Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Mengadu

22/05/2011


Mengadu pada dunia???
Dunia tak pernah mahu kisah
Mengadu pada semua manusia di dunia??
Hanya yang tidak pentingkan diri sahaja menyapa..
Mana yang lainnya?
Dunia mereka lebih penting
Apalah kaitan kita dengan hidupnya..
Tak pernah mengenali dengan teliti
Jadi butakan mata dan pekakkan telinga
Lagipun takkan pernah memberi kesan teruk pada hidupnya
Kerana dunia kita berbeza
Tak mungkin berkaitan kecuali kebetulan
Masih lagi tak menerima kenyataan kan?
Masih lagi tak sedar ego yang menguasai
Padahal ada sahaja cara dan masa menemani
Menebas ego yang meninggi
Menyubur benih prihatin
Menyiram rasa kasih dan sayang
Sesama manusia di dunia
Supaya dapat dituai jalinan yang ikhlas
antara dua manusia yang berbeza
yang sebelumnya tak pernah saling mengenali.
Dunia ini luas,
Tak mungkin dapat bersendiri selamanya
Jangan dibuai ego dan sombong hingga terlena
Kelak rugi merasa hidup yang tak bernilai.

p/s: Salam ukhwah selamanya buat sahabat lama dan sahabat baru Tulip di sini^^. Ibarat lagu 'terhangat' di pasaran sekarang.... AISHITERU^^  huhuhu~ 
ChIAw miAw~bYubyU



4 ratus orang komen:

scarletmihuhu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fadzmie said...

Naa, baru lah boleh komen sudah. Hehe.

By the way, mengadu pada yang Maha Mendengar lah yang paling terbaik. Menenagkan jiwa. :)

Adizatulip said...

hehe ya betul tu.. paling tenang di tikar sejadah

Unknown said...

bak kt org kubur masing2 kan jd hal kita diorg tak peduli pun tp kalu kita mengadu pd Allah kompom Dia dgr n tlg kita sb Dia sygkan hambaNya

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^