R] Mengadu

22/05/2011

4 ratus orang komen

Mengadu pada dunia???
Dunia tak pernah mahu kisah
Mengadu pada semua manusia di dunia??
Hanya yang tidak pentingkan diri sahaja menyapa..
Mana yang lainnya?
Dunia mereka lebih penting
Apalah kaitan kita dengan hidupnya..
Tak pernah mengenali dengan teliti
Jadi butakan mata dan pekakkan telinga
Lagipun takkan pernah memberi kesan teruk pada hidupnya
Kerana dunia kita berbeza
Tak mungkin berkaitan kecuali kebetulan
Masih lagi tak menerima kenyataan kan?
Masih lagi tak sedar ego yang menguasai
Padahal ada sahaja cara dan masa menemani
Menebas ego yang meninggi
Menyubur benih prihatin
Menyiram rasa kasih dan sayang
Sesama manusia di dunia
Supaya dapat dituai jalinan yang ikhlas
antara dua manusia yang berbeza
yang sebelumnya tak pernah saling mengenali.
Dunia ini luas,
Tak mungkin dapat bersendiri selamanya
Jangan dibuai ego dan sombong hingga terlena
Kelak rugi merasa hidup yang tak bernilai.

p/s: Salam ukhwah selamanya buat sahabat lama dan sahabat baru Tulip di sini^^. Ibarat lagu 'terhangat' di pasaran sekarang.... AISHITERU^^  huhuhu~ 
ChIAw miAw~bYubyU



Bukan bercerita: Genap

20/05/2011

0 ratus orang komen
Assalammualaikum dan selamat pagi^^. Skema pula... saja jak kali ni bukan mahu sampaikan atau hamburkan apa-apa cerita Tulip mahupun cerita imaginasi Tulip, tetapi sekadar ucapan ikhlas dari hati dan juga menjelaskan yang kabur kenapa blog ni wujud. Sebabnya macam masih ramai lagi yang samar-samar mengenai kewujudan laman maya Tulip ni [Tulip jelaskan kejap lagi ya^^]. 

Terima kasih pada sapa-sapa yang sudi baca dan follow blog Tulip ni. Hari ni dah genap usia blog ni 2 minggu. Huhu.. baru lagi bah kan. Tapi ni bukan pertama kali Tulip ber'Blogging' sebab blog ni pun blog ketiga Tulip. Yang pertama sudah nda berada di pasaran. Cehhh hehe... yang kedua masih ada tapi saja jak buat blog ni khas untuk hobi Tulip yang suka sangat berimaginasi dan mereka cerita sendiri di dalam otak. Lagipun Tulip suka bercerita dan kalau dah bercerita memang susah mahu berhenti. Jadi daripada Tulip membebankan otak menyimpan cerita-cerita Tulip yang entah berapa GiGe dalam otak tu, lebih baik Tulip hambur di sini kan^^. 

Maka[?] segala yang ada di sini cuma untuk suka-suka sahaja. Cerita yang Tulip reka akan Tulip labelkan dengan [RIT] yang bermaksud Rekaan Imaginasi Tulip. Untuk Al-kisah Bukan Epik Tulip adalah cerita hari-hari yang Tulip hadapi tetapi disampaikan secara penceritaan menggunakan ayat-ayat yang Tulip suka. Jika sudi membaca, terima kasih yang ikhlas dari Tulip untuk semua ya^^. Terima kasih juga untuk follower semua sebab sudi juga follow blog yang hambur cerita ntah apa-apa dalam ni. Huhu... terkejut juga tadi tiba-tiba follower dah bertambah jadi 10 orang. Apa-apa pun terima kasih ya semua^^. Chiaw miaw~byubyu^^

[Al-kisah Bukan Epik Tulip] : Gerudi!

18/05/2011

6 ratus orang komen
17 mei 2011..pagi...

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrdddddddddddd!!!!!!!!!!!!! Bunyi gerudi dan upacara pemecahan dinding di rumah sebelah yang sangat mencemburui tidur si Tulip yang lena. Tiba-tiba mesin gerudi dan tukul besi itu melantik diri mereka sendiri sebagai jam loceng si Tulip di pagi harinya.

~Tung tang tung tang!!!~ hasilan bunyi syahdu sang tukul besi.

~Grrrrrrrrrrrrdddddddddddd!!!~ suara merdu sang gerudi pula berkumandang secara bergilir.

Meriah sungguh operasi pengubahsuaian mereka di sebelah. Jangan dia pergi ketuk dinding kami sudahlah. Tetapi, walau sekuat manapun volume mereka, si tulip masih mampu buat tak tahu dan meneruskan tidurnya kerana bateri belum penuh. Sejam kemudian barulah si Tulip bangun dari tidurnya yang memerlukan kuasa minda itu untuk bertahan dalam suasana yang sangat ‘happening’ di sebelah dinding rumahnya.

Maklumlah.. rumah taman yang hanya dipisahkan dengan dinding yang tak ingin kukira ketebalannya. Yang pasti, bunyi konsert di sebelah dapat ku dengar dengan jelasnya. Nasib baiklah asas rumah ini kukuh dan mampu menahan gegaran goyang sang gerudi yang lebih gegar dari goyang dangdut.

