Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[RIT]Di Sebalik 'Syifa': Bhgn 1

26/05/2011

Rindu itu ada banyak hala tujunya dan perjalanannya tentulah bermula daripada hati. Jika putih hati kita, maka segalanya akan mudah menjadi ikhlas. Tetapi jika berlaku yang sebaliknya, bersihkanlah ia dahulu dengan cara yang sepatutnya.  

Amanda Syifa adalah anak tunggal dalam keluarganya. Mereka sekeluarga kerap berpindah-randah kerana terpaksa mengikut jadual bapanya yang berkerja sebagai seorang arkitek yang tersohor di Negara Bunga. Hari ini adalah hari pertama mereka berpindah sekali lagi ke Pulau Tulip yang merupakan pulau yang terkenal dan terbesar di Negara Bunga. Pulau Tulip juga merupakan tempat kelahiran Amanda dan juga merupakan tempat di mana Amanda membesar. Jadi, tidak susah untuk Amanda menyesuaikan diri kerana dia sekeluarga pernah tinggal dalam tempoh yang lama di pulau itu.

Menjejakkan kaki ke dalam biliknya adalah aktiviti pertama yang Amanda lakukan setelah sampai ke Villa Syifa yang telah direka khas dan diubahsuai dari rekaan asal mengikut kehendak Amanda. Rekaan biliknya itu ialah hasil kreativitinya sendiri. Ayahnya hanya membantu merealisasikan rekaan anak kesayangannya itu. Dinding bilik Amanda dihiasi dengan kertas dinding berteksturkan bunga Tulip yang berwarna merah darah iaitu warna kegemaran Amanda. Perabot-perabotnya pula semuanya berasaskan kayu yang tahan lama berwarna krim menyerupai rekaan perabot-perabot English. Di sudut sebelah kiri biliknya terdapat sebuah pintu menuju ke sebuah bilik yang merupakan almari pakaiannya. Di dalam bilik pakaiannya itu terdapat sebuah lagi pintu menuju ke bilik mandi peribadinya.

Di sebelah kanan biliknya pula terdapat tangga berputar yang kecil menuju ke loteng villanya yang dijadikan sebagai perpustakaan mini dan bilik belajar Amanda. Dihujung loteng tersebut dibina sebuah balkoni kecil yang indah ciri-ciri binaanya untuk Amanda duduk mencari ilham. Semuanya direka mengikut apa yang Amanda impikan melalui imaginasinya.

Amanda sangat berpuas hati dengan keadaan biliknya sehinggakan dia tidak berhenti tersenyum dengan lebarnya sambil tangannya mengemas barang-barang milik peribadinya di tempat yang sepatutnya. Untuk hari yang pertama, Amanda dahulukan almari pakaiannya untuk dikemas mengikut bahagian masing-masing. Kasut, pakaian dan alat solek ringkasnya disusun berasingan mengikut rak yang telah disediakan. Amanda yang sedang kusyuk menyusun pakaiannya itu tiba-tiba disapa lembut oleh ibunya.

Ibu: “Sayang dah siap kemaskah?”
Amanda: “Sikit lagi nak siaplah. Kenapa ibu?”
Ibu: “Amanda suka tak kita pindah semula ke sini?”
Amanda: “Amanda ikut sahaja kata ayah dan ibu,” sambil tersenyum menatap wajah ibunya.
Ibu: “Ibu ke bawah dahulu ya, kalau dah siap kita makan tengah hari bersama-sama,” sambil membalas senyuman anak tunggalnya itu. Dia tahu anak kesayangannya itu tak pernah membantah.
Amanda: “Baik ibu.”

Selesai mengemas, Amanda naik ke loteng dan membuka pintu menuju ke balkoni biliknya. Amanda menghirup nafas yang panjang sambil memerhatikan suasana di sekeliling villa keluarganya yang terletak di atas bukit. Bukit itu dinamakan sebagai Bukit Merah kerana dihiasi dengan bunga-bungaan yang berwarna merah di sepanjang jalan menuju ke puncak. Di puncak Bukit Merah terdapat 10 buah villa yang mempunyai halamannya sendiri dan kesemua rumah tersebut adalah hasil rekaan kreatif ayah Amanda.

Setiap villa mempunyai rekaan yang berlainan dan nama yang tersendiri mengikut citarasa si pemiliknya. Villa milik keluarga Amanda pula dinamakan sebagai Villa Syifa bersempena dengan nama terakhir Amanda yang bermaksud penawar. Dari balkoni bilik Amanda, terpapar keseluruhan pemandangan Pulau Tulip yang sangat indah beserta kabus putih yang nyaman seperti sebuah taman bunga di kayangan. Amanda terleka sejenak melihat keindahan alam itu sehinggalah ibunya memanggilnya untuk turun.

Amanda yang terkejut dari lamunan serta-merta turun mendapatkan ibunya. Sampai sahaja di dapur, terhidang indah makanan kegemaran Amanda iaitu spaghetti dan bebola daging yang lembut berserta jus lobak susu yang dingin dan sesuai untuk dijamah sebagai makanan tengah harinya. Amanda hanya tersenyum lebar seperti mendapat penawar bagi keletihannya mengemas bilik hari ini.

Selesai menjamu selera, Amanda membantu ibunya mengemas pinggan mangkuk di dapur. “Ting tong!,” bunyi loceng villa mereka. Amanda dan ibunya saling berpandangan. Amanda tersenyum dan lari ke pintu utama villa mereka kerana dia tahu itu adalah lori penghantar perabot. Salah satu perabot yang dihantar oleh lori tersebut adalah katil untuk bilik tidurnya. Dia tersenyum kerana sekarang telah lengkaplah perabot yang ada dibiliknya dan sekarang dia boleh memasangkan cadar berserta kelambu berwarna krim muda yang dihiasi dengan reben satin dan manik-manik merah yang berkilau. Tak sabar rasanya dia nak melabuhkan tubuh 5 kaki 5 inci ni di katil beradu indahnya itu.

Seperti yang dirancang selepas mengemas katilnya, dia menghumbankan tubuhnya di atas tilam yang empuk itu bertemankan patung beruang kesayangannya pemberian seorang sahabat baiknya suatu ketika dahulu. Ditenungnya patung tersebut, “Kan best kalau dia ada di sini..”. Wajahnya serta-merta bertukar menjadi sedih tetapi ditahan airmatanya daripada mengalir.

“Twit-twity!” bunyi yang dihasilkan oleh telefon bimbitnya. Lamunannya terhenti dan gagal mencipta imaginasi berasaskan memori. Dia bingkas bangun dan berlari turun ke bawah mendapatkan kunci kereta.

Amanda: “Ibu, Amanda ke Bandar kejap ya,” menjerit agar ibunya di dapur dapat mendengar suaranya.
Ibu: “Hati-hati!,” balas ibunya tanpa bertanya ke mana arah tuju anaknya itu kerana dia tahu Amanda mahu ke mana.
Ayah: “Ke mana Amanda tu?” sambil tangannya memegang surat khabar dan menjenguk dari tingkap pergerakan anaknya itu.
Ibu: “Macam biasalah, takkan dah lupa?,” sambil tersenyum.

[Ke mana Amanda pergi?, Siapa ‘DIA’ yang Amanda maksudkan? Akan bersambung^^]  


0 ratus orang komen:

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^