Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Syukurilah

16/08/2011


[Tertawa dengan lebarnya sedangkan terlihat kekurangan sendiri]
Gambar hiasan ^^


Mentertawakan kebodohan sendiri
Setelah lama mentelaah dan mentafsir
Diri disedar penuh kekurangan
Takut kepada yang tiada
Risau kepada yang belum terjadi
Berlebihan emosi padahal mudah di atasi

Sifat apa itu! Jaga hatimu..
Kita hamba Allah... Jangan jadi hamba syaitan!
Jangan biar dirimu dijajah kesedihan melampau
Sedangkan nikmat hidup kau masih rasa
Sempurna fizikal dan sihat minda
Keluarga juga masih disisi

Apa yang berlaku sebelum ini adalah kenangan
Mukasurat yang tak perlu dibaca berulang kali
Hanya mengundang sempit fikiran dan melukakan diri sekali lagi.
Apa yang berlaku di masa hadapan pula adalah ghaib
Belum pasti ketentuannya bagaimana
Itu di tangan Allah untuk tentukan
Dan bukan sesuatu yang perlu kita risaukan.
Yang berlaku sekarang pula adalah hakikat
Yang perlu kita nikmati seperti tiada lagi sesaat dihadapannya
Nikmat hidup walau sesaat sangat berharga.

Syukurilah dengan setiap pemberian dari Allah
Jadi apa yang telah kau faham dan lakukan?
Peluangmu ada sayang, sahabat, saudara, kenalan atau sesiapa saja kamu..
Tarik nafas dan fikirkan hanya Allah
Semuanya hanya kerana Allah
Agar tidak menjadi sesuatu yang sia-sia...


3 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Ianya ok kalau tersengih-sengih melihatkan kekurangan diri sendiri. Dari sudut positifnya, sekurang-kurangnya kita tahu apa kelemahan diri kita. Namun jangan dibiarkan kelemahan itu menguasai kehidupan kita. Kita yang harus menguasai kelemahan kita. ^^

Adizatulip said...

hehe, iyakan. betul tu^^

Adizatulip said...

sedih hati baca balik entri ni.. sayu dengan kasih sayang Allah... amin

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^