“Auwww.. apa yang nyilu ni?” kata si Tulip. Tapi si Tulip tidak melayan sangat sakit yang tak seberapa itu dan hanya menjalani hidupnya seperti biasa. Masak, makan, mandi, menonton televisyen, lipat kain, makan lagi, minum dan baring-baring di sofa sampailah ke petang dan kemudian malam..

Si Tulip tiba-tiba terasa letih dan asyik mahu baring sahaja. Berfikirlah si Tulip ini sejenak perihal kenapa penat betul dia hari ni padahal bukannya buat kerja berat pun. Berlarilah si Tulip ke tingkat atas rumahnya dan serta merta mencapai peralatan melukis dan juga buku lakarannya. Tangannya yang memegang pensil mekanikel tak berkuasa tinggi itu hanya kaku menggenggam kerana tiba-tiba mindanya kabur [blur]. Direnungnya pula komputer riba milik peribadinya yang juga menjadi kesayangannya itu.

“Ermm, malaslah nak buka,” sambil menggelengkan kepala dan baring di katil bersendiri. Sambil tubuhnya baring dalam kedudukan terlentang itu, fikirannya melayang mencari bahan untuk difikirkan. Hidupnya terasa tak bermakna jika tidak dapat berfikir tentang sesuatu setiap hari. Boleh dikatakan rugi hidup di dunia ni kalau tak diguna otaknya untuk berfikir. Jelas terlihat peliknya dan bukan jelas terasa sedapnya bak kata iklan mi segera tu.

~Mengeluh~ sambil menyiringkan badannya ke sebelah kanan.

~Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd!!!!!!!!!!~

“Auuuuuuuuwwwwww!!!!!!!!!,” teriak si Tulip sebaik saja dia berbaring menyiring ke sebelah kanan. Si tulip yang meraung kesakitan lantas duduk sambil memegang pipi kanannya.

“Hish.. hish… uhukk.. sakit gila jooooooo!!!!!!!!!!!!,” hampir mengalirkan airmata tak berapa mahal si Tulip tu. Diusap-usapnya pipi kanannya dan mencari cermin untuk melihat kejadian sebenar di dalam mulutnya yang menyebabkan kesakitan umpama gerudi itu.

Serta-merta dia terfikir yang mungkin mulutnya telah terjangkit dengan goyang gerudi rumah sebelah agaknya. [sangat tak logik jadi sila abaikan fakta diatas]

“Hah!!!,” terkejut si Tulip setelah menghadap cermin di biliknya. Kelihatan gusinya semakin membukit dan naik berat gusi tersebut yang entah berapa gram kerana gigi geraham sebelah kanannya mahu tumbuh dan menampakkan wajah melihat dunia dan semesta dari dalam mulut si Tulip…

Ibaratnya bayi gigi geraham tu menggerudi gusinya dari dalam. Sakitnya hanya si Tulip yang tahu sebab dia yang rasa. Di kala ini, si Tulip hanya baring dengan keadaan mulutnya ternganga kerana takut tergigit gusi yang bengkak itu dan menutup tubuhnya dengan selimut kerana kesejukan…

[Laaaaaa… baru tumbuh gigi macam bebudak pula kan… tapi fakta ini benar tau.. :( ]

[RIT]Dunia yang remaja atau robot?

0 ratus orang komen
Watak-watak
a)    a)   Damia
~ Sebagai kakak kepada Dania.
~ Berumur 16 tahun.
~ Pendiam tetapi sangat peka dengan keadaan sekeliling.
b)     b) Dania
~ Sebagai adik kepada Damia.
~ Berumur 9 tahun.
~ Sangat aktif dan optimis.

Lokasi: Dalam sebuah rumah dua tingkat di taman Tulip Jaya.
_____________________________________________________________

Adik: “Arghhh….!!!!!” Sambil berlari dari tingkat atas ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu mereka. Sampai sahaja di ruang tamu, Dania masih lagi menjerit tanpa henti dan berlari mengelilingi ruang tamu mereka selama 2 minit. [Bayangkan…]

Manakala si kakak yang duduk di sofa ruang tamu hanya melihat tanpa menampakkan sebarang reaksi dan ekspresi di wajahnya.

Kakak: “Oh, adik sungguh aktif hari ini,” tanpa sebarang ekspresi.

Si adik yang mendengar reaksi kakaknya yang tiada perasaan itu pun pergi ke hadapan kakaknya dan diam seketika. Mereka saling berpandangan dan lama kelamaan si adik mendekatkan wajahnya dengan wajah kakaknya. Si kakak masih lagi tidak bergerak dan tidak menunjukkan sebarang ekspresi yang sepatutnya. Kening si adik mula berkerut dan menjerit “Arghhhh..!!!” betul-betul di hadapan wajah kakaknya. Sebaik sahaja si adik diam, si kakak pun berkata..

Kakak: “Oh, adik belum berus gigi ya?”

Si adik yang mendengar reaksi dari kakaknya terus terduduk di lantai ruang tamu mereka sambil menangis…

Adik: “Uwaaaaa… kakak aku robot…!!!”

