Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Sedarkah

09/06/2011

Dunia bukan untuk kita noda,
Tetapi untuk kita jaga,
Begitu juga dengan agama, akhlak, keluarga, diri, hati, maruah, dan harta.
Dikatakan manusia dicipta beserta hati dan jiwa,
Tetapi tidak semua bertindak seperti makhluk yang ada hati dan perasaan,
Dilukai hati yang lemah,
Dikasari tubuh yang kerdil,
Dipermain manusia yang ikhlas,
Diabai jiwa yang setia,
Mana perginya hati mereka
Sehingga sanggup menindas dalam sedar?
Walau diketahui dunia ini sementara,
Tetapi masih juga sombong berkelakuan seperti raja,
Diabai dosa dan pahala,
Tak diakui perbuatan kejam sendiri walau nyata,
Malah lupa akan bahang neraka,
Padahal Allah tak pandang harta melimpah,
Selain ikhlas taubat nasuha,
Sabarlah sahabat walau dihina,
Penghinaan itu tak ke mana jua,
Ingat Yang Esa masih bersama,
Ditindas dan diluka itu cuma sakit dan seksa dunia,
Balasan tersedia buat mereka juga,
Cuma tabah dan sabar berdoa,
Kerana mereka juga akan parah,
Hadapi sahaja hari-harimu yang bakal tiba,
Sentiasa bersedih ada hikmahnya,
Supaya sedar dan peka sentiasa,
Tentang balasan dunia dan disana
Tumpukan sahaja pada bekalan untuk di sana,
Kerana disanalah yang kekal selamanya.


2 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Seriously, Tulip sudah boleh buat puisi ni jadi niche blog Tulip ni. Ada bakat oh! :)

# orang lain buat salah, orang lain terima akibatnya #

Adizatulip said...

huhu.. makasih. Tulip wat suka2 jak bila ada mood, lagipun suka baca sesuatu bila hujung ayat ada iramanya.

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^