Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

Budak Separa Kreatif

06/05/2011


Watak utama: Adizatul Amira dan lebih dikenali sebagai tulip. Seorang budak yang agak pelik dan mempunyai minda separa kreatif. Dia juga seorang budak yang tidak berhenti berfikir kerana mempunyai otak yang agak aktif. Sangat bahaya bila ideanya datang mencurah. Si tulip ni suka menggunakan hiperbola dan perkataan yang mungkin jarang kita dengar.

Tengah cuci kain~
“Hurmm… kenapalah hidup ni bosan sangat???”  Tulip bermonolog dalaman sendirian di dalam tandas sambil tangannya menggonyoh dengan lemahnya kain yang kotor di dalam baldi.

“Mahu online Facebook pun tak tahu mahu buat apa. Mahu blogging pun macam tiada benda mahu cerita hari ini. Arghhh… bosan gila sekarang ni”, mengeluh lagi~

Demi menghilangkan rasa bosan sendirian di dalam tandas, mulut si Tulip pun mulalah mengeluarkan suara-suara sumbang menyanyikan lagu-lagu yang selalu didengarnya beberapa hari ini.

“Sagashi mono wo sagashi ni yuku no sa… One Piece!” dengan semangatnya menjerit sorang-sorang dalam tandas. [tidakkah pelik tu???]

“Hahahaha… macam mana pula aku boleh terhafal lagu bahasa Jepun ni. Nampak sangat gila tengok anime,” ketawa dirinya sendirian. Tulip yang sendirian itu pun meneruskan lagunya dengan gaya dan aksinya yang tersendiri tanpa memikirkan orang lain akan terdengar dan mentertawakan kesumbangan suaranya.

Tiba-tiba, Tulip mula terfikirkan sesuatu yang mungkin tidak akan menyebabkan dirinya dibelenggu dengan kebosanan lagi.

“Ah.. Ahh.. Ahhh.. datang dah. Tulip dah dapat!... ahhhh.. iya”

“Apa kata aku betul-betul buat satu blog tapi khususkan untuk karya dan penulisan aku yang separa kreatif ni!” katanya dalam hati dengan penuh semangat.

Mulalah idea berpusu-pusu datang mencurah ke ladang minda dan fikiran si Tulip. Kelajuan setiap idea itu boleh ditafsirkan seperti kelajuan kereta formula 1 tetapi kurang daripada kelajuan cahaya dan tidaklah selambat kelajuan bunyi.

Selesai sahaja mencuci kain, tulip pun berlari ke arah komputer riba milik peribadinya dan segera membuka software Microsoft word. Tanpa berlengah si tulip terus menghambur segala idea yang terkumpul kerana dia takut nanti idea itu akan hilang ataupun terkandas dek kesesakan. Setelah itu, tulip pun lantas membuka laman sesawang dan membina kubu barunya melalui sesi temuramah bersama Mr. Gmail dan Cik Blog. Selepas melalui menjawab beberapa soalan yang diajukan, maka tulip dengan ini secara rasminya telah mendapat kebenaran dan pas untuk membuat kubu di laman maya ini. Disinilah juga akan bermulanya cerita yang mungkin akan menarik perhatian dan hati kamu semua, atau membosankan dengan tertubuhnya kubu di laman maya buat adizatulip.

“Hahaha” ketawa si tulip kerana merasakan dirinya telah berjaya menemui laman tempat mencurahkan ideanya yang selama ini dia fikirkan tetapi tidak cukup usaha untuk melaksanakan. "Kisah apa dahulu yang akan ku hamburkan di laman ini ya...?" katanya dalam hati.

Bersambung… [yakah???]

0 ratus orang komen:

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^