Kakak: “Kenapa ni adik?” masih lagi tidak menampakkan sebarang ekspresi.

Adik: “Kak, kenapa semakin lama hidup ini semakin banyak masalah yang kita akan hadapi. Kenapa perlu ada masalah dalam hidup ini?”

Kakak: “Oh, supaya kita diuji dan kita dapat menajamkan lagi pisau kehidupan.”

Adik: “Pisau kehidupan? Macam mana tu? Tak pernah nampak pun,” sambil memerhatikan sekelilingnya dan mengusap airmatanya.

Kakak: “Memanglah kita tak nampak tapi kita dapat rasa bila ada dugaan yang datang,” sambil tersenyum.

Adik: “Kakak ni cakap dengan adikkah?”

Kakak: “Iyalah, jadi kakak cakap dengan siapa pulak? Adik saja yang ada di sini kan?”

Adik: “Habis tu, kakak sakit ya? Sakit apa?.”

Kakak: “Ish, adik ni… kak sihatlah cuma adik yang tak faham”

Adik: “Memang susah nak faham pun walaupun kakak cakap bahasa Melayu, kakak kan robot”

Kakak: Tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat wajah adiknya, “Apa yang adik tak faham?”

Adik: “Semuanya,” sambil matanya merenung tajam wajah kakaknya kerana dahagakan jawapan dan penerangan yang jelas.

Kakak: “ Dik, bumi ni bulatkah?”

Adik: “Hah, cikgu kakak tiada bagitahukah?, budak tadika pun tahu bumi ni bulat”.

Kakak: “Hah, itulah jawapannya kenapa semakin hari semakin banyak masalah yang kita akan hadapi”.

Adik: “Hahahaha… kak punya lawak ni tak lawaklah tahukah?. Apalah kaitan bumi bulat dengan dugaan? Hahahahahahaha”.

Kakak: “Hahaha.. jadi kenapa adik ketawa?”.

Adik: “Sebab adik tak faham… hahahaha”.

Kakak: “Ermm, tu pun tak fahamkah?. Dik, tengok sahajalah dunia ini bentuknya bulat supaya memudahkan ia berputar. Kalau dunia ni empat segi macam mana ia mahu berputar dengan sendirinya dan sudah tentu kita dapat jangka apa yang akan berlaku tanpa perlu menunggu.

Adik: “Apalah kakak aku mengarut ni?”, katanya dalam hati.

Kakak: “Contoh paling mudah untuk kita memahami konsep hidup ialah menggunakan perbezaan di antara buah dadu dan juga guli. Bila buah dadu diputarkan, ada 6 kebarangkalian yang mungkin kita boleh jangka dan sudah tentu kita akan bersiap menghadapinya. Yang pertama ialah muka dadu yang bernombor 1,2,3,4,5 ataupun 6. Tetapi, bila guli diputarkan, apakah kebarangkalian yang boleh kita jangka jika kita sendiri bingung dengan kedudukannya yang sebenarnya?. Kita juga tidak dapat jangka samada ia akan bergolek seberapa lama kerana banyak perkara yang kita perlu ambil kira. Contohnya ialah jalan yang perlu dilalui oleh guli tersebut. Adakah jalan tersebut kasar ataupun licin yang membolehkan guli itu bergolek tanpa henti selama beberapa minit. Jika ia berhenti sekali pun, keputusannya tetap sama kan? Tapi bumi kita ini adakah ia berhenti? Sudah tentu tidak dan susah untuk kita mahu jangka. Begitu juga dengan dugaan. Kita tidak tahu apa yang Allah telah persiapkan untuk kita,” sambil berusaha menerangkan kepada adiknya dengan pelbagai ekspresi dan penuh dengan semangat.

Adik: “Maksud kakak?”

Kakak: “Maksudnya, hidup kita ni ibarat guli tersebut. Pergerakan bergolek dan berputar itu ialah perjalanan hidup kita. Jalan itu ialah laluan yang kita pilih. Andai kata dihadapan laluan guli tersebut ada seketul batu yang menyebabkan guli itu berubah haluannya ke sebelah kanan mahupun kiri, batu itu ialah dugaan ataupun halangan mendatang yang menyebabkan apa yang kita rancang tidak menjadi. Ini kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan”.

Adik: “Wah, kakak memang robotlah,” kagum dengan penyampaian kakaknya. “Jadi pisau kehidupan pula apa?”

Kakak: “Dalam kita menghadapi sesebuah dugaan itu, sudah tentu kita akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya ataupun membiarkan sahaja ia hilang dengan sendirinya. Kita hadapi dengan kesabaran, ketabahan, airmata, senyuman, dan juga semangat yang optimis. Benda-benda inilah pisau kehidupan. Bila kita gunakannya untuk mengatasi dugaan, kesabaran dan ketabahan bertindak seperti pisau yang memotong segala dugaan yang ada. Semakin lama pisau itu semakin tajam dan dengan mudahnya ia memotong segala dugaan yang ada. Maksudnya, kesabaran sangat diperlukan dalam menghadapi dugaan. Semakin lama dan banyak dugaan yang kita hadapi, kita akan semakin kebal dengan dugaan. Airmata juga akan kering dan senyuman semakin manis, kerana kita sudah memiliki kekuatan dan  ketabahan hati”.

