[Tertawa dengan lebarnya sedangkan terlihat kekurangan sendiri]
Gambar hiasan ^^
Mentertawakan kebodohan sendiri
Setelah lama mentelaah dan mentafsir
Diri disedar penuh kekurangan
Takut kepada yang tiada
Risau kepada yang belum terjadi
Berlebihan emosi padahal mudah di atasi
Sifat apa itu! Jaga hatimu..
Kita hamba Allah... Jangan jadi hamba syaitan!
Jangan biar dirimu dijajah kesedihan melampau
Sedangkan nikmat hidup kau masih rasa
Sempurna fizikal dan sihat minda
Keluarga juga masih disisi
Apa yang berlaku sebelum ini adalah kenangan
Mukasurat yang tak perlu dibaca berulang kali
Hanya mengundang sempit fikiran dan melukakan diri sekali lagi.
Apa yang berlaku di masa hadapan pula adalah ghaib
Belum pasti ketentuannya bagaimana
Itu di tangan Allah untuk tentukan
Dan bukan sesuatu yang perlu kita risaukan.
Yang berlaku sekarang pula adalah hakikat
Yang perlu kita nikmati seperti tiada lagi sesaat dihadapannya
Nikmat hidup walau sesaat sangat berharga.
Syukurilah dengan setiap pemberian dari Allah
Jadi apa yang telah kau faham dan lakukan?
Peluangmu ada sayang, sahabat, saudara, kenalan atau sesiapa saja kamu..
Tarik nafas dan fikirkan hanya Allah
Semuanya hanya kerana Allah
Agar tidak menjadi sesuatu yang sia-sia...
