Daisypath Friendship tickers
Ditujukan khas buat sesiapa sahaja yang mengidam membaca puisi, cerita karut dan kata-kata dari budak separa kreatif atau tidak professional ini. <3 ~ bukan cerita fitnah ok

[F&R] Paksa dan Tekanan

05/08/2011

Bila berdiam bukan bererti
Tidak berfikir, tidak mengambil berat, tidak berusaha
Mungkin Allah memberi dugaan
Janganlah dianggap hamba itu leka dan buat-buat lupa
Hidup kadang-kadang musnah kerana paksaan
Tekanan yang menebal membuatkan minda manusia berfikiran sempit
Jangan kerana yang remeh
Hubungan utuh hancur tiba-tiba
Fikirlah ada cara yang lebih baik daripada paksaan
Yang boleh mengelak tekanan kepada kedua-dua pihak
Paksa sekeras mana sekalipun
Andai Allah tidak mengizinkan
Bagaimana hamba yang dipaksa mahu menurut?
Ketentuan bukan ditangannya tetapi di tangan Allah
Bukan menyalahkan tetapi menyedarkan
Hamba Allah yang lain sedar juga semua hamba tidak sempurna
Maka tiada rasa membara di dalam hati
Cuma nasihat supaya lebih difahami
Yang penting doa harus selalu diiringi
Supaya bersama dapat selesai segala kekusutan
Dan mencari redha Ilahi.


2 ratus orang komen:

Fadzmie said...

Nda boleh paksa-paksa, lagi-lagi kalau benda-benda besar yang melibatkan hidup mati. Biar tuan empunya badan berfikir sendiri. Kalau nda dapat berfikir, masa itulah gunanya istikharah. Bila diizinkan Allah, ada la petunjuk. Kan? ;)

p/s: Ada pengumuman penting di latest entry saya di SINI. ;)

Adizatulip said...

kalaw blh like, ku like da komen kw ni. huhu. betul tu

Sila Tabur Pesanan Anda Di Sini^^

^^