Adik: “Oh… tak sangka robot pun pandai berfikir. Hebat teknologi Allah ni,” sambil memandang kakaknya dari atas ke bawah.

Kakak: “Kenapa adik panggil kakak robot?”

Adik: “Hahaha, sebab kakak tiada ekspresi dan kurang reaksi, itu pun tak tahukah?”

Kakak: “Oh…,” suasana senyap seketika. “Jadi apa yang buat adik tekanan sampai berlari keliling ruang tamu tadi?”

Adik: “Ai? Ingatkan kakak tak mahu tanya”.

Kakak: “Jadi kenapa tekanan?” mengendahkan kata-kata adiknya. “Putus cintakah?”

Adik: “Kakak ni robot kuno ya?”

Kakak: “Tak tahulah, kenapa?”

Adik: “Buat apalah mahu tekanan macam orang gila kalau putus cinta. Tak remajalah kakak ni”.

Kakak: “Habis tu?”

Adik: “Ish, mahu juga tahu. Tapi tak mengapalah, biar adik pula terangkan supaya ‘update’ sikit memori robot kakak tu. Adik tekanan bukan sebab putus cinta, tetapi sebab adik kecewa sangat-sangat dan terasa tiada selera dah mahu makan biskut kering”.

Kakak: “Oh, baguslah yang penting masih ada selera makan nasi,” sekali lagi dengan muka tiada perasaan menyampuk penerangan adiknya.

Adik: Sambil merenung tajam mata kakaknya, “Dengar dululah apa yang adik mahu cakap ni”.

Renungan tajam si adik hanya dibalas dengan reaksi selamba tak bersalah si kakak. Si kakak hanya membalas renungan tajam si adik dengan renungan kosong yang tiada perasaan. Si adik yang diselubungi dengan perasaan geram terhadap kakaknya tetap cuba menerangkan dengan baik kepada kakaknya itu.

Adik: “Adik tekanan bukan sebab putus cinta mahupun tak dapat selesaikan kerja rumah matematik, tetapi adik tekanan sebab… sebab… sebab...,” airmata si adik mengalir dengan tiba-tiba.

Tetapi wajah si kakak masih tidak berubah. Mungkin benar kakaknya ini robot.

Kakak: “Eh, airmata adik keluar tu, sambut cepat nanti jatuh!,” memberitahu dengan penuh emosi.

Si adik terdiam dan terus mencapai bantal di sofa lalu membaling bantal tersebut ke arah kakaknya. Si kakak pun mengelak dan berkata, “Eh, tak kena”.

Adik: “Apasal kakak elak?”

Kakak: “Eh, tak boleh elakkah?” hairan kerana dia merasakan dirinya memberi reaksi yang benar dan sepatutnya berdasarkan situasi tersebut. “Ok, sila sambung cerita adik, panjang pula nanti jadinya al-kisah ni”.

Adik: “Eh, lupa pulak. Ehem, ermm adik sedih sebab… sebab…......................................................................................................................................................................................................................................................... Lee Seung Gi suka Yoona SNSD…!!!” riak mukanya serta merta bertukar menjadi sedih. Suara teriakan si adik sebentar tadi kedengaran lagi.

Adik: "Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......".

Kakak: “Oh.. Wah, remajanya budak sekarang. Pasal itu pun mahu sedih”. Si kakak pun mengambil bantal yang adiknya baling sebentar tadi dan memeluk bantal tersebut. Tangannya mencapai 'remote-control' televisyen mereka dan menekan 'chanel' 393 sambil menguatkan 'volume' Tv tersebut.

~Tamat~

p/s: [RIT] bermaksud rekaan imaginasi Tulip^^

[RIT]Kung punya pasal

2 ratus orang komen
Watak [Bukan nama sebenar]: Tulipa, Aiys dan K. Fzy

Permulaan cerita mereka bertiga sebenarnya sangatlah tidak berkaitan dengan tajuk di atas. Entah mengapa boleh berakhir dengan ‘Kung’. Sebenarnya tidaklah berakhir di situ kerana sampai sekarang bilangan komen itu semakin bertambah populasinya dan semakin bergaul dengan pelbagai kontroversi. Mungkin budak bertiga ini terpukau dengan tajuk di atas komen-komen itu. Tetapi yang peliknya, mereka telah menyimpang ke banyak cabang simpang yang entah ke mana arah tujunya. Kalau setakat simpang empat tu tak mainlah bagi diorang bertiga ini. Bilangan lorong di lebuh raya pun boleh kalah oleh mereka kerana bila sudah bermula susah untuk mereka mencari pengakhirannya.

Apakah ‘Kung’ itu sebenarnya?. Jangan ditanya diriku kerana diriku juga mengambil masa selama 33 minit untuk memikirkan dan menafsir maksudnya yang sebenar. Ermmm, apa itu ‘kung kung kung’?.

