Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[RIT]Dunia yang remaja atau robot?

18/05/2011

Watak-watak
a)    a)   Damia
~ Sebagai kakak kepada Dania.
~ Berumur 16 tahun.
~ Pendiam tetapi sangat peka dengan keadaan sekeliling.
b)     b) Dania
~ Sebagai adik kepada Damia.
~ Berumur 9 tahun.
~ Sangat aktif dan optimis.

Lokasi: Dalam sebuah rumah dua tingkat di taman Tulip Jaya.
_____________________________________________________________

Adik: “Arghhh….!!!!!” Sambil berlari dari tingkat atas ke tingkat bawah menuju ke ruang tamu mereka. Sampai sahaja di ruang tamu, Dania masih lagi menjerit tanpa henti dan berlari mengelilingi ruang tamu mereka selama 2 minit. [Bayangkan…]

Manakala si kakak yang duduk di sofa ruang tamu hanya melihat tanpa menampakkan sebarang reaksi dan ekspresi di wajahnya.

Kakak: “Oh, adik sungguh aktif hari ini,” tanpa sebarang ekspresi.

Si adik yang mendengar reaksi kakaknya yang tiada perasaan itu pun pergi ke hadapan kakaknya dan diam seketika. Mereka saling berpandangan dan lama kelamaan si adik mendekatkan wajahnya dengan wajah kakaknya. Si kakak masih lagi tidak bergerak dan tidak menunjukkan sebarang ekspresi yang sepatutnya. Kening si adik mula berkerut dan menjerit “Arghhhh..!!!” betul-betul di hadapan wajah kakaknya. Sebaik sahaja si adik diam, si kakak pun berkata..

Kakak: “Oh, adik belum berus gigi ya?”

Si adik yang mendengar reaksi dari kakaknya terus terduduk di lantai ruang tamu mereka sambil menangis…

Adik: “Uwaaaaa… kakak aku robot…!!!”

Kakak: “Kenapa ni adik?” masih lagi tidak menampakkan sebarang ekspresi.

Adik: “Kak, kenapa semakin lama hidup ini semakin banyak masalah yang kita akan hadapi. Kenapa perlu ada masalah dalam hidup ini?”

Kakak: “Oh, supaya kita diuji dan kita dapat menajamkan lagi pisau kehidupan.”

Adik: “Pisau kehidupan? Macam mana tu? Tak pernah nampak pun,” sambil memerhatikan sekelilingnya dan mengusap airmatanya.

Kakak: “Memanglah kita tak nampak tapi kita dapat rasa bila ada dugaan yang datang,” sambil tersenyum.

Adik: “Kakak ni cakap dengan adikkah?”

Kakak: “Iyalah, jadi kakak cakap dengan siapa pulak? Adik saja yang ada di sini kan?”

Adik: “Habis tu, kakak sakit ya? Sakit apa?.”

Kakak: “Ish, adik ni… kak sihatlah cuma adik yang tak faham”

Adik: “Memang susah nak faham pun walaupun kakak cakap bahasa Melayu, kakak kan robot”

Kakak: Tersenyum sambil menggelengkan kepalanya melihat wajah adiknya, “Apa yang adik tak faham?”

Adik: “Semuanya,” sambil matanya merenung tajam wajah kakaknya kerana dahagakan jawapan dan penerangan yang jelas.

Kakak: “ Dik, bumi ni bulatkah?”

Adik: “Hah, cikgu kakak tiada bagitahukah?, budak tadika pun tahu bumi ni bulat”.

Kakak: “Hah, itulah jawapannya kenapa semakin hari semakin banyak masalah yang kita akan hadapi”.

Adik: “Hahahaha… kak punya lawak ni tak lawaklah tahukah?. Apalah kaitan bumi bulat dengan dugaan? Hahahahahahaha”.

Kakak: “Hahaha.. jadi kenapa adik ketawa?”.

Adik: “Sebab adik tak faham… hahahaha”.

Kakak: “Ermm, tu pun tak fahamkah?. Dik, tengok sahajalah dunia ini bentuknya bulat supaya memudahkan ia berputar. Kalau dunia ni empat segi macam mana ia mahu berputar dengan sendirinya dan sudah tentu kita dapat jangka apa yang akan berlaku tanpa perlu menunggu.

Adik: “Apalah kakak aku mengarut ni?”, katanya dalam hati.

Kakak: “Contoh paling mudah untuk kita memahami konsep hidup ialah menggunakan perbezaan di antara buah dadu dan juga guli. Bila buah dadu diputarkan, ada 6 kebarangkalian yang mungkin kita boleh jangka dan sudah tentu kita akan bersiap menghadapinya. Yang pertama ialah muka dadu yang bernombor 1,2,3,4,5 ataupun 6. Tetapi, bila guli diputarkan, apakah kebarangkalian yang boleh kita jangka jika kita sendiri bingung dengan kedudukannya yang sebenarnya?. Kita juga tidak dapat jangka samada ia akan bergolek seberapa lama kerana banyak perkara yang kita perlu ambil kira. Contohnya ialah jalan yang perlu dilalui oleh guli tersebut. Adakah jalan tersebut kasar ataupun licin yang membolehkan guli itu bergolek tanpa henti selama beberapa minit. Jika ia berhenti sekali pun, keputusannya tetap sama kan? Tapi bumi kita ini adakah ia berhenti? Sudah tentu tidak dan susah untuk kita mahu jangka. Begitu juga dengan dugaan. Kita tidak tahu apa yang Allah telah persiapkan untuk kita,” sambil berusaha menerangkan kepada adiknya dengan pelbagai ekspresi dan penuh dengan semangat.

