Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[RIT]Kung punya pasal

18/05/2011

Watak [Bukan nama sebenar]: Tulipa, Aiys dan K. Fzy

Permulaan cerita mereka bertiga sebenarnya sangatlah tidak berkaitan dengan tajuk di atas. Entah mengapa boleh berakhir dengan ‘Kung’. Sebenarnya tidaklah berakhir di situ kerana sampai sekarang bilangan komen itu semakin bertambah populasinya dan semakin bergaul dengan pelbagai kontroversi. Mungkin budak bertiga ini terpukau dengan tajuk di atas komen-komen itu. Tetapi yang peliknya, mereka telah menyimpang ke banyak cabang simpang yang entah ke mana arah tujunya. Kalau setakat simpang empat tu tak mainlah bagi diorang bertiga ini. Bilangan lorong di lebuh raya pun boleh kalah oleh mereka kerana bila sudah bermula susah untuk mereka mencari pengakhirannya.

Apakah ‘Kung’ itu sebenarnya?. Jangan ditanya diriku kerana diriku juga mengambil masa selama 33 minit untuk memikirkan dan menafsir maksudnya yang sebenar. Ermmm, apa itu ‘kung kung kung’?.

Bermula dengan klip video 2ne1 iaitu Lonely yang kononnya sangat sesuai menjadi OST peribadi sang perindu cinta yang sunyi mendakap waktu sendirian. Diikuti pula dengan Lee Seung Gi yang kononnya pengarang jantung hati jiwa dan raga si Tulipa sejak setahun yang lalu kerana dia sangat menyukai perwatakan dan wajah jejaka yang manis itu. Tetapi tak disangkanya, Aiys juga meminati jejakanya itu. Asyik-asyik, pilihannya menjadi pilihan si Aiys juga. Adakah citarasa mereka sama??? Biarlah waktu menggodam rahsia yang tersirat. Seperti biasa Aiys hanya melemparkan perkataan ‘perasan’ kepada si Tulipa tetapi si Tulipa juga seperti biasa mengendahkan kata-kata si Aiys dengan mengelak apabila perkataan itu dilemparkan.

Kemudian menyampuk pula si K. Fzy ni sambil membawa kayu sugi berguni-guni sebagai peluru untuk menyerang hendap si Tulipa dan Aiys yang tak berkubu. “Hahahaha,” hilai tawa si K. Fzy kedengaran dengan kuatnya. Budak berdua itu pun apalagi, suhu badan mereka pun mulalah naik ke aras tinggi jika diukur dengan termometer. Suhu mereka agak tidak normal sehingga mencecah 100 darjah selsius, mengalahkan suhu demam tetapi lebih tinggi jika kepanasan itu digabung untuk set 2 orang. Serangan si K. Fzy turut disertakan dengan ‘kuyuk’ dari SJ. Si Tulipa hanya mampu menggeleng kepala sambil menyerang si K. Fzy dengan perkataan ‘jahat’.

Kemudian Aiys pula cuba mengalihkan perhatian si K. Fzy dengan mengatakan gadis kesayangannya, Yuri sudah kurus kerana beberapa sebab yang tak munasabah. Si K. Fzy terpedaya dan lupa sejenak akan misi jahatnya dek sayu hatinya mengenang nasib gadis kesayangannya itu. Dia mula merangcang untuk pulang ke Korea yang kononnya menjadi tempat asalnya.

Di kala si K. Fzy terduduk leka mengenangkan Yurinya, Si Tulipa sekali lagi menyerang si K. Fzy dengan perkataan ‘tapuji’ ataupun minta dipuji dengan berbekalkan Min Ho Shinee sebagai kubu. Si K. Fzy mula berasap dan serta-merta melemparkan perkataan ‘Mee Hoon’ bagi meruntuhkan kubu si Tulipa. Aiys hanya diam melihat mereka dan cuba menaikkan semangat si Tulipa supaya bersabar.

Si Tulipa berasa sangat terharu dengan sokongan yang si Aiys berikan tetapi segera luntur apabila si Aiys menyambung sokongannya itu dengan menghulurkan parang kepada mereka berdua. Si Tulipa hanya terdiam dan menolak tawaran si Aiys yang baik itu. Si Aiys memberi tempoh kepada mereka berdua sehingga buka semester baru, dimana di situlah akan bermula peperangan sebenar. Si Tulipa pun terfikir untuk mendalami ilmu kungfu berbekalkan masa yang masih berbaki sebelum bermula semester baru tersebut. Si Aiys mula menyarankan supaya memuat turun nota KungFu panda melalui laman sesawang yang tidak dihuni oleh labah-labah itu.