Bermula dengan klip video 2ne1 iaitu Lonely yang kononnya sangat sesuai menjadi OST peribadi sang perindu cinta yang sunyi mendakap waktu sendirian. Diikuti pula dengan Lee Seung Gi yang kononnya pengarang jantung hati jiwa dan raga si Tulipa sejak setahun yang lalu kerana dia sangat menyukai perwatakan dan wajah jejaka yang manis itu. Tetapi tak disangkanya, Aiys juga meminati jejakanya itu. Asyik-asyik, pilihannya menjadi pilihan si Aiys juga. Adakah citarasa mereka sama??? Biarlah waktu menggodam rahsia yang tersirat. Seperti biasa Aiys hanya melemparkan perkataan ‘perasan’ kepada si Tulipa tetapi si Tulipa juga seperti biasa mengendahkan kata-kata si Aiys dengan mengelak apabila perkataan itu dilemparkan.

Kemudian menyampuk pula si K. Fzy ni sambil membawa kayu sugi berguni-guni sebagai peluru untuk menyerang hendap si Tulipa dan Aiys yang tak berkubu. “Hahahaha,” hilai tawa si K. Fzy kedengaran dengan kuatnya. Budak berdua itu pun apalagi, suhu badan mereka pun mulalah naik ke aras tinggi jika diukur dengan termometer. Suhu mereka agak tidak normal sehingga mencecah 100 darjah selsius, mengalahkan suhu demam tetapi lebih tinggi jika kepanasan itu digabung untuk set 2 orang. Serangan si K. Fzy turut disertakan dengan ‘kuyuk’ dari SJ. Si Tulipa hanya mampu menggeleng kepala sambil menyerang si K. Fzy dengan perkataan ‘jahat’.

Kemudian Aiys pula cuba mengalihkan perhatian si K. Fzy dengan mengatakan gadis kesayangannya, Yuri sudah kurus kerana beberapa sebab yang tak munasabah. Si K. Fzy terpedaya dan lupa sejenak akan misi jahatnya dek sayu hatinya mengenang nasib gadis kesayangannya itu. Dia mula merangcang untuk pulang ke Korea yang kononnya menjadi tempat asalnya.

Di kala si K. Fzy terduduk leka mengenangkan Yurinya, Si Tulipa sekali lagi menyerang si K. Fzy dengan perkataan ‘tapuji’ ataupun minta dipuji dengan berbekalkan Min Ho Shinee sebagai kubu. Si K. Fzy mula berasap dan serta-merta melemparkan perkataan ‘Mee Hoon’ bagi meruntuhkan kubu si Tulipa. Aiys hanya diam melihat mereka dan cuba menaikkan semangat si Tulipa supaya bersabar.

Si Tulipa berasa sangat terharu dengan sokongan yang si Aiys berikan tetapi segera luntur apabila si Aiys menyambung sokongannya itu dengan menghulurkan parang kepada mereka berdua. Si Tulipa hanya terdiam dan menolak tawaran si Aiys yang baik itu. Si Aiys memberi tempoh kepada mereka berdua sehingga buka semester baru, dimana di situlah akan bermula peperangan sebenar. Si Tulipa pun terfikir untuk mendalami ilmu kungfu berbekalkan masa yang masih berbaki sebelum bermula semester baru tersebut. Si Aiys mula menyarankan supaya memuat turun nota KungFu panda melalui laman sesawang yang tidak dihuni oleh labah-labah itu.

Maka di sinilah bermula pakatan tidak rasmi antara Si Aiys dan K. Fzy yang sangat tak disangka oleh si Tulipa. Difikirnya, si Aiys berada di pihaknya, tetapi fikirannya terbukti salah apabila mereka berdua mengungkit cerita mengenai ‘BerukBand’ dan limitasinya yang hanya sekadar 5GB setiap kali penggunaan dalam masa sebulan. Tekanan mula dirasakan oleh Si Tulip tetapi dia cuba mengendahkannya.

K. Fzy pula tiba-tiba mula merasakan dirinya berlaku jahat dan mahu menyedari kejahatannya tetapi Si Aiys menyambung serangannya terhadap Si Tulipa dengan menyebut perkataan ‘Streamix’ pada si Tulipa. Awww… terasa seperti ada anak panah yang sedang menusuk dada si Tulipa ketika itu. K. Fzy pun mula membela[konon] si Tulipa dengan menjawab ‘tiada tiang telekom’. Auwww, sakit si Tulipa semakin bertambah ibaratnya ada satu lagi anak panah yang menusuknya ketika itu. Tak tertahan dek sakit yang mencengkam seluruh badannya, si Tulipa pun mula menjerit kesakitan.

Aiys dan K. Fzy hanya memandang ke arah si Tulipa tanpa berkata apa-apa. K. Fzy pun mula meminta si Tulipa diam dengan alasan replika buaya di ‘roundbout’ batu 8 mula menutup telingannya. Si Tulipa merasakan alasan itu tidak munasabah dan dia pun menghilangkan diri sebentar dari situ. Lebih setengah jam kemudian, si Tulip muncul semula dengan sakit dek tusukan di dadanya telah hilang. Si K. Fzy hairan dan mula memanggil si Tulip sebagai ‘Chipsmore’. Si Tulip membalas dan mula mengakui dirinya lebih comel dari kartun ‘Chipsmore’ tersebut. K. Fzy mulai bingung dan merasakan si Tulip telah salah memberi jawapan dan kod rahsia. Si Tulip sedar tetapi dia sendiri sukar untuk menerangkan bagaimana konflik yang berlaku dalam otaknya sehingga menyebabkan imaginasinya terganggu dan mengeluarkan jawapan dan kod yang salah.