Adik: “Maksud kakak?”

Kakak: “Maksudnya, hidup kita ni ibarat guli tersebut. Pergerakan bergolek dan berputar itu ialah perjalanan hidup kita. Jalan itu ialah laluan yang kita pilih. Andai kata dihadapan laluan guli tersebut ada seketul batu yang menyebabkan guli itu berubah haluannya ke sebelah kanan mahupun kiri, batu itu ialah dugaan ataupun halangan mendatang yang menyebabkan apa yang kita rancang tidak menjadi. Ini kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan”.

Adik: “Wah, kakak memang robotlah,” kagum dengan penyampaian kakaknya. “Jadi pisau kehidupan pula apa?”

Kakak: “Dalam kita menghadapi sesebuah dugaan itu, sudah tentu kita akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya ataupun membiarkan sahaja ia hilang dengan sendirinya. Kita hadapi dengan kesabaran, ketabahan, airmata, senyuman, dan juga semangat yang optimis. Benda-benda inilah pisau kehidupan. Bila kita gunakannya untuk mengatasi dugaan, kesabaran dan ketabahan bertindak seperti pisau yang memotong segala dugaan yang ada. Semakin lama pisau itu semakin tajam dan dengan mudahnya ia memotong segala dugaan yang ada. Maksudnya, kesabaran sangat diperlukan dalam menghadapi dugaan. Semakin lama dan banyak dugaan yang kita hadapi, kita akan semakin kebal dengan dugaan. Airmata juga akan kering dan senyuman semakin manis, kerana kita sudah memiliki kekuatan dan  ketabahan hati”.

Adik: “Oh… tak sangka robot pun pandai berfikir. Hebat teknologi Allah ni,” sambil memandang kakaknya dari atas ke bawah.

Kakak: “Kenapa adik panggil kakak robot?”

Adik: “Hahaha, sebab kakak tiada ekspresi dan kurang reaksi, itu pun tak tahukah?”

Kakak: “Oh…,” suasana senyap seketika. “Jadi apa yang buat adik tekanan sampai berlari keliling ruang tamu tadi?”

Adik: “Ai? Ingatkan kakak tak mahu tanya”.

Kakak: “Jadi kenapa tekanan?” mengendahkan kata-kata adiknya. “Putus cintakah?”

Adik: “Kakak ni robot kuno ya?”

Kakak: “Tak tahulah, kenapa?”

Adik: “Buat apalah mahu tekanan macam orang gila kalau putus cinta. Tak remajalah kakak ni”.

Kakak: “Habis tu?”

Adik: “Ish, mahu juga tahu. Tapi tak mengapalah, biar adik pula terangkan supaya ‘update’ sikit memori robot kakak tu. Adik tekanan bukan sebab putus cinta, tetapi sebab adik kecewa sangat-sangat dan terasa tiada selera dah mahu makan biskut kering”.

Kakak: “Oh, baguslah yang penting masih ada selera makan nasi,” sekali lagi dengan muka tiada perasaan menyampuk penerangan adiknya.

Adik: Sambil merenung tajam mata kakaknya, “Dengar dululah apa yang adik mahu cakap ni”.

Renungan tajam si adik hanya dibalas dengan reaksi selamba tak bersalah si kakak. Si kakak hanya membalas renungan tajam si adik dengan renungan kosong yang tiada perasaan. Si adik yang diselubungi dengan perasaan geram terhadap kakaknya tetap cuba menerangkan dengan baik kepada kakaknya itu.

Adik: “Adik tekanan bukan sebab putus cinta mahupun tak dapat selesaikan kerja rumah matematik, tetapi adik tekanan sebab… sebab… sebab...,” airmata si adik mengalir dengan tiba-tiba.

Tetapi wajah si kakak masih tidak berubah. Mungkin benar kakaknya ini robot.

Kakak: “Eh, airmata adik keluar tu, sambut cepat nanti jatuh!,” memberitahu dengan penuh emosi.

Si adik terdiam dan terus mencapai bantal di sofa lalu membaling bantal tersebut ke arah kakaknya. Si kakak pun mengelak dan berkata, “Eh, tak kena”.

Adik: “Apasal kakak elak?”

Kakak: “Eh, tak boleh elakkah?” hairan kerana dia merasakan dirinya memberi reaksi yang benar dan sepatutnya berdasarkan situasi tersebut. “Ok, sila sambung cerita adik, panjang pula nanti jadinya al-kisah ni”.

Adik: “Eh, lupa pulak. Ehem, ermm adik sedih sebab… sebab…......................................................................................................................................................................................................................................................... Lee Seung Gi suka Yoona SNSD…!!!” riak mukanya serta merta bertukar menjadi sedih. Suara teriakan si adik sebentar tadi kedengaran lagi.

Adik: "Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......".

Kakak: “Oh.. Wah, remajanya budak sekarang. Pasal itu pun mahu sedih”. Si kakak pun mengambil bantal yang adiknya baling sebentar tadi dan memeluk bantal tersebut. Tangannya mencapai 'remote-control' televisyen mereka dan menekan 'chanel' 393 sambil menguatkan 'volume' Tv tersebut.

~Tamat~

p/s: [RIT] bermaksud rekaan imaginasi Tulip^^

0 ratus orang komen:

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^