Maka di sinilah bermula pakatan tidak rasmi antara Si Aiys dan K. Fzy yang sangat tak disangka oleh si Tulipa. Difikirnya, si Aiys berada di pihaknya, tetapi fikirannya terbukti salah apabila mereka berdua mengungkit cerita mengenai ‘BerukBand’ dan limitasinya yang hanya sekadar 5GB setiap kali penggunaan dalam masa sebulan. Tekanan mula dirasakan oleh Si Tulip tetapi dia cuba mengendahkannya.

K. Fzy pula tiba-tiba mula merasakan dirinya berlaku jahat dan mahu menyedari kejahatannya tetapi Si Aiys menyambung serangannya terhadap Si Tulipa dengan menyebut perkataan ‘Streamix’ pada si Tulipa. Awww… terasa seperti ada anak panah yang sedang menusuk dada si Tulipa ketika itu. K. Fzy pun mula membela[konon] si Tulipa dengan menjawab ‘tiada tiang telekom’. Auwww, sakit si Tulipa semakin bertambah ibaratnya ada satu lagi anak panah yang menusuknya ketika itu. Tak tertahan dek sakit yang mencengkam seluruh badannya, si Tulipa pun mula menjerit kesakitan.

Aiys dan K. Fzy hanya memandang ke arah si Tulipa tanpa berkata apa-apa. K. Fzy pun mula meminta si Tulipa diam dengan alasan replika buaya di ‘roundbout’ batu 8 mula menutup telingannya. Si Tulipa merasakan alasan itu tidak munasabah dan dia pun menghilangkan diri sebentar dari situ. Lebih setengah jam kemudian, si Tulip muncul semula dengan sakit dek tusukan di dadanya telah hilang. Si K. Fzy hairan dan mula memanggil si Tulip sebagai ‘Chipsmore’. Si Tulip membalas dan mula mengakui dirinya lebih comel dari kartun ‘Chipsmore’ tersebut. K. Fzy mulai bingung dan merasakan si Tulip telah salah memberi jawapan dan kod rahsia. Si Tulip sedar tetapi dia sendiri sukar untuk menerangkan bagaimana konflik yang berlaku dalam otaknya sehingga menyebabkan imaginasinya terganggu dan mengeluarkan jawapan dan kod yang salah.

K. Fzy mulai teringat tentang budak separa kreatif dan melihat si Tulipa yang berada di depannya. Mereka berdua menganguk serentak sambil berkata, “konon saja”. Maka, si K. Fzy mula menyebut satu ayat yang sangat mengelirukan fikiran si Tulip dengan membalas, “Kung kung kung”. ???

Si Tulip mula dilanda kebingungan bila dia diminta untuk menafsir maksud ayat si K. Fzy tadi. Permintaan ini lebih sukar daripada peperiksaan statistik yang pernah dilaluinya sebelum ini. Lebih tersirat daripada puisi sasterawan dan lebih tak dijangka keputusannya daripada eksperimen para saintis negara. Dibongkarnya segala buku sejarah peribadi ingatannya di perpustakaan mindanya dan digodam segala perisian komputer di benaknya namun si Tulipa masih belum menemui jawapannya. 33 minit kemudian, dia mengalah dan kembali berhadapan dengan si K. Fzy sambil mengharap diberi jawapan sebenar maksud disebalik ‘Kung kung kung’ tu.

Si K. Fzy mula menerangkan bahawa benda tersebut adalah spesies bunyi dari negara China. Kepelikan mula menyelubungi diri si tulipa.

K. Fzy: Itu ialah bunyi….. bunyi singa.

Tulip: Apa????????????????????????????

                Rupa-rupanya si K. Fzy masih lagi berada di topic kungfu dalam perbualan mereka tadi. Jawapan tersebut sangat tidak dijangkakan oleh si Tulip. Si Aiys yang tadinya hilang mula menampakkan diri dan menyuruh mereka berdua berehat dan tidur. Walaubagaimanapun, komen-komen mereka tidak berhenti di situ malah sudah mencecah 100 komen dalam masa kurang daripada 1 hari.

~Tamat~

p/s: Al-kisah di atas adalah berdasarkan daripada perbincangan tidak rasmi di antara 3 orang budak di laman sosial FB dan disampaikan setelah melalui pintu imaginasi Tulip. Segala isi al-kisah di atas adalah benar dan berdasarkan kepada perbincangan asli mereka bertiga. Kredit tuk watak-watak di atas^^. Rupanya bunyi singa ni Kung Kung Kung kan. huhuhu.. Hebat.

2 ratus orang komen:

blacksoul said...

hahaha...ni baru la kuyak....sebiji2 dihafal ba olehnya...tambahan diunikkan sedikit suasananya...wkwkwkw...gud job tulipa :D

Adizatulip said...

hahaha.. terkesan di jiwa kan. sebab kamu guna anka panah.. haha. bkn tulipa. tulip jak.. haha

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^