K. Fzy mulai teringat tentang budak separa kreatif dan melihat si Tulipa yang berada di depannya. Mereka berdua menganguk serentak sambil berkata, “konon saja”. Maka, si K. Fzy mula menyebut satu ayat yang sangat mengelirukan fikiran si Tulip dengan membalas, “Kung kung kung”. ???

Si Tulip mula dilanda kebingungan bila dia diminta untuk menafsir maksud ayat si K. Fzy tadi. Permintaan ini lebih sukar daripada peperiksaan statistik yang pernah dilaluinya sebelum ini. Lebih tersirat daripada puisi sasterawan dan lebih tak dijangka keputusannya daripada eksperimen para saintis negara. Dibongkarnya segala buku sejarah peribadi ingatannya di perpustakaan mindanya dan digodam segala perisian komputer di benaknya namun si Tulipa masih belum menemui jawapannya. 33 minit kemudian, dia mengalah dan kembali berhadapan dengan si K. Fzy sambil mengharap diberi jawapan sebenar maksud disebalik ‘Kung kung kung’ tu.

Si K. Fzy mula menerangkan bahawa benda tersebut adalah spesies bunyi dari negara China. Kepelikan mula menyelubungi diri si tulipa.

K. Fzy: Itu ialah bunyi….. bunyi singa.

Tulip: Apa????????????????????????????

                Rupa-rupanya si K. Fzy masih lagi berada di topic kungfu dalam perbualan mereka tadi. Jawapan tersebut sangat tidak dijangkakan oleh si Tulip. Si Aiys yang tadinya hilang mula menampakkan diri dan menyuruh mereka berdua berehat dan tidur. Walaubagaimanapun, komen-komen mereka tidak berhenti di situ malah sudah mencecah 100 komen dalam masa kurang daripada 1 hari.

~Tamat~

p/s: Al-kisah di atas adalah berdasarkan daripada perbincangan tidak rasmi di antara 3 orang budak di laman sosial FB dan disampaikan setelah melalui pintu imaginasi Tulip. Segala isi al-kisah di atas adalah benar dan berdasarkan kepada perbincangan asli mereka bertiga. Kredit tuk watak-watak di atas^^. Rupanya bunyi singa ni Kung Kung Kung kan. huhuhu.. Hebat.

Budak Separa Kreatif Bhgn. 3

08/05/2011

2 ratus orang komen

Tett..tett..tett..tett.. bunyi telefon bimbit si tulip cap Nokia yang humban ayam pun boleh pening. “Eh.. mama call” dengan pantas ibu jarinya juga menekan butang kuning memandangkan itu sahaja warna yang mampu telefon bimbit si Tulip nyalakan.

Tulip: “Hello”

Mama Tulip: “Hah, dah kemas barangkah?”

Tulip: “Gulp… alamak, macam mana boleh lupa ni!. Habislah, apa tulip mahu jawab ni?” katanya di dalam hati. “Ermm, mahu kemaslah ni” melengkapkan pertanyaan mamanya.

Mama Tulip: “Yalah, awal-awal sikit pergi sana, nanti tertinggal pula.”

Tulip: “Ya ma."

Setelah selesai menjawab semua pertanyaan dari mamanya, si Tulip pun lantas memikirkan tentang barang apa yang mahu dibawanya balik nanti. Budak ini memang agak malas sedikit mahu angkut barang berguni-guni bawa balik ke rumah. Maklumlah, sekarang orang dah tak guna guni tetapi guna beg. Kalau boleh, memang dia mahu bawa diri sahaja pulang ke rumah sebab lagi ringan.

Setelah bosan berfikir, si Tulip pun mula menukar haluan panduan otaknya entah menyimpang ke arah mana sehinggakan dirinya terleka dan lupa sejenak tentang bab mengemas barang. Tangannya mula menaip di laman sesawang GOOGLE mencari dekorasi indah untuk ditampalkan di laman mayanya ini.

“Wah, banyaknya yang lawa-lawa” sambil tersenyum dan dirinya telah sepenuhnya tertarik dengan benda yang dilakukannya sekarang. Kemas barang? Ibarat tidak pernah wujud di fikirannya.

“Wah, yang ni pun lawa!”

“Yang ni lagi kau fikir!”

“Eh.. yang inilah, lagi lawa”

“Bha.. muktamad sudah. Yang inilah”

“Ai, ada lagi yang lagi lawa”

Ish.. ish.. ish… jangan hairan dengan perangai si Tulip ini. Kalau sudah suka pada sesuatu memang susah mahu larikan diri ke arah yang lain. Apalagi kalau benda tu sesuatu yang memang dia minat sangat. Setelah menjumpai kertas dinding yang menarik untuk laman mayanya, matanya memandang ke arah jam pada komputer ribanya yang terletak di sudut sebelah kanan bahagian bawah. Terbeliak mata si tulip bila tengok jam dah menunjukkan pukul 11.30pm.

