Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[Al-Kisah Bukan Epik Tulip]: Kenyataan Jiwaku untuk beberapa hari yang lalu

10/01/2012

0 ratus orang komen

Diterbitkan oleh hati seorang pelajar universiti blablabla* [adalah, mana bulih kestaw, manataw kaw polis! ;p ]. 5 musuh(subjek) bakal ditempuh sebagai ujian untuk melayakkan diri mengambil subjek utama. Masa diberi hanya 4 hari. Maksudnya ada sehari daripada 4 hari tersebut, 2 musuh(subjek) harus ditumpaskan.

Hari pertama, 3 januari 2012 – 9 am-5.30 pm, ketika insan-insan lain masih sedang leka menyambut tahun baru dan ada juga yang memulakan hari pertama naik darjah & tingkatan, diri ini dan sahabat seperjuangan bertarung di medan perang berhawa dingin dan berdinding polos. Dari pagi hingga ke petang kami berusaha bertarung sebaik mungkin menghadapi 2 musuh agar tidak kecundang dan mengaku kalah begitu sahaja. Mujurlah musuh yang ditumpaskan serupa khabar yang didengar. Sebelum peperangan kami sempat meneliti ciri-ciri dan kelemahan mereka. Alhamdulillah kedua-duanya dapat ditumpaskan dengan mudah.

Hari kedua pertempuran, 6 januari 2012 – 3 pm-6 pm, Sekali lagi kami bangun menghadap musuh. Jarak masa yang lama memampukan kami mengkaji sedalam mungkin mengenai musuh. Pertarungan berjalan seperti yang kami harapkan. Musuh yang dihadapi sekali lagi seindah khabar. Akhirnya musuh tumpas di tangan kami walaupun masa yang diambil sudah menghampiri penamatnya.

Hari ketiga sudah bermula, 7 januari 2012 – 9 am-11.30, Dengan menghadapi tekanan masa yang tidak mencukupi untuk mendalami kelemahan musuh, kami menguatkan semangat pergi ke medan perang dengan niat untuk mengakhiri semua kesukaran secepatnya dan harapan agar mudah menumpaskan musuh. Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan, musuh rupanya sama seperti dahulu, kumpulan lain dari pihak kami pernah berdepan dengan mereka dan kerana itu kami tahu di mana kelemahannya. Kami pun pulang dengan senyuman dan hati yang senang. Empat musuh sudah dalam tangan dan hanya satu lagi yang tinggal.

Hari terakhir, 9 januari 2012 – 2.30 pm-5.30 pm, Kami datang dengan restu agar kuat menghadapi pertempuran. Ada yang datang lebih awal agar dapat membuat persiapan yang banyak kerana telah diketahui kehebatan pihak musuh. Hati mula gusar bila masa peperangan semakin hampir. Dalam hati hanya mampu berdoa moga diberi kemudahan. Masa telah tiba dan diberanikan kaki melangkah masuk ke medan perang. Kami mencari posisi masing-masing, dan apabila melihat kedepan!!!! ~ kami hanya mampu berpandangan melihat senjata pihak musuh lebih hebat dan lebih canggih dari musuh yang sebelum ini. Minda sudah mula berfikir yang bukan-bukan. Adakah mampu kami mengalahkan musuh yang hebat ini. Dari awal hingga akhir pertempuran hati dilanda gelisah. Tapi digagahkan diri untuk terus berlawan. Pertempuran akhirnya berakhir tetapi kemenangan dirasakan bukan berpihak kepada kami.

Namun hati hanya mampu berserah. Keputusan peperangan kami akan diumumkan kemudian. Kekuatan musuh yang terakhir tadi mampu menganggu benak fikiran kami sehinggalah hari keluarnya keputusan nanti. Harap semuanya berjaya untuk ke semester seterusnya tanpa perlu rasa bimbang. Amin Ya Rabb...

p/s: Alhamdulillah peperiksaan akhir tahun Tulip untuk semester 4 dah berakhir. Hanya mampu berserah dengan Allah mengenai keputusan Tulip. Doakan Tulip dan kawan-kawan ya. Terima kasih :). Selamat berusaha dan selamat maju jaya buat kawan-kawan yang masih di medan perang(exam).

.

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^