Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

Budak Separa Kreatif Bhgn. 3

08/05/2011


Tett..tett..tett..tett.. bunyi telefon bimbit si tulip cap Nokia yang humban ayam pun boleh pening. “Eh.. mama call” dengan pantas ibu jarinya juga menekan butang kuning memandangkan itu sahaja warna yang mampu telefon bimbit si Tulip nyalakan.

Tulip: “Hello”

Mama Tulip: “Hah, dah kemas barangkah?”

Tulip: “Gulp… alamak, macam mana boleh lupa ni!. Habislah, apa tulip mahu jawab ni?” katanya di dalam hati. “Ermm, mahu kemaslah ni” melengkapkan pertanyaan mamanya.

Mama Tulip: “Yalah, awal-awal sikit pergi sana, nanti tertinggal pula.”

Tulip: “Ya ma."

Setelah selesai menjawab semua pertanyaan dari mamanya, si Tulip pun lantas memikirkan tentang barang apa yang mahu dibawanya balik nanti. Budak ini memang agak malas sedikit mahu angkut barang berguni-guni bawa balik ke rumah. Maklumlah, sekarang orang dah tak guna guni tetapi guna beg. Kalau boleh, memang dia mahu bawa diri sahaja pulang ke rumah sebab lagi ringan.

Setelah bosan berfikir, si Tulip pun mula menukar haluan panduan otaknya entah menyimpang ke arah mana sehinggakan dirinya terleka dan lupa sejenak tentang bab mengemas barang. Tangannya mula menaip di laman sesawang GOOGLE mencari dekorasi indah untuk ditampalkan di laman mayanya ini.

“Wah, banyaknya yang lawa-lawa” sambil tersenyum dan dirinya telah sepenuhnya tertarik dengan benda yang dilakukannya sekarang. Kemas barang? Ibarat tidak pernah wujud di fikirannya.

“Wah, yang ni pun lawa!”

“Yang ni lagi kau fikir!”

“Eh.. yang inilah, lagi lawa”

“Bha.. muktamad sudah. Yang inilah”

“Ai, ada lagi yang lagi lawa”

Ish.. ish.. ish… jangan hairan dengan perangai si Tulip ini. Kalau sudah suka pada sesuatu memang susah mahu larikan diri ke arah yang lain. Apalagi kalau benda tu sesuatu yang memang dia minat sangat. Setelah menjumpai kertas dinding yang menarik untuk laman mayanya, matanya memandang ke arah jam pada komputer ribanya yang terletak di sudut sebelah kanan bahagian bawah. Terbeliak mata si tulip bila tengok jam dah menunjukkan pukul 11.30pm.

“Hah??? Biar betul?. Tulip belum buat Gmail untuk Kaeyl lagi”. Tulip pun lantas membuka laman sesawang dan seperti biasa meneruskan beberapa langkah yang sepatutnya untuk membuka akaun Gmail.

“Eh, apasal tak dapat?”

Krukk..krukk..krukk… melodi indah sudah berlagu menandakan perut sudah lapar. “Laaaa.. baru ingat, tulip belum makan lagi” sambil merenung ke luar pintu biliknya. Tiba-tiba dia terfikir, “kenapa dapur tu jauh sangat ya???”

“Baik ajak Kaeyl tengok movie, tidaklah bosan sangat bila makan. Lagipun mesti dia nak tengok juga movie Hop ni,” si tulip bermonolog dalaman.

Tulip: “Kaeyl, mahu tengok Hop atau Rango?” Sambil menjerit supaya Kaeyl yang sedang kusyuk melayan laman sesawangnya yang agak 5 kaki jarak di antara mereka dengar akan pertanyaannya itu.

Kaeyl: “Hop!” sambil tersenyum kerana teringat akan babak-babak yang melucukan di sebalik tabir movie tersebut di gudang Encik Youtube yang dilihatnya pada seminggu yang lalu.

Tulip: “Ok” dan terus mengatur langkah mempersiapkan komputer peribadinya untuk diangkut ke ruang tamu supaya lebih ruang untuk berbaring dan ketawa bersama di bawah kipas yang dah semakin ayu pergerakannya disebabkan terpaksa membawa muatan habuk yang sangat banyak.

Semakin lama habuk tersebut semakin bertambah bilangan populasinya. Mungkin habuk-habuk itu terlalu taksub cintanya terhadap kipas yang antik tu, jadi dia membuat pilihan untuk bersama kipas tersebut sehinggalah budak-budak dalam rumah ini menghalaunya pergi. Tapi bilalah agaknya tu ya? Teringat akan perutnya yang bermelodi tidak mesra, si tulip pun pergilah menggeledah rak simpanan makanannya dan menjumpai sebungkus mi segera berperisa sayuran. “Herm, bolehlah yang ni pun” katanya.

Dalam proses si Tulip menyumbat mi segera berperisa sayuran ke dalam tangkinya sambil menonton movie, barulah si Tulip teringat yang memang tak dapat buat dua akaun Gmail dalam sehari menggunakan sumber yang sama. Jadi, habis sahaja menonton movie, si Tulip pun cuba membuat akaun tersebut di komputer peribadi Kaeyl pula. “Yeay, dapat pun!” dan tersenyum gembira.

Selepas siap membuat akaun Gmail tu, masing-masing buat kerja sendiri. Biasalah, bila dah hadap muka depan komputer riba masing-masing, suasana rumah akan sunyi secara tiba-tiba. Kejam sungguh dunia maya ni kan? Membuatkan kita jauh dan kurang interaksi dengan insan di sekeliling kita. Dalam masa yang sama si Tulip sekali lagi terlupa untuk mengemas barangnya. Ish..ish..ish..

Tidak lama kemudian, Kaeyl nampaknya mengalah dan mula bangun menuju ke katilnya. Mungkin penat menjawab kertas peperiksaan terakhirnya pagi tadi. Si Tulip pula masih lagi ternganga depan skrin komputer ribanya walaupun sudah menguap beberapa kali. Setengah jam kemudian, akhirnya si Tulip pun mengalah juga dan bangun menuju ke tilam kesayangannya. Dia rasakan waktu itu seperti terdengar suara halus dari tilamnya memanggil-manggil supaya datang untuk beradu. Si Tulip yang berpura-pura terpukau dengan suara yang halus itu pun bangun dan menuju ke biliknya.

Masuk sahaja dalam bilik, si Tulip pun terpandang begnya yang masih tidak berisi. Terdiam terpaku si Tulip seketika. 

“Arghh, belum kemas barang!” menjerit seperti tidak menjerit si Tulip kerana ditakuti mengganggu yang lain yang sedang kusyuk beradu. Riak wajahnya berubah seperti hendak menangis tetapi ditahan. Dia pun dengan lemah longlainya mengemas barang-barang yang perlu disumbatkan ke dalam begnya itu. Kalau kemas esok takut tidak sempat pula. Satu-persatu kain bajunya dimasukkan sambil buat muka seposen. Hanya Cik sabar sahajalah yang sudi menemani si Tulip ketika itu.

~Tamat~

p/s: Kredit tuk Kaeyl jadi watak dlm al-kisah ni^^

2 ratus orang komen:

acu said...

hebaq3 ! :) kredit dg ya? hahaha

Adizatulip said...

haha~bolehbha

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^