“Hah??? Biar betul?. Tulip belum buat Gmail untuk Kaeyl lagi”. Tulip pun lantas membuka laman sesawang dan seperti biasa meneruskan beberapa langkah yang sepatutnya untuk membuka akaun Gmail.

“Eh, apasal tak dapat?”

Krukk..krukk..krukk… melodi indah sudah berlagu menandakan perut sudah lapar. “Laaaa.. baru ingat, tulip belum makan lagi” sambil merenung ke luar pintu biliknya. Tiba-tiba dia terfikir, “kenapa dapur tu jauh sangat ya???”

“Baik ajak Kaeyl tengok movie, tidaklah bosan sangat bila makan. Lagipun mesti dia nak tengok juga movie Hop ni,” si tulip bermonolog dalaman.

Tulip: “Kaeyl, mahu tengok Hop atau Rango?” Sambil menjerit supaya Kaeyl yang sedang kusyuk melayan laman sesawangnya yang agak 5 kaki jarak di antara mereka dengar akan pertanyaannya itu.

Kaeyl: “Hop!” sambil tersenyum kerana teringat akan babak-babak yang melucukan di sebalik tabir movie tersebut di gudang Encik Youtube yang dilihatnya pada seminggu yang lalu.

Tulip: “Ok” dan terus mengatur langkah mempersiapkan komputer peribadinya untuk diangkut ke ruang tamu supaya lebih ruang untuk berbaring dan ketawa bersama di bawah kipas yang dah semakin ayu pergerakannya disebabkan terpaksa membawa muatan habuk yang sangat banyak.

Semakin lama habuk tersebut semakin bertambah bilangan populasinya. Mungkin habuk-habuk itu terlalu taksub cintanya terhadap kipas yang antik tu, jadi dia membuat pilihan untuk bersama kipas tersebut sehinggalah budak-budak dalam rumah ini menghalaunya pergi. Tapi bilalah agaknya tu ya? Teringat akan perutnya yang bermelodi tidak mesra, si tulip pun pergilah menggeledah rak simpanan makanannya dan menjumpai sebungkus mi segera berperisa sayuran. “Herm, bolehlah yang ni pun” katanya.

Dalam proses si Tulip menyumbat mi segera berperisa sayuran ke dalam tangkinya sambil menonton movie, barulah si Tulip teringat yang memang tak dapat buat dua akaun Gmail dalam sehari menggunakan sumber yang sama. Jadi, habis sahaja menonton movie, si Tulip pun cuba membuat akaun tersebut di komputer peribadi Kaeyl pula. “Yeay, dapat pun!” dan tersenyum gembira.

Selepas siap membuat akaun Gmail tu, masing-masing buat kerja sendiri. Biasalah, bila dah hadap muka depan komputer riba masing-masing, suasana rumah akan sunyi secara tiba-tiba. Kejam sungguh dunia maya ni kan? Membuatkan kita jauh dan kurang interaksi dengan insan di sekeliling kita. Dalam masa yang sama si Tulip sekali lagi terlupa untuk mengemas barangnya. Ish..ish..ish..

Tidak lama kemudian, Kaeyl nampaknya mengalah dan mula bangun menuju ke katilnya. Mungkin penat menjawab kertas peperiksaan terakhirnya pagi tadi. Si Tulip pula masih lagi ternganga depan skrin komputer ribanya walaupun sudah menguap beberapa kali. Setengah jam kemudian, akhirnya si Tulip pun mengalah juga dan bangun menuju ke tilam kesayangannya. Dia rasakan waktu itu seperti terdengar suara halus dari tilamnya memanggil-manggil supaya datang untuk beradu. Si Tulip yang berpura-pura terpukau dengan suara yang halus itu pun bangun dan menuju ke biliknya.

Masuk sahaja dalam bilik, si Tulip pun terpandang begnya yang masih tidak berisi. Terdiam terpaku si Tulip seketika. 

“Arghh, belum kemas barang!” menjerit seperti tidak menjerit si Tulip kerana ditakuti mengganggu yang lain yang sedang kusyuk beradu. Riak wajahnya berubah seperti hendak menangis tetapi ditahan. Dia pun dengan lemah longlainya mengemas barang-barang yang perlu disumbatkan ke dalam begnya itu. Kalau kemas esok takut tidak sempat pula. Satu-persatu kain bajunya dimasukkan sambil buat muka seposen. Hanya Cik sabar sahajalah yang sudi menemani si Tulip ketika itu.

~Tamat~

p/s: Kredit tuk Kaeyl jadi watak dlm al-kisah ni^^

Budak Separa Kreatif Bhgn. 2

06/05/2011

0 ratus orang komen

“Fuh… leganya… siap juga laman tulip ni. Sekarang tulip cuma perlu fikir al-kisah yang mahu disumbat dalam laman maya ni” sambil tersenyum. Tidak disangka rancangannya selama ni akhirnya terlaksana jua. Wajahnya hanya menampakkan riak yang bahagia setelah laman ini diwujudkan. Cuma rupa dan dekorasi laman ini saja yang masih tidak memuaskan hati si Tulip memandangkan rupanya agak simple dan mungkin akan buat orang yang baca kurang tertarik.

