Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[Al-kisah Bukan Epik Tulip] : Gerudi!

18/05/2011

17 mei 2011..pagi...

Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrdddddddddddd!!!!!!!!!!!!! Bunyi gerudi dan upacara pemecahan dinding di rumah sebelah yang sangat mencemburui tidur si Tulip yang lena. Tiba-tiba mesin gerudi dan tukul besi itu melantik diri mereka sendiri sebagai jam loceng si Tulip di pagi harinya.

~Tung tang tung tang!!!~ hasilan bunyi syahdu sang tukul besi.

~Grrrrrrrrrrrrdddddddddddd!!!~ suara merdu sang gerudi pula berkumandang secara bergilir.

Meriah sungguh operasi pengubahsuaian mereka di sebelah. Jangan dia pergi ketuk dinding kami sudahlah. Tetapi, walau sekuat manapun volume mereka, si tulip masih mampu buat tak tahu dan meneruskan tidurnya kerana bateri belum penuh. Sejam kemudian barulah si Tulip bangun dari tidurnya yang memerlukan kuasa minda itu untuk bertahan dalam suasana yang sangat ‘happening’ di sebelah dinding rumahnya.

Maklumlah.. rumah taman yang hanya dipisahkan dengan dinding yang tak ingin kukira ketebalannya. Yang pasti, bunyi konsert di sebelah dapat ku dengar dengan jelasnya. Nasib baiklah asas rumah ini kukuh dan mampu menahan gegaran goyang sang gerudi yang lebih gegar dari goyang dangdut.

“Auwww.. apa yang nyilu ni?” kata si Tulip. Tapi si Tulip tidak melayan sangat sakit yang tak seberapa itu dan hanya menjalani hidupnya seperti biasa. Masak, makan, mandi, menonton televisyen, lipat kain, makan lagi, minum dan baring-baring di sofa sampailah ke petang dan kemudian malam..

Si Tulip tiba-tiba terasa letih dan asyik mahu baring sahaja. Berfikirlah si Tulip ini sejenak perihal kenapa penat betul dia hari ni padahal bukannya buat kerja berat pun. Berlarilah si Tulip ke tingkat atas rumahnya dan serta merta mencapai peralatan melukis dan juga buku lakarannya. Tangannya yang memegang pensil mekanikel tak berkuasa tinggi itu hanya kaku menggenggam kerana tiba-tiba mindanya kabur [blur]. Direnungnya pula komputer riba milik peribadinya yang juga menjadi kesayangannya itu.

“Ermm, malaslah nak buka,” sambil menggelengkan kepala dan baring di katil bersendiri. Sambil tubuhnya baring dalam kedudukan terlentang itu, fikirannya melayang mencari bahan untuk difikirkan. Hidupnya terasa tak bermakna jika tidak dapat berfikir tentang sesuatu setiap hari. Boleh dikatakan rugi hidup di dunia ni kalau tak diguna otaknya untuk berfikir. Jelas terlihat peliknya dan bukan jelas terasa sedapnya bak kata iklan mi segera tu.

~Mengeluh~ sambil menyiringkan badannya ke sebelah kanan.

~Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrddddddddddddddddddddddddddddddddddddddd!!!!!!!!!!~

“Auuuuuuuuwwwwww!!!!!!!!!,” teriak si Tulip sebaik saja dia berbaring menyiring ke sebelah kanan. Si tulip yang meraung kesakitan lantas duduk sambil memegang pipi kanannya.

“Hish.. hish… uhukk.. sakit gila jooooooo!!!!!!!!!!!!,” hampir mengalirkan airmata tak berapa mahal si Tulip tu. Diusap-usapnya pipi kanannya dan mencari cermin untuk melihat kejadian sebenar di dalam mulutnya yang menyebabkan kesakitan umpama gerudi itu.

Serta-merta dia terfikir yang mungkin mulutnya telah terjangkit dengan goyang gerudi rumah sebelah agaknya. [sangat tak logik jadi sila abaikan fakta diatas]

“Hah!!!,” terkejut si Tulip setelah menghadap cermin di biliknya. Kelihatan gusinya semakin membukit dan naik berat gusi tersebut yang entah berapa gram kerana gigi geraham sebelah kanannya mahu tumbuh dan menampakkan wajah melihat dunia dan semesta dari dalam mulut si Tulip…

Ibaratnya bayi gigi geraham tu menggerudi gusinya dari dalam. Sakitnya hanya si Tulip yang tahu sebab dia yang rasa. Di kala ini, si Tulip hanya baring dengan keadaan mulutnya ternganga kerana takut tergigit gusi yang bengkak itu dan menutup tubuhnya dengan selimut kerana kesejukan…

[Laaaaaa… baru tumbuh gigi macam bebudak pula kan… tapi fakta ini benar tau.. :( ]

6 ratus orang komen:

Cinoi Lavigne said...

Haii. Ni 2nd blog ka?? Ptt la baru sikit post. Apa beza ngn 1 lg blog?

Adizatulip said...

yup^^. 1st tu lebih kpd diari. psl pa tulip wat hari2.
yg 2nd ni tuk hobi tulip. huhu.. semua crita gila2 ada sini. huhu

btw, thanx visit^^

Xx said...

hye new wasaber :) hehehe sy folo suda ~~~

Ask said...

Dtg lawang gang WSB~ Follow kamu.. Jom tgk Aku Anak Mak =) http://renunganask.blogspot.com/

Unknown said...

hai new wasaber! =)
jemput datang ke blog sy,
http://anne-nurain.blogspot.com
*tiru Ask punya ayat.. huhuhu...

Adizatulip said...

makasi semua ^^

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^