“Mana mahu cari ilham magika bagi lawa sikit rupa laman ni ya??? Tulip tengok sendiri pun macam tiada perasaan” katanya dalam hati.

Si tulip serta merta teringat cerita Harry Potter yang penuh dengan magik dan jampi serapah. “Ah… bestnyalah kalau tulip boleh buat magik. Mesti dengan mudahnya laman ni lebih cantik, menarik dan tertarik” tersenyum sambil berangan tentang laman idamannya. Tetapi si Tulip tahu dalam dunia ni mana ada yang senang. Jadi dia log out sejenak daripada laman imaginasinya itu.

Lalu terfikir lagi dia satu jalan penyelesaian buat masalahnya ni. Sambil tersenyum, ketidakpuasan hatinya tu mula reda daripada suhu tertinggi turun kepada tahap yang normal jika diukur melalui termometer. [XD]

Dan jika dikira BMInya, memang jelas ukuran tinggi serta jisimnya normal dan berada di ukuran yang selamat tanpa mengalami masalah terlebih ketidakpuasan mahupun terkurang ketidakpuasan. Si tulip terus berfikir untuk mencari jalan yang lebih mudah, tetapi setakat ini ideanya masih tidak menampakkan rupa. Jadi dia diam bersahaja di meja peribadinya sambil menaip apa yang patut. 

Tetapi dia tidak sedar akibat keasyikannya terhadap laman mayanya ini, ada sesuatu yang dia lupa…^^

Bersambung…

Budak Separa Kreatif

0 ratus orang komen

Watak utama: Adizatul Amira dan lebih dikenali sebagai tulip. Seorang budak yang agak pelik dan mempunyai minda separa kreatif. Dia juga seorang budak yang tidak berhenti berfikir kerana mempunyai otak yang agak aktif. Sangat bahaya bila ideanya datang mencurah. Si tulip ni suka menggunakan hiperbola dan perkataan yang mungkin jarang kita dengar.

Tengah cuci kain~
“Hurmm… kenapalah hidup ni bosan sangat???”  Tulip bermonolog dalaman sendirian di dalam tandas sambil tangannya menggonyoh dengan lemahnya kain yang kotor di dalam baldi.

“Mahu online Facebook pun tak tahu mahu buat apa. Mahu blogging pun macam tiada benda mahu cerita hari ini. Arghhh… bosan gila sekarang ni”, mengeluh lagi~

Demi menghilangkan rasa bosan sendirian di dalam tandas, mulut si Tulip pun mulalah mengeluarkan suara-suara sumbang menyanyikan lagu-lagu yang selalu didengarnya beberapa hari ini.

“Sagashi mono wo sagashi ni yuku no sa… One Piece!” dengan semangatnya menjerit sorang-sorang dalam tandas. [tidakkah pelik tu???]

“Hahahaha… macam mana pula aku boleh terhafal lagu bahasa Jepun ni. Nampak sangat gila tengok anime,” ketawa dirinya sendirian. Tulip yang sendirian itu pun meneruskan lagunya dengan gaya dan aksinya yang tersendiri tanpa memikirkan orang lain akan terdengar dan mentertawakan kesumbangan suaranya.

Tiba-tiba, Tulip mula terfikirkan sesuatu yang mungkin tidak akan menyebabkan dirinya dibelenggu dengan kebosanan lagi.

“Ah.. Ahh.. Ahhh.. datang dah. Tulip dah dapat!... ahhhh.. iya”

“Apa kata aku betul-betul buat satu blog tapi khususkan untuk karya dan penulisan aku yang separa kreatif ni!” katanya dalam hati dengan penuh semangat.

Mulalah idea berpusu-pusu datang mencurah ke ladang minda dan fikiran si Tulip. Kelajuan setiap idea itu boleh ditafsirkan seperti kelajuan kereta formula 1 tetapi kurang daripada kelajuan cahaya dan tidaklah selambat kelajuan bunyi.

Selesai sahaja mencuci kain, tulip pun berlari ke arah komputer riba milik peribadinya dan segera membuka software Microsoft word. Tanpa berlengah si tulip terus menghambur segala idea yang terkumpul kerana dia takut nanti idea itu akan hilang ataupun terkandas dek kesesakan. Setelah itu, tulip pun lantas membuka laman sesawang dan membina kubu barunya melalui sesi temuramah bersama Mr. Gmail dan Cik Blog. Selepas melalui menjawab beberapa soalan yang diajukan, maka tulip dengan ini secara rasminya telah mendapat kebenaran dan pas untuk membuat kubu di laman maya ini. Disinilah juga akan bermulanya cerita yang mungkin akan menarik perhatian dan hati kamu semua, atau membosankan dengan tertubuhnya kubu di laman maya buat adizatulip.

“Hahaha” ketawa si tulip kerana merasakan dirinya telah berjaya menemui laman tempat mencurahkan ideanya yang selama ini dia fikirkan tetapi tidak cukup usaha untuk melaksanakan. "Kisah apa dahulu yang akan ku hamburkan di laman ini ya...?" katanya dalam hati.

Bersambung… [yakah???]

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^